pengantar

Bab Peringatan Daripada Perbuatan Berdusta atas Nama Rasulullah

Bāb fī al-Taḥdhīr min al-Kadhib ʿalā Rasūlillāh Ṣallallāhu Taʿālā ʿAlayhi wa Sallam

بَابُ فِي التَّحْذِيرِ مِنَ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

2 – (2) Zuhayr bin Harb menyampaikan kepada saya, katanya, Isma‘il – Ibn ‘Ulayyah – menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdul ‘Aziz bin Shuhayb, daripada Anas bin Malik , beliau berkata, Sesungguhnya yang menghalangi saya saya daripada menyampaikan banyak hadis kepada kalian adalah sabdaan Rasulullah ﷺ, “Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka tempahlah tempat duduknya dalam neraka.”

2 - (2) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ يَعْنِي ابْنَ عُلَيَّةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ قَالَ: إِنَّهُ لَيَمْنَعُنِي أَنْ أُحَدِّثَكُمْ حَدِيثًا كَثِيرًا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ»

1 – (1) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya, Ghundar menyampaikan kepada kami, daripada Syu‘bah… Dalam sanad yang lain, Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibn Basysyar juga menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Muhammad bin Jaafar menyampaikan kepada kami, katanya, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Rib‘i bin Hirasy, beliau mendengar ‘Ali  berucap dalam sebuah khutbah: Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah kalian berdusta atas namaku, kerana sesiapa yang berdusta atas namaku, pasti akan masuk neraka.”

1 - (1) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، عَنْ شُعْبَةَ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةَ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ، أَنَّهُ سَمِعَ عَلِيًّا رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَخْطُبُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَيَّ يَلِجِ النَّارَ»

Bab Larangan Menyampaikan Setiap Berita yang Didengari

Bāb al-Nahy ʿan al-Ḥadīth bi Kulli Mā Samiʿa

بَابُ النَّهْيِ عَنِ الْحَدِيثِ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

(...) ‘Ubaydullah bin Mu‘adz al-‘Anbari menyampaikan kepada kami, katanya, Bapa saya menyampaikan kepada kami... Dalam sanad yang lain, Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, ‘Abdul Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami; mereka berdua berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Khubayb bin Abdul Rahman, daripada Hafsh bin ‘Ashim, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Cukuplah seseorang itu dikira berdosa apabila dia menyampaikan setiap berita yang didengari.”

وَحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ، حَدَّثَنَا أَبِي، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَا: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ خُبَيْبِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ»

5 – (5) Yahya bin Yahya juga menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Husyaym mengkhabarkan kepada kami, daripada Sulayman al-Taymi, daripada Abu ‘Utsman al-Nahdi, beliau berkata, ‘Umar bin al-Khattab  berkata, “Cukuplah seseorang itu dianggap pendusta apabila dia menyampaikan semua perkara yang didengarinya.”

5 - (5) وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ، قَالَ: قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ: «بِحَسْبِ الْمَرْءِ مِنَ الْكَذِبِ أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ»

(...) Abu al-Thahir Ahmad bin ‘Amr bin Sarh menyampaikan kepada saya, katanya, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Malik berkata kepada saya: “Ketahuilah, seseorang yang menyampaikan setiap yang dia dengar tidak akan selamat. Dia tidak akan menjadi tokoh agama jika dia menyampaikan setiap yang dia dengar.”

وحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: قَالَ لِي مَالِكٌ: «اعْلَمْ أَنَّهُ لَيْسَ يَسْلَمُ رَجُلٌ حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ، وَلَا يَكُونُ إِمَامًا أَبَدًا وَهُوَ يُحَدِّثُ بِكُلِّ مَا سَمِعَ»

Sahih Muslim