kitab al-ruqba[51][51]
كِتَابُ الرُّقْبَى
AL-Ruqba adalah akad hibah tanah, rumah atau semisalnya pada zaman jahiliah dengan aturan: penerima berhak menggunakannya seumur hidup. Jika dia (penerima) meninggal terlebih dahulu, tanah tersebut harus dikembalikan kepada pemberi. Jika pemberi meninggal terlebih dahulu, tanah tersebut menjadi milik penerima atau ahli warisnya.
Perbezaan Riwayat Ibn Abu Najih Atas Hadis Riwayat Zayd Bin Tsabit
Dhikr al-Ikhtilāf ʿalā Ibn Abī Najīḥ fī Khabar Zayd Bin Thābit fīhi
ذِكْرُ الِاخْتِلَافِ عَلَى ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ فِي خَبَرِ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ فِيهِ
3706 – Hilal bin al-‘Ala’ mengkhabarkan kepada kami, katanya ayah saya menyampaikan kepada kami, katanya ‘Ubaydullah bin ‘Amr menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada Ibn Abu Najih, daripada Thawus, daripada Zayd bin Tsabit, daripada Nabi ﷺ, baginda bersbada, “Ruqba adalah pemberian yang bersifat tetap (menjadi milik penerima selamanya).”
3706 - أَخْبَرَنَا هِلَالُ بْنُ الْعَلَاءِ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ وَهُوَ ابْنُ عَمْرٍو، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ، عَنْ طَاوُسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الرُّقْبَى جَائِزَةٌ
AL-Ruqba adalah akad hibah tanah, rumah atau semisalnya pada zaman jahiliah dengan aturan: penerima berhak menggunakannya seumur hidup. Jika dia (penerima) meninggal terlebih dahulu, tanah tersebut harus dikembalikan kepada pemberi. Jika pemberi meninggal terlebih dahulu, tanah tersebut menjadi milik penerima atau ahli warisnya.
3707 – Muhammad bin ‘Ali bin Maymun mengkhabarkan kepada saya, katanya Muhammad bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Abu Najih, daripada Thawus, daripada seorang lelaki, daripada Zayd bin Tsabit bahawa Nabi ﷺ menetapkan ruqba menjadi milik penerima (selamanya).
3707 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ مَيْمُونٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ وَهُوَ ابْنُ يُوسُفَ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ، عَنْ طَاوُسٍ، عَنْ رَجُلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ الرُّقْبَى لِلَّذِي أُرْقِبَهَا
3708 – Zakariyya bin Yahya mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdul Jabbar bin al-‘Ala’ menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Abu Najih, daripada Thawus, mungkin ia daripada Ibn ‘Abbas, katanya, “Tidak ada pemberian ruqba. Sesiapa yang memberikan ruqba maka pemberian itu menjadi milik penerima yang boleh dia wariskan (setelah dia meninggal).”
3708 - أَخْبَرَنَا زَكَرِيَّا بْنُ يَحْيَى، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْجَبَّارِ بْنُ الْعَلَاءِ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ، عَنْ طَاوُسٍ، لَعَلَّهُ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: لَا رُقْبَى، فَمَنْ أُرْقِبَ شَيْئًا فَهُوَ سَبِيلُ الْمِيرَاثِ
Perbezaan Riwayat Abu Al-Zubayr
Dhikr al-Ikhtilāf ʿalā Abī al-Zubayr
ذِكْرُ الِاخْتِلَافِ عَلَى أَبِي الزُّبَيْرِ
3709 – Muhammad bin Wahb mengkhabarkan kepada saya, katanya Muhammad bin Salamah menyampaikan kepada kami, katanya Abu ‘Abdul Rahim menyampaikan kepada saya, katanya Zayd menyampaikan kepada saya, daripada Abu al-Zubayr, daripada Thawus, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Janganlah kalian melakukan pemberian ruqba dengan harta kalian, barangsiapa yang melakukan pemberian ruqba maka pemberian itu menjadi milik penerima (selamanya).”
3709 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ وَهْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ الرَّحِيمِ، قَالَ: حَدَّثَنِي زَيْدٌ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ طَاوُسٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تُرْقِبُوا أَمْوَالَكُمْ، فَمَنْ أَرْقَبَ شَيْئًا فَهُوَ لِمَنْ أُرْقِبَهُ
3710 – Ahmad bin Harb mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, daripada Hajjaj, daripada Abu al-Zubayr, daripada Thawus, daripada Ibn ‘Abbas, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “‘Umra[52][52] adalah pemberian bagi orang yang diberi untuk selamanya. Ruqba adalah pemberian bagi orang yang diberi untuk selamanya. Orang yang mengambil semula sesuatu yang telah dia berikan adalah seperti orang yang menelan muntahnya semula.”
3710 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَرْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ حَجَّاجٍ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ طَاوُسٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعُمْرَى جَائِزَةٌ لِمَنْ أُعْمِرَهَا، وَالرُّقْبَى جَائِزَةٌ لِمَنْ أُرْقِبَهَا، وَالْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالْعَائِدِ فِي قَيْئِهِ
‘Umra adalah akad hibah , rumah atau yang semisalnya pada zaman jahiliah dengan aturan: penerima berhak menggunakannya seumur hidup. Jika dia (penerima) meninggal terlebih dahulu, tanah tersebut harus dikembalikan kepada pemberi. Jika pemberi meninggal terlebih dahulu, tanah tersebut harus dikembalikan kepada ahli warisnya.