kitab syair
كتاب الشِّعْرِ
1 – (2255) ‘Amr al-Naqid dan Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, mereka berdua meriwayatkan daripada Ibn ‘Uyaynah, Ibn Abu ‘Umar berkata, “Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Maysarah, daripada ‘Amr bin al-Syarid, daripada bapanya, beliau berkata, “Pada suatu hari, aku berbonceng dengan Rasulullah ﷺ. Lalu baginda bertanya, “Adakah engkau ingat apa-apa syair Umayyah bin Abu al-Shalt?” Aku menjawab, “Ya.” Baginda berkata, “Lantunkanlah.” Aku pun mengungkap satu bait. Lalu baginda berkata, “Teruskan.” Kemudian aku mengungkap lagi satu bait. Baginda berkata lagi, “Teruskan.” Sehingga aku mengungkapkan 100 rangkap syair.”
1 - (2255) حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، كِلَاهُمَا عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، قَالَ: ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: رَدِفْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ: «هَلْ مَعَكَ مِنْ شِعْرِ أُمَيَّةَ بْنِ أَبِي الصَّلْتِ شَيْءٌ؟» قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «هِيهْ» فَأَنْشَدْتُهُ بَيْتًا، فَقَالَ: «هِيهْ» ثُمَّ أَنْشَدْتُهُ بَيْتًا، فَقَالَ: «هِيهْ» حَتَّى أَنْشَدْتُهُ مِائَةَ بَيْتٍ.
1 – Zuhayr bin Harb dan Ahmad bin ‘Abdah menyampaikan hadis kepadaku, mereka semua meriwayatkan daripada Ibn ‘Uyaynah, daripada Ibrahim bin Maysarah, daripada ‘Amr bin al-Syarid atau Ya’qub bin ‘Ashim, daripada al-Syarid, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ memboncengkan aku dibelakangnya…” Lalu perawi menyebutkan hadis yang sama dengan sebelumnya.
1 - وحَدَّثَنِيهِ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ جَمِيعًا، عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ، أَوْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ، عَنِ الشَّرِيدِ قَالَ: أَرْدَفَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلْفَهُ فَذَكَرَ بِمِثْلِهِ.
1 – Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, al-Mu’tamir bin Sulayman mengkhabarkan kepada kami. (Dalam sanad lain) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepadaku, ‘Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, kedua-duanya meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Tha’ifi, daripada ‘Amr bin al-Syarid, daripada bapanya, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ meminta aku mengungkapkan syair…sama seperti hadis riwayat Ibrahim bin Maysarah. Dan perawi menambah, “Penyair itu hampir memeluk agama Islam.” Dalam hadis riwayat Ibn Mahdi baginda menyebutkan, “Sesungguhnya penyair itu hampir memeluk Islam dalam syairnya.”
1 - وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، ح وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ كِلَاهُمَا، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الطَّائِفِيِّ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: اسْتَنْشَدَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ، وَزَادَ قَالَ: إِنْ كَادَ لِيُسْلِمُ وَفِي حَدِيثِ ابْنِ مَهْدِيٍّ قَالَ: «فَلَقَدْ كَادَ يُسْلِمُ فِي شِعْرِهِ».
2 – (2256) Abu Ja’far iaitu Muhammad bin al-Shabbah dan ‘Ali bin Hujr al-Sa’di menyampaikan kepadaku, mereka semua meriwayatkan daripada Syarik, Ibn Hujr berkata, “Syarik mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Syair terbaik yang pernah diungkapkan oleh orang Arab ialah syair Labid. Iaitu, “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil (pasti binasa).”
2 - (2256) حَدَّثَنِي أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ، جَمِيعًا عَنْ شَرِيكٍ، قَالَ: ابْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا شَرِيكٌ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَشْعَرُ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَتْ بِهَا الْعَرَبُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلٌ.
3 – (2256) Muhammad bin Hatim bin Maymun menyampaikan kepadaku, Ibn Mahdi menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr, Abu Salamah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Syair yang paling benar diucapkan oleh penyair ialah syiar Labid. Iaitu, “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil (pasti binasa).” Umayyah bin Abu al-Shalt hampir memeluk Islam.”
3 - (2256) وحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَصْدَقُ كَلِمَةٍ قَالَهَا شَاعِرٌ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلٌ. وَكَادَ أُمَيَّةُ بْنُ أَبِي الصَّلْتِ أَنْ يُسْلِمَ».
4 – (2256) Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepadaku, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Za’idah, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr, daripada Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Bait yang paling benar diucapkan oleh penyair ialah “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil (pasti binasa).” Umayyah bin Abu al-Shalt hampir memeluk Islam.”
4 - (2256) وحَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ زَائِدَةَ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَصْدَقُ بَيْتٍ قَالَهُ الشَّاعِرُ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلٌ، وَكَادَ ابْنُ أَبِي الصَّلْتِ أَنْ يُسْلِمَ.
5 – (2256) Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Bait yang paling benar diucapkan oleh para penyair ialah “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil (pasti binasa).”
5 - (2256) وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَصْدَقُ بَيْتٍ قَالَتْهُ الشُّعَرَاءُ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلٌ.
6 – (2256) Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami, Yahya bin Zakariyya mengkhabarkan kepada kami, daripada Israil, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umayr, daripada Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman, beliau berkata, “Aku mendengar Abu Hurayrah berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya ucapan yang paling benar diucapkan oleh penyair ialah ucapan Labid, “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil (pasti binasa).” Beliau tidak menambah lebih daripada itu.”
6 - (2256) وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّاءَ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَصْدَقَ كَلِمَةٍ قَالَهَا شَاعِرٌ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلٌ، مَا زَادَ عَلَى ذَلِكَ.
7 – (2257) Abu Bakr bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, Hafsh dan Abu Mu’awiyah menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, Abu Mu’awiyah menyampaikan kepada kami, kedua-dua mereka meriwayatkan daripada al-A’masy. (Dalam sanad lain) Abu Sa’id al-Asyaj menyampaikan kepada kami, Waki’ menyampaikan kepada kami, al-A’masy menyampaikan kepada kami, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Perut seseorang yang penuh dengan nanah yang merosakkan bahagian dalam dirinya lebih baik daripada perutnya penuh dengan syair.” Abu Bakr berkata, “Tetapi Hafs tidak menyebutkan dalam riwayat perkataan (يَرِيهِ).
7 - (2257) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا حَفْصٌ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، كِلَاهُمَا عَنِ الْأَعْمَشِ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ الرَّجُلِ قَيْحًا يَرِيهِ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا» قَالَ أَبُو بَكْرٍ: إِلَّا أَنَّ حَفْصًا لَمْ يَقُلْ «يَرِيهِ».
8 – (2258) Muhammad bin al-Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Yunus bin Jubayr, daripada Muhammad bin Sa’ad, daripada Sa’ad, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Rongga seseorang daripada kamu yang penuh dengan nanah yang merosakkannya dari dalam lebih baik daripada perutnya penuh dengan syair.”
8 - (2258) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ يُونُسَ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعْدٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا يَرِيهِ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا».
9 – (2259) Qutaybah bin Sa’id al-Tsaqafi menyampaikan kepada kami, Layts menyampaikan kepada kami, daripada Ibn al-Had, daripada Yuhannis mawla Mush’ab bin al-Zubayr, daripada Abu Sa’id al-Khudri, beliau berkata, “Ketika kami sedang berjalan di ‘Arj, tiba-tiba ada seorang penyair muncul dalam keadaan mendendangkan syair. Lantas Rasulullah ﷺ bersabda, “Pegang syaitan itu atau tangkap syaitan itu. Sesungguhnya perut seseorang yang penuh dengan nanah lebih baik daripada perutnya penuh dengan syair.”
9 - (2259) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ الثَّقَفِيُّ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، عَنِ ابْنِ الْهَادِ، عَنْ يُحَنِّسَ، مَوْلَى مُصْعَبِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ نَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ إِذْ عَرَضَ شَاعِرٌ يُنْشِدُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خُذُوا الشَّيْطَانَ، أَوْ أَمْسِكُوا الشَّيْطَانَ لَأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ رَجُلٍ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا».