kitab zikir, doa, taubat dan istighfar

كتاب الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ وَالتَّوْبَةِ وَالِاسْتِغْفَارِ

Bab Galakan Mengingati Allah

Bāb al-Ḥathth ʿalā Dhikr Allāh Taʿālā

بَابُ الْحَثِّ عَلَى ذِكْرِ اللهِ تَعَالَى

2 – (2675) Qutaybah bin Sa’id dan Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami – lafaz daripada Qutaybah – mereka berdua berkata, “Jarir menyampaikan kepada kami, daripada al-A’masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah berfirman, “Aku mengikut keyakinan hamba-Ku terhadap-Ku, Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku, jika dia mengingati-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatinya dalam Diri-Ku, jika dia mengingati-Ku di khalayak ramai maka Aku mengingatinya di khalayak yang lebih baik daripada mereka, jika dia menghampiri-Ku sejengkal maka Aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiri-Ku sehasta maka Aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepada-Ku berjalan kaki maka Aku datang kepadanya berlari-lari anak.”

2 - (2675) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ - وَاللَّفْظُ لِقُتَيْبَةَ - قَالَا: حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: «أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ حِينَ يَذْكُرُنِي، إِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ، ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ هُمْ خَيْرٌ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً»،

2 – Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “Abu Mu’awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A’masy, dengan sanad ini, tetapi tidak menyebutkan jika dia menghampiri-Ku sehasta maka Aku menghampirinya sedepa.”

2 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَلَمْ يَذْكُرْ: «وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا»

3 – (2675) Muhammad bin Rafi’ menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ma’mar menyampaikan kepada kami, daripada Hammam bin Munabbih, beliau berkata, “Ini adalah hadis yang Abu Hurayrah sampaikan kepada kami, daripada Rasulullah ﷺ” – lalu beliau menyebutkan beberapa hadis, antaranya – Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Jika hamba-Ku tampil kepada-Ku sejengkal maka Aku tampil kepadanya sehasta, jika dia tampil kepada-Ku sehasta maka Aku tampil kepadanya sedepa dan jika dia tampil kepada-Ku sedepa maka Aku tampil kepadanya dengan lebih cepat.”

3 - (2675) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ: هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا - وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللهَ قَالَ: إِذَا تَلَقَّانِي عَبْدِي بِشِبْرٍ، تَلَقَّيْتُهُ بِذِرَاعٍ، وَإِذَا تَلَقَّانِي بِذِرَاعٍ، تَلَقَّيْتُهُ بِبَاعٍ، وَإِذَا تَلَقَّانِي بِبَاعٍ أَتَيْتُهُ بِأَسْرَعَ.

4 – (2676) Umayyah bin Bistham al-‘Aysyi menyampaikan kepada kami, katanya, Yazid bin Zuray’ menyampaikan kepada kami, katanya, Rawh bin al-Qasim menyampaikan kepada kami, daripada al-‘Ala’, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah lalu di satu jalan Mekah. Baginda melintasi sebuah bukit yang dipanggil Jumdan. Baginda bersabda, “Kamu berjalanlah, ini bukit Jumdan. Al-Mufarridun (orang-orang yang mengasingkan diri daripada orang ramai kerana mengingati Allah) sudah mendahului.”[38] Para sahabat bertanya, “Siapakah al-Mufarridun, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang lelaki dan wanita yang selalu mengingati Allah.”

4 - (2676) حَدَّثَنَا أُمَيَّةُ بْنُ بِسْطَامَ الْعَيْشِيُّ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنِ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَسِيرُ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ فَمَرَّ عَلَى جَبَلٍ يُقَالُ لَهُ جُمْدَانُ، فَقَالَ: «سِيرُوا هَذَا جُمْدَانُ سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ» قَالُوا: وَمَا الْمُفَرِّدُونَ؟ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «الذَّاكِرُونَ اللهَ كَثِيرًا، وَالذَّاكِرَاتُ»

38

Nabi ﷺ menyebutkan demikian kerana bukit Jumdan adalah sebuah bukit tunggal yang tidak bersama bukit-bukit yang lain. Baginda membuat perumpamaan dengannya seperti orang-orang yang mengasingkan diri daripada orang ramai kerana mengingati Allah.

Bab Berkenaan Nama-Nama Allah Dan Kelebihan Orang Mengimaninya

Bāb fī Asmāʾ Allāh Taʿālā wa Faḍl Man Aḥṣāhā

بَابٌ فِي أَسْمَاءِ اللهِ تَعَالَى وَفَضْلِ مَنْ أَحْصَاهَا

5 – (2677) ‘Amr al-Naqid, Zuhayr bin Harb dan Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, kesemua mereka meriwayatkan daripada Sufyan – lafaz daripada ‘Amr – katanya, Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya dia akan masuk syurga. Dan sesungguhnya Allah itu ganjil, Dia suka yang ganjil.” Dalam riwayat Ibn Abu ‘Umar menyebutkan, “Sesiapa yang membilangnya (beriman dengannya).”

5 - (2677) حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، جَمِيعًا عَنْ سُفْيَانَ - وَاللَّفْظُ لِعَمْرٍو - حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْمًا، مَنْ حَفِظَهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَإِنَّ اللهَ وِتْرٌ، يُحِبُّ الْوِتْرَ» وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ أَبِي عُمَرَ: «مَنْ أَحْصَاهَا»

6 – (2677) Muhammad bin Rafi’ menyampaikan kepada saya, katanya, ‘Abd al-Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya, Ma’mar menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Ibn Sirin, daripada Abu Hurayrah. Dan daripada Hammam bin Munabbih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu 100 kurang satu. Sesiapa yang membilangnya (beriman dengannya) maka dia masuk syurga.” Hammam menambahkan dalam riwayatnya daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, “Sesungguhnya Allah itu ganjil, Dia menyukai yang ganjil.”

6 - (2677) حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا، مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا، مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ»، وَزَادَ هَمَّامٌ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّهُ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ»

Bab Berdoa Dengan Bersungguh-Sungguh Dan Janganlah Seseorang Berkata, “Jika Engkau Mahu.

Bāb al-ʿAzm bi al-Duʿāʾ wa lā Yaqul in Shiʾt

بَابُ الْعَزْمِ بِالدُّعَاءِ وَلَا يَقُلْ إِنْ شِئْتَ

7 – (2678) Abu Bakar bin Abu Syaybah dan Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami, kesemua mereka meriwayatkan daripada Ibn ‘Ulayyah, Abu Bakar berkata, “Isma’il bin ‘Ulayyah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Shuhayb, daripada Anas, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu berdoa maka hendaklah dia bersungguh-sungguh dalam doanya. Janganlah dia berkata, “Ya Allah, jika Engkau mahu maka berikanlah kepadaku.” Kerana sesungguhnya Allah, tiada sesiapa pun yang boleh memaksanya.”

7 - (2678) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلْيَعْزِمْ فِي الدُّعَاءِ، وَلَا يَقُلْ: اللهُمَّ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِي، فَإِنَّ اللهَ لَا مُسْتَكْرِهَ لَهُ.

8 – (2679) Yahya bin Ayyub, Qutaybah dan Ibn Hujr menyampaikan kepada kami, mereka berkata, “Isma’il bin Ja’far menyampaikan kepada kami, daripada al-‘Ala’, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu berdoa maka janganlah dia berkata, “Ya Allah, ampunilah daku jika Engkau kehendaki.” Tetapi hendaklah dia minta dengan bersungguh-sungguh dan tunjukkanlah keinginannya kerana Allah, tiada sesuatu yang Dia berikannya itu merupakan sesuatu yang dianggap besar pada-Nya.”

8 - (2679) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ حُجْرٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ، عَنِ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلَا يَقُلْ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ، وَلَكِنْ لِيَعْزِمِ الْمَسْأَلَةَ وَلْيُعَظِّمِ الرَّغْبَةَ، فَإِنَّ اللهَ لَا يَتَعَاظَمُهُ شَيْءٌ أَعْطَاهُ "

9 – (2679) Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, Anas bin ‘Iyadh menyampaikan kepada kami, katanya, al-Harits bin ‘Abd al-Rahman bin Abu Dzubab menyampaikan kepada kami, daripada ‘Atha’ bin Mina’, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Nabi ﷺ bersabda, “Janganlah sesekali seseorang daripada kamu berdoa, “Ya Allah, ampunilah daku jika Engkau mahu. Ya Allah, rahmatilah daku jika Engkau mahu.” Hendaklah dia bersungguh-sungguh dalam berdoa kerana sesungguhnya Allah memang melakukan apa sahaja yang Dia mahu, tiada yang boleh memaksa-Nya.”

9 - (2679) حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ، حَدَّثَنَا الْحَارِثُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ مِينَاءَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ، اللهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ، لِيَعْزِمْ فِي الدُّعَاءِ، فَإِنَّ اللهَ صَانِعٌ مَا شَاءَ، لَا مُكْرِهَ لَهُ "

Sahih Muslim