kitab waris

كِتَابُ الْفَرَائِضِ

1 – (1614) Yahya bin Yahya, Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya, dan ini lafaz Yahya, Yahya berkata, “mengkhabarkan kepada kami” manakala dua yang lain berkata, Ibn ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada al-Zuhri, daripada ‘Ali bin Husayn, daripada ‘Amru bin ‘Utsman, daripada Usamah bin Zayd, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Seorang muslim tidak boleh mewarisi daripada orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi daripada orang Muslim.”

1 - (1614) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى، قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا، وقَالَ الْآخَرَانِ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ، عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لَا يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ، وَلَا يَرِثُ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ»

Bab Berikan Hak Waris Kepada Pemiliknya, Sekiranya Ada Lebih Maka Diberikan Untuk Yang Lebih Berhak

Bāb Alḥiqū al-Farāʾiḍ bi-Ahli-hā fa-Mā Baqiya fa-li-Awlā Rajul Dhakar

بَابُ أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَلِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

2 – (1615) ‘Abd al-A‘la bin Hammad iaitu al-Narsi menyampaikan kepada kami, katanya, Wuhayb menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Ibn Thawus, daripada ayahnya, daripada Ibn ʿAbbas, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Berikanlah harta warisan kepada yang berhak mendapatkannya, manakala bakinya untuk lelaki yang paling dekat dalam keturunannya.”

2 - (1615) حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ وَهُوَ النَّرْسِيُّ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»

3 – (1615) Umayyah bin Bistham al-‘Aisyi menyampaikan kepada kami, katanya, Yazid bin Zuray‘ menyampaikan kepada kami, katanya, Rawh bin al-Qasim menyampaikan kepada kami, katanya, daripada ‘Abdullah bin Thawus, daripada ayahnya, daripada Ibn ʿAbbas, daripada Rasulullah ﷺ , baginda bersabda, “Berikanlah harta warisan kepada yang berhak menerimanya, manakala bakinya untuk keluarga lelaki yang terdekat.”

3 - (1615) حَدَّثَنَا أُمَيَّةُ بْنُ بِسْطَامَ الْعَيْشِيُّ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا تَرَكَتِ الْفَرَائِضُ فَلِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»

4 – (1615) Ishaq bin Ibrahim, Muhammad bin Rafi‘ dan ‘Abd bin Humayd menyampaikan kepada kami, katanya, dan ini lafaz Ibn Rafi‘. Ishaq berkata, manakala dua yang lain berkata, ‘Abd al-Razzaq mengkhabarkan kepada kami, katanya, Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, katanya, daripada Ibn Thawus, daripada ayahnya, daripada Ibn ʿAbbas, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Bahagikanlah harta warisan antara orang-orang yang berhak sesuai dengan kitabullah, manakala baki daripada harta warisan untuk keluarga lelaki yang terdekat.”

4 - (1615) حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، وَاللَّفْظُ لِابْنِ رَافِعٍ، قَالَ إِسْحَاقُ: حَدَّثَنَا، وَقَالَ الْآخَرَانِ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اقْسِمُوا الْمَالَ بَيْنَ أَهْلِ الْفَرَائِضِ عَلَى كِتَابِ اللهِ، فَمَا تَرَكَتِ الْفَرَائِضُ فَلِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»،

(1615) - Muhammad bin al-‘Ala’ Abu Kurayb al-Hamdani menyampaikan kepadaku, katanya, Zayd bin Hubab menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Yahya bin Ayyub, daripada Ibn Thawus, dengan sanad ini, seperti hadis Wuhayb dan Rawh bin al-Qasim.”

(1615) - وحَدَّثَنِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ أَبُو كُرَيْبٍ الْهَمْدَانِيُّ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَ حَدِيثِ وُهَيْبٍ، وَرَوْحِ بْنِ الْقَاسِمِ

Bab Warisan al-Kalalah

Bāb Mīrāth al-Kalālah

بَابُ مِيرَاثِ الْكَلَالَةِ

5 – (1616) ‘Amru bin Muhammad bin Bukayr al-Naqid menyampaikan kepada kami, katanya, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Muhammad bin al-Munkadir, beliau mendengar Jabir bin Abdullah, dia berkata, “Ketika saya sakit, Rasulullah ﷺ dan Abu Bakar menjenguk saya dengan berjalan kaki, dan Ketika itu saya sedang pengsan. Lalu baginda berwuduk dan memercikkan air wuduknya kepada saya sehingga saya pun tersedar. Kemudian saya berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana sepatutnya saya mengurus harta?” Baginda tidak menjawab sedikit pun, sehingga turunlah ayat tentang waris, {Mereka meminta fatwa kepada kamu (wahai Muhammad) tentang al-Kalalah (iaitu seseorang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan ayah dan anak), katakanlah, Allah-lah yang memberi fatwa kepada kamu tentang al-Kalalah}[ Surah al-Nisa’, ayat 176]

5 - (1616) حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ بُكَيْرٍ النَّاقِدُ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: مَرِضْتُ فَأَتَانِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَبُو بَكْرٍ يَعُودَانِي مَاشِيَيْنِ، فَأُغْمِيَ عَلَيَّ، فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ صَبَّ عَلَيَّ مِنْ وَضُوئِهِ، فَأَفَقْتُ، قُلْتُ: “ يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ أَقْضِي فِي مَالِي؟ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيَّ شَيْئًا، حَتَّى نَزَلَتْ آيَةُ الْمِيرَاثِ: {يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ} [النساء: 176] “

6 – (1616) Muhammad bin Hatim bin Maimun menyampaikan kepadaku, katanya, Hajjaj bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya, Ibn Jurayj menyampaikan kepada kami, katanya, beliau berkata, Ibn al-Munkadir mengkhabarkan kepadaku, katanya, daripada Jabir bin ‘Abdullah, beliau berkata, “Nabi ﷺ dan Abu Bakar menjengukku dengan berjalan kaki di Bani Salamah ketika saya sakit di kampung, dan baginda mendapati saya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kemudian baginda meminta air untuk berwuduk, lalu baginda memercikkannya kepada saya lalu saya pun tersedar. Saya berkata, “Bagaimana sepatutnya saya mengatur harta saya wahai Rasulullah?” maka turunlah ayat, {Allah menetapkan bagi kamu tentang warisan untuk anak-anakmu, satu bahagian anak lelaki sama dengan dua bahagian anak perempuan}[ Surah al-Nisa’, ayat 11]

6 - (1616) حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ، حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: عَادَنِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَبُو بَكْرٍ فِي بَنِي سَلِمَةَ يَمْشِيَانِ، فَوَجَدَنِي لَا أَعْقِلُ، فَدَعَا بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ رَشَّ عَلَيَّ مِنْهُ، فَأَفَقْتُ، فَقُلْتُ: “ كَيْفَ أَصْنَعُ فِي مَالِي يَا رَسُولَ اللهِ؟ فَنَزَلَتْ: {يُوصِيكُمُ اللهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ} [النساء: 11] “

7 – (1616) ‘Ubaydullah bin ‘Umar al-Qawariri menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Rahman iaitu Ibn Mahdi menyampaikan kepada kami, katanya, Sufyan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, “Saya mendengar Muhammad bin AL-Munkadir, beliau berkata, “Saya mendengar Jabir bin ‘Abdullah, beliau berkata, “Ketika saya sakit, Rasulullah ﷺ menjenguk saya bersama Abu Bakar dengan berjalan kaki, baginda mendapati saya dalam keadaan tidak sedarkan diri, lalu Rasulullah ﷺ berwuduk dan memercikkan air wuduknya kepada saya sehingga saya pun tersedar. Kemudian beliau berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana sepatutnya saya mengurus harta benda saya?” Baginda tidak menjawab sedikit pun pertanyaan saya sehingga turunlah ayat tentang harta warisan.”

7 - (1616) حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ يَعْنِي ابْنَ مَهْدِيٍّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ الْمُنْكَدِرِ، قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ، يَقُولُ: عَادَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مَرِيضٌ، وَمَعَهُ أَبُو بَكْرٍ مَاشِيَيْنِ، فَوَجَدَنِي قَدْ أُغْمِيَ عَلَيَّ، فَتَوَضَّأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ صَبَّ عَلَيَّ مِنْ وَضُوئِهِ، فَأَفَقْتُ، فَإِذَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ: «يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ أَصْنَعُ فِي مَالِي؟ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيَّ شَيْئًا حَتَّى نَزَلَتْ آيَةُ الْمِيرَاثِ»

8 – (1616) Muhammad bin Hatim menyampaikan kepadaku, katanya, Bahz menyampaikan kepada kami, katanya, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya, Muhammad bin al-Munkadir mengkhabarkan kepadaku, dia berkata, saya mendengar Jabir bin ‘Abdullah berkata, “Rasulullah ﷺ menjenguk saya ketika sakit yang menyebabkan saya tidak sedar, lalu baginda berwuduk dan memercikkan air wuduknya kepada saya, lalu saya pun sedar. Kemudian saya berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana saya mewariskan harta peninggalan? Maka turunlah ayat tentang warisan.” Saya (Syu‘bah) bertanya kepada Muhammad bin al-Munkadir, {Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang al-Kalalah). Katakanlah, “Allah memberi fatwa kepada kamu tentang al-Kalalah?}[ Surah al-Nisa’, ayat 176] Dia menjawab, “Beginilah ayat ini diturunkan.”

8 - (1616) حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ، حَدَّثَنَا بَهْزٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ، قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ، يَقُولُ: دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مَرِيضٌ لَا أَعْقِلُ، فَتَوَضَّأَ، فَصَبُّوا عَلَيَّ مِنْ وَضُوئِهِ، فَعَقَلْتُ، فَقُلْتُ: «يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّمَا يَرِثُنِي كَلَالَةٌ، فَنَزَلَتْ آيَةُ الْمِيرَاثِ»، فَقُلْتُ لِمُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ: {يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ} [النساء: 176]، قَالَ: «هَكَذَا أُنْزِلَتْ»،

(1616) - Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya, al-Nadhr bin Syumayl dan Abu Amir al-‘Aqadi mengkhabarkan kepada kami. Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Wahb bin Jarir menyampaikan kepada kami, katanya, kesemuanya daripada Syu‘bah, dengan sanad ini dalam hadis Wahb bin Jarir, disebutkan, “lalu turunlah ayat faraidh.” Manakala dalam hadis al-Nadhr dan al-‘Aqadi, disebutkan, “Lalu turunlah ayat berkaitan faraidh.” Dalam riwayat mereka berdua tidak disebutkan perkataan Syu‘bah kepada Ibn al-Munkadir.”

(1616) - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ، وَأَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ، كُلُّهُمْ عَنْ شُعْبَةَ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ فِي حَدِيثِ وَهْبِ بْنِ جَرِيرٍ: فَنَزَلَتْ آيَةُ الْفَرَائِضِ، وَفِي حَدِيثِ النَّضْرِ، وَالْعَقَدِيِّ: فَنَزَلَتْ آيَةُ الْفَرْضِ، وَلَيْسَ فِي رِوَايَةِ أَحَدٍ مِنْهُمْ قَوْلُ شُعْبَةَ لِابْنِ الْمُنْكَدِرِ

9 – (1617) Muhammad bin Abu Bakar al-Muqaddami dan Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, dan ini adalah lafaz Ibn al-Mutsanna, kedua-duanya berkata, Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya, Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya, Qatadah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Salim bin Abu al-Ja‘d, daripada Ma‘dan bin Abu Thalhah, bahawa Umar bin al-Khatthab berkhutbah pada hari Jumaat, kemudian beliau memuji Nabi Allah ﷺ dan Abu Bakar, lalu beliau berkata, “Sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan sesuatu yang menurut saya lebih penting berbanding al-Kalalah. Saya tidak pernah mengulang-ulang mendapatkan pandangan daripada Rasulullah ﷺ tentang sesuatu melebihi tentang al-Kalalah, beliau juga tidak pernah bersikap keras terhadap suatu hal melebihi sikap kerasnya kepada saya dalam isu al-Kalalah, sehingga baginda menekan jari-jemarinya ke dada saya sambil bersabda, “Wahai ‘Umar, belum cukupkah buat kamu ayat al-Shayf yang terdapat dalam akhir daripada surah al-Nisa’? Seandainya saya masih hidup, maka saya akan menetapkan masalah al-Kalalah dengan suatu ketetapan yang diputuskan oleh orang yang membaca al-Quran dan orang yang tidak membaca al-Quran.”

9 - (1617) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى، قَالَا: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ، عَنْ مَعْدَانَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ، خَطَبَ يَوْمَ جُمُعَةٍ، فَذَكَرَ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَذَكَرَ أَبَا بَكْرٍ، ثُمَّ قَالَ: إِنِّي لَا أَدَعُ بَعْدِي شَيْئًا أَهَمَّ عِنْدِي مِنَ الْكَلَالَةِ، مَا رَاجَعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَيْءٍ مَا رَاجَعْتُهُ فِي الْكَلَالَةِ، وَمَا أَغْلَظَ لِي فِي شَيْءٍ مَا أَغْلَظَ لِي فِيهِ، حَتَّى طَعَنَ بِإِصْبَعِهِ فِي صَدْرِي، وَقَالَ: «يَا عُمَرُ، أَلَا تَكْفِيكَ آيَةُ الصَّيْفِ الَّتِي فِي آخِرِ سُورَةِ النِّسَاءِ، وَإِنِّي إِنْ أَعِشْ أَقْضِ فِيهَا بِقَضِيَّةٍ يَقْضِي بِهَا مَنْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، وَمَنْ لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ»،

(1617) - Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Isma‘il bin ‘Ulayyah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Sa‘id bin Abu ‘Arubah. Zuhayr bin Harb, Ishaq bin Ibrahim dan Ibn Rafi‘ menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Syababah bin Sawwar, daripada Syu‘bah, kedua-duanya daripada Qatadah dengan sanad ini, seperti hadis tersebut.”

(1617) - وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، ح وحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَابْنُ رَافِعٍ، عَنْ شَبَابَةَ بْنِ سَوَّارٍ، عَنْ شُعْبَةَ، كِلَاهُمَا عَنْ قَتَادَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ

Bab Ayat Terakhir Yang Diturunkan Adalah Ayat Warisan

Bāb Ākhir Āyah Unzilat Āyat al-Kalālah

بَابُ آخِرُ آيَةٍ أُنْزِلَتْ آيَةُ الْكَلَالَةِ

10 – (1618) ‘Ali bin Khasyram menyampaikan kepada kami, katanya, Waki‘ mengkhabarkan kepada kami, katanya, daripada Ibn Abu Khalid, daripada Abu Ishaq, daripada al- Bara’, beliau berkata, “Ayat al-Quran yang terakhir diturunkan adalah {Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah}[ Surah al-Nisa’, ayat 176]

10 - (1618) حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ، أَخْبَرَنَا وَكِيعٌ، عَنِ ابْنِ أَبِي خَالِدٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ، قَالَ: “ آخِرُ آيَةٍ أُنْزِلَتْ مِنَ الْقُرْآنِ: {يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ} [النساء: 176] “

11 – (1618) Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, kedua-duanya berkata, Muhammad bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Abu Ishaq, beliau berkata, saya mendengar al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata, “Ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat tentang al-Kalalah, manakala surah yang terakhir diturunkan adalah surah al-Bara’ah.”

11 - (1618) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ، يَقُولُ: “ آخِرُ آيَةٍ أُنْزِلَتْ: آيَةُ الْكَلَالَةِ، وَآخِرُ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ: بَرَاءَةُ “

12 – (1618) Ishaq bin Ibrahim al-Hanzhali menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Isa iaitu Ibn Yunus mengkhabarkan kepada kami, katanya, Zakariyya menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Abu Ishaq, daripada al-Bara’, bahawa surah terakhir yang diturunkan secara sempurna adalah surah al-Bara’ah, manakala ayat yang terakhir turun adalah ayat al-Kalalah.”

12 - (1618) حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، أَخْبَرَنَا عِيسَى وَهُوَ ابْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ، “ أَنَّ آخِرَ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ تَامَّةً: سُورَةُ التَّوْبَةِ، وَأَنَّ آخِرَ آيَةٍ أُنْزِلَتْ: آيَةُ الْكَلَالَةِ “،

(1618) Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, Yahya iaitu Ibn Adam menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Ammar iaitu Ibn Ruzayq menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Abu Ishaq, daripada al-Bara’, seperti hadis di atas, namun beliau berkata, “Surah terakhir yang diturunkan secara lengkap.”

(1618) - حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ آدَمَ، حَدَّثَنَا عَمَّارٌ وَهُوَ ابْنُ رُزَيْقٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ، بِمِثْلِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ: آخِرُ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ كَامِلَةً

13 – (1618) ‘Amru al-Naqid menyampaikan kepada kami, katanya, Abu Ahmad al-Zubayri menyampaikan kepada kami, katanya, Malik bin Mighwal menyampaikan kepada kami, katanya, daripada Abu Safar, daripada al-Bara’, beliau berkata, “Ayat yang terakhir kali turun adalah: {Mereka meminta fatwa daripada kamu}[ Surah al-Nisa’, ayat 176].”

13 - (1618) حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ، حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ مِغْوَلٍ، عَنْ أَبِي السَّفَرِ، عَنِ الْبَرَاءِ، قَالَ: “ آخِرُ آيَةٍ أُنْزِلَتْ: يَسْتَفْتُونَكَ “

Sahih Muslim