kitab solat musafir dan solat qasar
كِتَابُ صَلَاةِ الْمُسَافِرِينَ وَقَصْرِهَا
Bab Solat Musafir dan Solat Qasar
Bāb Ṣalāt al-Musāfirīn wa Qaṣrihā
بَابُ صَلَاةِ الْمُسَافِرِينَ وَقَصْرِهَا
1 – (685) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, katanya, Saya membaca kepada Malik, daripada Shalih bin Kaysan, daripada `Urwah bin al-Zubayr, daripada ʿAʾishah , katanya, Pada awalnya solat difardukan dua rakaat, dua rakaat, sama ada ketika musafir atau tidak. Kemudian solat musafir dikekalkan, dan ditambah solat ketika mukim (tidak musafir).
1 - (685) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، قَالَ: قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ، عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهَا قَالَتْ: «فُرِضَتِ الصَّلَاةُ رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ فِي الْحَضَرِ وَالسَّفَرِ، فَأُقِرَّتْ صَلَاةُ السَّفَرِ، وَزِيدَ فِي صَلَاةِ الْحَضَرِ»
2 – (685) Abu al-Thahir dan Harmalah bin Yahya menyampaikan kepada saya, mereka berkata, Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, daripada Yunus, daripada Ibn Syihab, katanya, `Urwah bin al-Zubayr menyampaikan kepada saya, bahawa ʿAʾishah isteri Nabi ﷺ berkata, Ketika awal Allah mewajibkan solat, Dia mewajibkannya dua rakaat. Kemudian disempurnakan di dalam kota, dan dikekalkan solat musafir seperti awal kewajipan.
2 - (685) وَحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ، وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، قَالَا: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ، أَنَّ عَائِشَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: «فَرَضَ اللهُ الصَّلَاةَ حِينَ فَرَضَهَا رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ أَتَمَّهَا فِي الْحَضَرِ، فَأُقِرَّتْ صَلَاةُ السَّفَرِ عَلَى الْفَرِيضَةِ الْأُولَى»
3 – (685) `Ali bin Khasyram menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn `Uyaynah mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada `Urwah, daripada ʿAʾishah , bahawa solat pada awal kewajipannya hanya dua rakaat; solat musafir dikekalkan dua, solat hadir disempurnakan. Al-Zuhri berkata, Saya bertanya kepada `Urwah, “Mengapa ʿAʾishah menyempurnakan solatnya ketika bermusafir?” Beliau menjawab, “Beliau mentakwilnya, sebagaimana `Utsman juga.”
3 - (685) وَحَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ، أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ الصَّلَاةَ أَوَّلَ مَا فُرِضَتْ رَكْعَتَيْنِ، فَأُقِرَّتْ صَلَاةُ السَّفَرِ، وَأُتِمَّتْ صَلَاةُ الْحَضَرِ» قَالَ الزُّهْرِيُّ: فَقُلْتُ لِعُرْوَةَ: " مَا بَالُ عَائِشَةَ تُتِمُّ فِي السَّفَرِ؟ قَالَ: إِنَّهَا تَأَوَّلَتْ كَمَا تَأَوَّلَ عُثْمَانُ "
4 – (686) Abu Bakr bin Abu Syaybah, Abu Kurayb, Zuhayr bin Harb dan Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, mereka berkata, `Abdullah bin Idris menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Jurayj, daripada Ibn Abu `Ammar, daripada `Abdullah bin Babayh, daripada Ya`la bin Umayyah, katanya, Saya bertanya kepada `Umar bin al-Khattab maksud firman Allah, “Tidak salah untuk kalian memendekkan solat sekiranya kamu takut orang-orang kafir menyerang kamu,” padahal kita sudah aman. Beliau menjawab: Saya juga hairan seperti kamu, jadi saya tanya Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Ia sedekah yang Allah berikan kepada kalian, terimalah sedekah-Nya.”
4 - (686) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، - قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْآخَرُونَ: حَدَّثَنَا - عَبْدُ اللهِ بْنُ إِدْرِيسَ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي عَمَّارٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بَابَيْهِ، عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ: {لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ، إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا} فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ، فَقَالَ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ «صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللهُ بِهَا عَلَيْكُمْ، فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ»
(686) Muhammad bin Abu Bakr al-Muqaddami menyampaikan kepada kami, katanya, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Jurayj, katanya, `Abdul Rahman bin `Abdullah bin Abu `Ammar menyampaikan kepada saya, daripada `Abdullah bin Babayh, daripada Ya`la bin Umayyah, katanya, Saya bertanya kepada Ibn ʿUmar... lanjutannya seperti riwayat Ibn Idris sebelum ini.
(686) وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمنِ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي عَمَّارٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بَابَيْهِ، عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، بِمِثْلِ حَدِيثِ ابْنِ إِدْرِيسَ
5 – (687) Yahya bin Yahya, Sa`id bin Manhur, Abu al-Rabi` dan Qutaybah bin Sa`id menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Abu `Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Bukayr bin al-Akhnas, daripada Mujahid, daripada Ibn ʿAbbas , beliau berkata, Allah memfardukan solat melalui lisan Nabi ﷺ kalian 4 rakaat solat ketika hadir, 2 rakaat ketika bermusafir, 1 rakaat ketika takut.
5 - (687) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَسَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَأَبُو الرَّبِيعِ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، - قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْآخَرُونَ: - حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ بُكَيْرِ بْنِ الْأَخْنَسِ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «فَرَضَ اللهُ الصَّلَاةَ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحَضَرِ أَرْبَعًا، وَفِي السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ، وَفِي الْخَوْفِ رَكْعَةً»
6 – (687) Abu Bakr bin Abu Syaybah dan `Amr al-Naqid menyampaikan kepada kami. Versi `Amr: Qasim bin Malik al-Muzani menyampaikan kepada kami, katanya, Ayyub bin `A’idz al-Tha’i menyampaikan kepada kami, daripada Bukayr bin al-Akhnas, daripada Mujahid, daripada Ibn ʿAbbas , beliau berkata, Allah memfardukan solat melalui lisan Nabi kamu , untuk musafir 2 rakaat, untuk yang hadir 4 rakaat, ketika takut 1 rakaat.
6 - (687) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَعَمْرٌو النَّاقِدُ، جَمِيعًا عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ عَمْرٌو: حَدَّثَنَا قَاسِمُ بْنُ مَالِكٍ الْمُزَنِيُّ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ عَائِذٍ الطَّائِيُّ، عَنْ بُكَيْرِ بْنِ الْأَخْنَسِ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «إِنَّ اللهَ فَرَضَ الصَّلَاةَ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَى الْمُسَافِرِ رَكْعَتَيْنِ، وَعَلَى الْمُقِيمِ أَرْبَعًا، وَفِي الْخَوْفِ رَكْعَةً»
7 – (688) Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Muhammad bin Ja`far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu`bah menyampaikan kepada kami, katanya, Saya mendengar Qatadah menyampaikan daripada Musa bin Salamah al-Hudzali, katanya, Saya bertanya kepada Ibn ʿAbbas, “Bagaimana saya solat di Mekah jika tiada berimam?” Beliau menjawab, “Dua rakaat. Ini sunnah Abu al-Qasim .”
7 - (688) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: سَمِعْتُ قَتَادَةَ، يُحَدِّثُ عَنْ مُوسَى بْنِ سَلَمَةَ الْهُذَلِيِّ، قَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ: كَيْفَ أُصَلِّي إِذَا كُنْتُ بِمَكَّةَ، إِذَا لَمْ أُصَلِّ مَعَ الْإِمَامِ؟ فَقَالَ: «رَكْعَتَيْنِ سُنَّةَ أَبِي الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
(688) Muhammad bin Minhal al-Dharir menyampaikan kepada kami, katanya, Yazid bin Zuray` menyampaikan kepada kami, katanya, Sa`id bin Abu `Arubah menyampaikan kepada kami. Dalam sanad lain, Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Mu`adz bin Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, dengan lanjutan seumpama sebelum ini.
(688) وَحَدَّثَنَاهُ مُحَمَّدُ بْنُ مِنْهَالٍ الضَّرِيرُ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، جَمِيعًا عَنْ قَتَادَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ
8 – (689) `Abdullah bin Maslamah bin Qa`nab menyampaikan kepada kami, katanya, `Isa bin Hafsh bin `Ashim bin `Umar bin al-Khattab menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, katanya, Saya pernah menemani Ibn ʿUmar dalam sebuah perjalanan ke Mekah. Beliau mengimamkan kami dua rakaat pada solat zuhur, kemudian beliau maju dan kami pun ikut bersamanya ke tempat dia rehat, dan kami pun duduk bersamanya. Beliau melemparkan pandangannya ke sisi tempat beliau solat, melihat orang-orang berdiri di sana. Beliau bertanya: “Apakah yang mereka lakukan?” Saya berkata, “Mereka mengerjakan solat sunat.” Beliau berkata, “Jika saya mahu melakukan solat sunat, saya akan menyempurnakan solatku; Wahai anak saudaraku! Saya telah menemani Rasulullah ﷺ dalam perjalanan, baginda tidak pernah menambah lebih dari dua rakaat sehingga Allah mengambil nyawanya. Saya telah menemani Abu Bakar dan beliau tidak menambah lebih dari dua rakaat sehingga Allah mengambilnya. Saya telah menemani Umar dan beliau tidak menambah lebih dari dua rakaat sehingga Allah mengambil nyawanya. Saya telah menemani 'Uthman dan beliau tidak menambah lebih dari dua rakaat, sehingga Allah mengambilnya. Allah berfirman, “Sungguh, pada Rasulullah ﷺ itu ada suri teladan yang baik buat kalian.”
8 - (689) وَحَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ حَفْصِ بْنِ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: صَحِبْتُ ابْنَ عُمَرَ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ، قَالَ: فَصَلَّى لَنَا الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ أَقْبَلَ وَأَقْبَلْنَا مَعَهُ، حَتَّى جَاءَ رَحْلَهُ، وَجَلَسَ وَجَلَسْنَا مَعَهُ، فَحَانَتْ مِنْهُ الْتِفَاتَةٌ نَحْوَ حَيْثُ صَلَّى، فَرَأَى نَاسًا قِيَامًا، فَقَالَ: «مَا يَصْنَعُ هَؤُلَاءِ؟» قُلْتُ: يُسَبِّحُونَ، قَالَ: «لَوْ كُنْتُ مُسَبِّحًا لَأَتْمَمْتُ صَلَاتِي، يَا ابْنَ أَخِي إِنِّي صَحِبْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي السَّفَرِ، فَلَمْ يَزِدْ عَلَى رَكْعَتَيْنِ حَتَّى قَبَضَهُ اللهُ، وَصَحِبْتُ أَبَا بَكْرٍ، فَلَمْ يَزِدْ عَلَى رَكْعَتَيْنِ حَتَّى قَبَضَهُ اللهُ، وَصَحِبْتُ عُمَرَ، فَلَمْ يَزِدْ عَلَى رَكْعَتَيْنِ حَتَّى قَبَضَهُ اللهُ، ثُمَّ صَحِبْتُ عُثْمَانَ، فَلَمْ يَزِدْ عَلَى رَكْعَتَيْنِ حَتَّى قَبَضَهُ اللهُ» وَقَدْ قَالَ اللهُ: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} [الأحزاب: 21]
9 – (689) Qutaybah bin Sa`id menyampaikan kepada kami, katanya, Yazid bin Zuray` menyampaikan kepada kami, daripada `Umar bin Muhammad, daripada Hafsh bin `Asim, beliau berkata, Saya pernah jatuh sakit kuat, lalu Ibn ʿUmar menziarahi saya. Saya bertanya beliau berkenaan solat sunat ketika musafir. Beliau menjawab: Saya sudah menemani Rasulullah ﷺ dalam permusafiran, tidak pernah saya lihat baginda melakukan solat sunat. Sekiranya saya mahu buat solat sunat, lebih baik saya sempurnakan solat. Allah berfirman, “Sungguh, pada Rasulullah ﷺ itu ada suri teladan yang baik buat kalian.”
9 - (689) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ، عَنْ عُمَرَ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ، قَالَ: مَرِضْتُ مَرَضًا، فَجَاءَ ابْنُ عُمَرَ يَعُودُنِي، قَالَ: وَسَأَلْتُهُ عَنِ السُّبْحَةِ فِي السَّفَرِ، فَقَالَ: «صَحِبْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي السَّفَرِ، فَمَا رَأَيْتُهُ يُسَبِّحُ»، وَلَوْ كُنْتُ مُسَبِّحًا لَأَتْمَمْتُ، وَقَدْ قَالَ اللهُ تَعَالَى: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} [الأحزاب: 21]