kitab akikah
كِتَابُ الْعَقِيقَةِ
Bab
Bāb
بَابُِ
4212 – Ahmad bin Sulayman mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Nu‘aym menyampaikan kepada kami, katanya Daud bin Qays menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amr bin Syu‘ayb, daripada ayahnya, daripada datuknya, katanya Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang akikah – Baginda kelihatan benci terhadap istilah itu – orang tersebut berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Saya hanya ingin menanyakan bahawa seseorang ingin menyembelih haiwan kerana kelahiran anaknya.” Baginda meneruskan, “Sesiapa yang ingin menyembelih haiwan atas kelahiran anaknya, hendaklah dia menyembelihnya, untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama, sementara untuk anak perempuan seekor kambing.” Daud berkata, “Saya bertanya kepada Zayd bin Aslam tentang makna lafaz mukafa’atani.” Beliau menjawab, “Dua ekor kambing yang sama dan disembelih secara bersama-sama.”
4212 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ: حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ قَيْسٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْعَقِيقَةِ فَقَالَ: لَا يُحِبُّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الْعُقُوقَ، وَكَأَنَّهُ كَرِهَ الِاسْمَ، قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا نَسْأَلُكَ أَحَدُنَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْ وَلَدِهِ، فَلْيَنْسُكْ عَنْهُ عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ قَالَ دَاوُدُ سَأَلْتُ زَيْدَ بْنَ أَسْلَمَ عَنِ الْمُكَافَأَتَانِ قَالَ: الشَّاتَانِ الْمُشَبَّهَتَانِ تُذْبَحَانِ جَمِيعًا
4213 – Al-Husayn bin Hurayts mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Fadhl menyampaikan kepada kami, daripada al-Husayn bin Waqid, daripada ‘Abdullah bin Buraydah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah ﷺ mengakikahkan Hasan dan Husayn.
4213 - أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ قَالَ: حَدَّثَنَا الْفَضْلُ، عَنْ الْحُسَيْنِ بْنِ وَاقِدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ
Akikah Untuk Anak Lelaki
Al-ʿAqīqah ʿan al-Ghulām
الْعَقِيقَةُ عَنِ الْغُلَامِ
4214 – Muhammad bin al-Mutsanna mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Affan menyampaikan kepada kami, katanya Hammad bin Salamah menyampaikan kepada kami, katanya Ayyub, Habib, Yunus dan Qatadah menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Salman bin ‘Amr al-Dhabbi bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Setiap anak disyariatkan baginya akikah. Oleh kerana itu, hendaklah kamu menyembelih kambing dan memotong rambut anak itu.”
4214 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ: حَدَّثَنَا عَفَّانُ قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، وَحَبِيبٌ، وَيُونُسُ، وَقَتَادَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ الضَّبِّيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي الْغُلَامِ عَقِيقَةٌ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا، وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى
4215 – Ahmad bin Sulayman mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Affan menyampaikan kepada kami, katanya Hammad menyampaikan kepada kami, daripada Qays bin Sa‘d, daripada ‘Atha, Thawus dan Mujahid, daripada Ummu Kurz bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Untuk anak lelaki dengan menyembelih dua ekor kambing yang sama manakala untuk anak perempuan pula dengan menyembelih seekor kambing.”
4215 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ: حَدَّثَنَا عَفَّانُ قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ قَيْسِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ عَطَاءٍ، وَطَاوُسٍ، وَمُجَاهِدٍ، عَنْ أُمِّ كُرْزٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَفِي الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Bab Akikah Untuk Anak Perempuan
Al-ʿAqīqah ʿan al-Jāriyah
بَابُ الْعَقِيقَةِ عَنِ الْجَارِيَةِ
4216 – ‘Ubaydullah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya ‘Amr berkata, daripada ‘Atha’, daripada Habibah binti Maysarah, daripada Ummu Kurz bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Untuk anak lelaki dengan menyembelih dua ekor kambing yang sama, sementara untuk anak perempuan dengan menyembelih seekor kambing.”
4216 - أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ: قَالَ عَمْرٌو عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ حَبِيبَةَ بِنْتِ مَيْسَرَةَ، عَنْ أُمِّ كُرْزٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ