kitab solat sunat raya
كِتَابُ صَلَاةِ الْعِيدَيْنِ
1 – (884) Muhammad bin Rafi` dan `Abd bin Humayd menyampaikan kepada saya, semuanya meriwayatkan daripada Abdul Razzaq, Ibn Rafi’ berkata: Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami; Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, katanya, al-Hasan bin Muslim mengkhabarkan kepada saya, daripada Thawus, daripada Ibn ʿAbbas , beliau berkata, Saya pernah menyertai solat sunat hari raya puasa bersama Nabi ﷺ, Abu Bakr, `Umar dan `Utsman. Mereka semua melaksanakan solat sebelum khutbah, usai solat barulah berkhutbah. Suatu ketika, Nabi ﷺ turun dari mimbar baginda dan mengisyaratkan kepada kaum lelaki untuk kekal duduk, sambil baginda merentas saf pergi ke tempat wanita bersama Bilal. Baginda membacakan ayat, “Wahai Nabi! Jika para wanita beriman datang kepadamu berjanji setia untuk tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah...” sehingga habis ayat, lalu bertanya, “Adakah kalian, para wanita, berjanji untuk itu?” Hanya seorang yang menyahut, ketika itu dan tidak ada wanita lain yang menjawab, “Ya, wahai Nabi Allah.” Ketika itu tidak dikenali siapakah yang menyebutnya. Baginda bersabda, “Bersedekahlah!” Bilal pun membentangkan kainnya, sambil menjemput, “Kemari, saya menjadikan ayah saya dan ibu saya (baginda mendoakan agar ibu bapanya menjadi tebusan bagi mereka dari keburukan),” lalu para wanita mencampakkan perhiasan mereka, besar dan kecil ke atas kain Bilal (seperti gelang tangan) dam cincin yang mereka pakai.
1 - (884) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، جَمِيعًا عَنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ، قَالَ ابْنُ رَافِعٍ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي الْحَسَنُ بْنُ مُسْلِمٍ، عَنْ طَاوُسٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: شَهِدْتُ صَلَاةَ الْفِطْرِ مَعَ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعُثْمَانَ، فَكُلُّهُمْ يُصَلِّيهَا قَبْلَ الْخُطْبَةِ، ثُمَّ يَخْطُبُ، قَالَ: فَنَزَلَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ حِينَ يُجَلِّسُ الرِّجَالَ بِيَدِهِ، ثُمَّ أَقْبَلَ يَشُقُّهُمْ، حَتَّى جَاءَ النِّسَاءَ، وَمَعَهُ بِلَالٌ، فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ {إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللهِ شَيْئًا} [الممتحنة: 12]، فَتَلَا هَذِهِ الْآيَةَ حَتَّى فَرَغَ مِنْهَا، ثُمَّ قَالَ: حِينَ فَرَغَ مِنْهَا «أَنْتُنَّ عَلَى ذَلِكِ؟» فَقَالَتِ امْرَأَةٌ وَاحِدَةٌ، لَمْ يُجِبْهُ غَيْرُهَا مِنْهُنَّ: نَعَمْ، يَا نَبِيَّ اللهِ لَا يُدْرَى حِينَئِذٍ مَنْ هِيَ، قَالَ: «فَتَصَدَّقْنَ»، فَبَسَطَ بِلَالٌ ثَوْبَهُ، ثُمَّ قَالَ: هَلُمَّ فِدًى لَكُنَّ أَبِي وَأُمِّي، فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ الْفَتَخَ، وَالْخَوَاتِمَ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ
2 – (884) Abu Bakr bin Abu Syaybah dan Ibn Abu `Umar menyampaikan kepada kami. Abu Bakr berkata, Sufyan bin `Uyaynah menyampaikan kepada kami, katanya, Ayyub menyampaikan kepada kami, katanya, Saya mendengar `Atha’ berkata, Saya mendengar Ibn ʿAbbas berkata, Saya bersaksi bahawa Rasulullah ﷺ solat terlebih dahulu sebelum khutbah, beliau berkata kemudian barulah baginda berubah. Apabila menyedari suara baginda tidak sampai kepada perempuan, baginda mendekati dan memperingatkan mereka, menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah; sementara Bilal membentangkan kainnya, dan wanita masih mencampak cincin, gelang, dan sebagainya.
2 - (884) وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، قَالَ: سَمِعْتُ عَطَاءً، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ، يَقُولُ: «أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ»، قَالَ: «ثُمَّ خَطَبَ، فَرَأَى أَنَّهُ لَمْ يُسْمِعِ النِّسَاءَ، فَأَتَاهُنَّ، فَذَكَّرَهُنَّ، وَوَعَظَهُنَّ، وَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ، وَبِلَالٌ قَائِلٌ بِثَوْبِهِ، فَجَعَلَتِ الْمَرْأَةُ تُلْقِي الْخَاتَمَ، وَالْخُرْصَ، وَالشَّيْءَ».
(884) Abu al-Rabi` al-Zahrani menyampaikan kepada saya, katanya, Hammad menyampaikan kepada kami. Dalam sanad yang lain, Ya`qub al-Dawraqi menyampaikan kepada saya, katanya, Isma`il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, kedua-duanya daripada Abu Ayyub dengan sanad yang sama, lafaz berbeza.
(884) وحَدَّثَنِيهِ أَبُو الرَّبِيعِ الزَّهْرَانِيُّ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، ح وحَدَّثَنِي يَعْقُوبُ الدَّوْرَقِيُّ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، كِلَاهُمَا عَنْ أَيُّوبَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ
3 – (885) Ishaq bin Ibrahim dan Muhammad bin Rafi` menyampaikan kepada kami. Ibn Rafi` berkata, `Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, katanya, `Atha’ mengkhabarkan kepada saya, daripada Jabir bin `Abdullah , beliau berkata, saya mendengarnya berkata: Sesungguhnya Nabi ﷺ akan bangkit pada pagi raya, dan baginda memulakan solat sebelum khutbah, kemudian barulah berkhutbah. Usai itu, Nabi ﷺ turun dan pergi ke kawasan Muslimat, lalu memberi ingatan kepada mereka dalam keadaan baginda bersandar ke tangan Bilal, dan Bilal menadahkan pakaiannya, sementara kaum Muslimat memberikan sedekah mereka. Saya (Ibn Jurayj) bertanya kepada `Atha’, “Adakah itu zakat fitri?” `Atha’ menjawab, “Bukan, itu sedekah umum, mereka memberikan cincin mereka, mereka memberi dan terus memberi.” Ibn Jurayj berkata lagi, “Adakah boleh imam sekarang pergi ke kawasan Muslimat selepas selesai khutbah, dan memberi tazkirah kepada mereka?” `Atha’ menjawab, “Sungguh, itu hak mereka, mengapa tidak?”
3 - (885) وحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ قال ابْنُ رَافِعٍ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ: «إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَصَلَّى، فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ، ثُمَّ خَطَبَ النَّاسَ، فَلَمَّا فَرَغَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ، وَأَتَى النِّسَاءَ، فَذَكَّرَهُنَّ، وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى يَدِ بِلَالٍ، وَبِلَالٌ بَاسِطٌ ثَوْبَهُ، يُلْقِينَ النِّسَاءُ صَدَقَةً» قُلْتُ لِعَطَاءٍ: زَكَاةَ يَوْمِ الْفِطْرِ؟ قَالَ: «لَا، وَلَكِنْ صَدَقَةً يَتَصَدَّقْنَ بِهَا حِينَئِذٍ، تُلْقِي الْمَرْأَةُ فَتَخَهَا، وَيُلْقِينَ وَيُلْقِينَ»، قُلْتُ لِعَطَاءٍ: أَحَقًّا عَلَى الْإِمَامِ الْآنَ أَنْ يَأْتِيَ النِّسَاءَ حِينَ يَفْرُغُ فَيُذَكِّرَهُنَّ؟ قَالَ: «إِي، لَعَمْرِي إِنَّ ذَلِكَ لَحَقٌّ عَلَيْهِمْ، وَمَا لَهُمْ لَا يَفْعَلُونَ ذَلِكَ؟»
4 – (885) Muhammad bin `Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami, katanya, `Abdul Malik bin Abu Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada `Atha’, daripada Jabir bin `Abdullah , beliau berkata, Saya pernah menyertai solat hari raya bersama Rasulullah ﷺ, baginda memulakan solat sebelum khutbah tanpa azan dan iqamat. Kemudian baginda berdiri dengan berpaut pada Bilal, sambil-sambil menyuruh untuk bertakwa kepada Allah, galakan untuk taat kepada-Nya, lalu memberi nasihat dan tazkirah kepada mereka. Selepas itu baginda pergi sehingga sampai kepada kaum perempuan, lalu memberi nasihat dan tazkirah juga. Baginda bersabda, “Bersedekahlah, kerana majoriti kalian adalah kayu bakar neraka.” Seorang wanita rupawan, yang berkedudukan tinggi bertanya, “Mengapa begitu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kerana kalian banyak merungut, dan tidak bersyukur dengan suaminya.” Lalu mereka memberikan perhiasan-perhiasan mereka sebagai sedekah, mereka mencampakkannya ke dalam kain yang Bilal bentangkan, berbentuk emas dan cincin.
4 - (885) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ يَوْمَ الْعِيدِ، فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ، بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ، ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ، فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللهِ، وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ، وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ، ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ، فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ، فَقَالَ: «تَصَدَّقْنَ، فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ»، فَقَامَتِ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ، فَقَالَتْ: لِمَ؟ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «لِأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ»، قَالَ: فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ، يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ
5 – (886) Muhammad bin Rafi` menyampaikan kepada saya, katanya, `Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurajy mengkhabarkan kepada kami, katanya, `Atha’ mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn ʿAbbas dan Jabir bin `Abdullah al-Anshari , mereka berkata, "Tidak di azankan untuk (solat) hari al-Fitri dan hari al-Adha". Ibn Jurayj berkata, Beberapa ketika kemudian, saya bertanya kepada `Atha’ tentang hadis ini. `Atha’ menjawab, “Jabir bin `Abdullah al-Anshari mengkhabarkan kepada saya, bahawa tiada azan untuk solat raya – tidak ketika imam keluar, tidak juga setelah imam keluar, tiada iqamat, tiada panggilan, tiada sesuatu pun, tiada panggilan ketika itu, Tiada iqamat.”
5 - (886) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْأَنْصَارِيِّ، قَالَا: «لَمْ يَكُنْ يُؤَذَّنُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَلَا يَوْمَ الْأَضْحَى»، ثُمَّ سَأَلْتُهُ بَعْدَ حِينٍ عَنْ ذَلِكَ؟ فَأَخْبَرَنِي، قَالَ: «أَخْبَرَنِي جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللهِ الْأَنْصَارِيُّ، أَنْ لَا أَذَانَ لِلصَّلَاةِ يَوْمَ الْفِطْرِ، حِينَ يَخْرُجُ الْإِمَامُ، وَلَا بَعْدَ مَا يَخْرُجُ، وَلَا إِقَامَةَ، وَلَا نِدَاءَ، وَلَا شَيْءَ، لَا نِدَاءَ يَوْمَئِذٍ، وَلَا إِقَامَةَ»
6 – (886) Muhammad bin Rafi` menyampaikan kepada saya, katanya, `Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, katanya, `Atha’ mengkhabarkan kepada saya, bahawa Ibn ʿAbbas mengirimkan (seseorang) kepada Ibn al-Zubayr pada awal-awal beliau dibaiah, suratnya berbunyi: “Solat hari raya tidak pernah diazankan, maka janganlah kamu meletakkan azan untuknya.” Justeru itu, Ibn al-Zubayr tidak membenarkan laungan azan untuk solat raya pada zamannya. Ibn ʿAbbas juga menitipkan, “Khutbah hari raya adalah selepas solat sunat raya, demikianlah yang dilakukan.” Katanya, maka Ibn Zubair menunaikan solat sebelum khutbah..
6 - (886) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ، أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ، أَرْسَلَ إِلَى ابْنِ الزُّبَيْرِ أَوَّلَ مَا بُويِعَ لَهُ، «أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يُؤَذَّنُ لِلصَّلَاةِ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَلَا تُؤَذِّنْ لَهَا»، قَالَ: فَلَمْ يُؤَذِّنْ لَهَا ابْنُ الزُّبَيْرِ يَوْمَهُ، وَأَرْسَلَ إِلَيْهِ مَعَ ذَلِكَ: «إِنَّمَا الْخُطْبَةُ بَعْدَ الصَّلَاةِ، وَإِنَّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يُفْعَلُ»، قَالَ: فَصَلَّى ابْنُ الزُّبَيْرِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ
7 – (887) Yahya bin Yahya, Hasan bin al-Rabi`, Qutaybah bin Sa`id dan Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Yahya mengkhabarkan kepada kami, katanya, mereka berkata, Abu al-Ahwash menyampaikan kepada kami, daripada Simak, daripada Jabir bin Samurah , beliau berkata, Saya pernah solat dua hari raya bersama Rasulullah, tidak sekali dua, tanpa azan dan iqamat.
7 - (887) وحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا، وقَالَ الْآخَرُونَ: حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: «صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِيدَيْنِ، غَيْرَ مَرَّةٍ وَلَا مَرَّتَيْنِ، بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ»
8 – (888) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, `Abdah bin Sulayman dan Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada `Ubaydullah, daripada Nafi`, daripada Ibn ʿUmar , bahawasanya Nabi ﷺ, Abu Bakr dan `Umar, mereka semua menunaikan solat hari raya sebelum menyampaikan khutbah.
8 - (888) وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ، وَأَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، كَانُوا يُصَلُّونَ الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ»