kitab zuhud dan pelembut hati
كِتَابُ الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ
1 – (2956) Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-‘Aziz al-Darawardi menyampaikan kepada kami, daripada al-‘Ala’, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Dunia merupakan penjara orang mukmin dan syurga orang kafir.”
1 - (2956) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ، عَنِ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ»
2 – (2957) ‘Abdullah bin Maslamah bin Qa’nab menyampaikan kepada kami, katanya, Sulayman bin Bilal menyampaikan kepada kami, daripada Ja’far, daripada bapanya, daripada Jabir bin ‘Abdullah, bahawa Rasulullah ﷺ pernah lalu di pasar, baginda masuk dari salah satu kawasan tinggi, orang ramai berada di dua tepi jalan. Baginda lalu di tepi seekor anak kambing yang terputus telinganya (tuli), lagi sudah mati. Lalu baginda mengambil anak kambing itu dengan memegang telinganya, kemudian baginda bertanya, “Siapakah di antara kamu yang suka mendapatkan anak kambing ini dengan harga satu dirham?” Mereka menjawab, “Kami tidak mahu meskipun dengan bayaran yang rendah. Apa kami boleh buat dengannya?” Baginda bertanya, “Adakah kamu suka jika kamu memperolehnya?” Mereka menjawab, “Demi Allah, jika ia masih hidup pun ia cacat. Apatah lagi ia sudah mati.” Baginda berkata, “Demi Allah, sesungguhnya dunia ini lebih hina di sisi Allah berbanding kambing ini untuk kamu.”
2 - (2957) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ يَعْنِي ابْنَ بِلَالٍ، عَنْ جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِالسُّوقِ، دَاخِلًا مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ، وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ، فَمَرَّ بِجَدْيٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ، فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ، ثُمَّ قَالَ: «أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟» فَقَالُوا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ، وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قَالَ: «أَتُحِبُّونَ أَنَّهُ لَكُمْ؟» قَالُوا: وَاللهِ لَوْ كَانَ حَيًّا، كَانَ عَيْبًا فِيهِ، لِأَنَّهُ أَسَكُّ، فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: «فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ، مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ»،
2 – Muhammad bin al-Mutsanna al-‘Anazi dan Ibrahim bin Muhammad bin ‘Ar’arah al-Sami menyampaikan kepada saya, mereka berdua berkata, “’Abd al-Wahhab al-Tsaqafi menyampaikan kepada kami, daripada Ja’far, daripada bapanya, daripada Jabir, daripada Nabi ﷺ, hadis yang sama. Cuma di dalam hadis al-Tsaqafi menyebutkan, “Jika kambing ini masih hidup pun, penyakit tulinya merupakan suatu kecacatan.”
2 - حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى الْعَنَزِيُّ، وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَرْعَرَةَ السَّامِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ يَعْنِيَانِ الثَّقَفِيَّ، عَنْ جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ، غَيْرَ أَنَّ فِي حَدِيثِ الثَّقَفِيِّ: فَلَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ هَذَا السَّكَكُ بِهِ عَيْبًا
3 – (2958) Haddab bin Khalid menyampaikan kepada kami, katanya, Hammam menyampaikan kepada kami, katanya, Qatadah menyampaikan kepada kami, daripada Mutharrif, daripada bapanya, beliau berkata, “Saya datang kepada Nabi ﷺ sambil baginda membaca, “Berlumba-lumba memperbanyakkan harta menyebabkan kamu jadi lalai.” Baginda menjelaskan, “Manusia berkata, “Hartaku, hartaku.” Baginda berkata lagi, “Sedangkan tiada yang boleh dikatakan bahagian daripada hartamu wahai anak Adam melainkan apa yang awak sudah makan lalu ia hadam, atau awak pakai lalu jadi buruk atau awak sedekah lalu ia menjadi simpananmu.”
3 - (2958) حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ مُطَرِّفٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقْرَأُ: أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ، قَالَ: " يَقُولُ ابْنُ آدَمَ: مَالِي، مَالِي، قَالَ: وَهَلْ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ، أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ، أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ؟ "،
3 – Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “Muhammad bin Ja’far menyampaikan kepada kami, katanya, Syu’bah menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, “Ibn Abu ‘Adi menyampaikan kepada kami, daripada Sa’id.” (Dalam sanad lain) Ibn al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, Mu’adz bin Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya, bapa saya menyampaikan kepada kami. Kesemua mereka meriwayatkan daripada Qatadah, daripada Mutharrif, daripada bapanya, beliau berkata, “Saya pergi bertemu Nabi ﷺ”. Lalu perawi menyebutkan sama dengan hadis riwayat Hammam.”
3 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، وَقَالَا: جَمِيعًا حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ، عَنْ سَعِيدٍ، ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، كُلُّهُمْ عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ مُطَرِّفٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: انْتَهَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ هَمَّامٍ
4 – (2959) Suwayd bin Sa’id menyampaikan kepada saya, katanya, Hafsh bin Maysarah menyampaikan kepada saya, daripada al-‘Ala’, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Manusia berkata, “Hartaku, hartaku.” Sebenarnya harta manusia hanya tiga sahaja. Iaitu apa yang dia makan lalu hadam, apa yang dia pakai lalu menjadi lusuh atau apa yang dia beri lalu menjadi simpanannya (untuk akhirat). Selain daripada semua itu akan lenyap dan dia akan tinggalkannya untuk orang lain.”
4 - (2959) حَدَّثَنِي سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنِي حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، عَنِ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: يَقُولُ الْعَبْدُ: مَالِي، مَالِي، إِنَّمَا لَهُ مِنْ مَالِهِ ثَلَاثٌ: مَا أَكَلَ فَأَفْنَى، أَوْ لَبِسَ فَأَبْلَى، أَوْ أَعْطَى فَاقْتَنَى، وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ، وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ.
4 – Abu Bakar bin Ishaq menyampaikannya kepada saya, katanya, Ibn Abu Maryam mengkhabarkan kepada kami, katanya, Muhammad bin Ja’far mengkhabarkan kepada kami, katanya, al-‘Ala’ bin ‘Abd al-Rahman mengkhabarkan kepada saya, dengan sanad ini, hadis yang sama.
4 - وحَدَّثَنِيهِ أَبُو بَكْرِ بْنُ إِسْحَاقَ، أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ، أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، أَخْبَرَنِي الْعَلَاءُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ
5 –(2960) Yahya bin Yahya al-Tamimi dan Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada kami, kedua-dua mereka meriwayatkan daripada Ibn ‘Uyaynah, Yahya berkata, “Sufyan bin ‘Uyaynah mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata, “Saya mendengar Anas bin Malik berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiga perkara yang akan mengikut si mati, dua daripadanya akan kembali dan satu sahaja yang kekal (bersamanya). Keluarganya, hartanya dan amalannya akan mengikutinya. Tetapi keluarga dan hartanya akan kembali, yang tinggal (bersamanya) hanyalah amalannya.”
5 - (2960) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، كِلَاهُمَا عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى وَاحِدٌ، يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ»