kitab azan
كِتَابُ الْأَذَانِ
Awal Ketika Mula Disyariatkan Azan
Badʾ al-ʾAdhān
بَدْءُ الْأَذَانِ
626 – Muhammad bin Isma‘il dan Ibrahim bin al-Hasan mengkhabarkan kepada kami, katanya Hajjaj menyampaikan kepada kami, katanya Ibn Jurayh berkata Nafi‘ mengkhabarkan kepada saya, katanya daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, beliau berkata, “Ketika kaum Muslimin datang ke Madinah, mereka semua berkumpul. Ketika waktu solat masuk, tiada seorang pun daripada mereka yang mengumandangkan azan. Suatu hari, mereka membicarakan perkara tersebut. Sebahagian daripada mereka berkata, “Bunyikanlah loceng seperti kaum Nasrani.” Sebahagian yang lain berkata, “Bunyikanlah trompet seperti kaum Yahudi.” Lalu ‘Umar bin Khaththab berkata, “Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang untuk memanggil solat?” Setelah itu Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai Bilal, bangunlah dan panggillah (orang ramai) untuk solat.”
626 - خْبرنا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَا: حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ قَالَ: قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي نَافِعٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: كَانَ الْمُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلَاةَ وَلَيْسَ يُنَادِي بِهَا أَحَدٌ، فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِي ذَلِكَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ قَرْنًا مِثْلَ قَرْنِ الْيَهُودِ فَقَالَ: عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَوَلَا تَبْعَثُونَ رَجُلًا يُنادِي بِالصَّلَاةِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ
Mengulang Bacaan Azan Dua Kali
Tathniyah al-ʾAdhān
تَثْنِيَةُ الْأَذَانِ
627 – Qutaybah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdul Wahhab menyampaikan kepada kami, katanya daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada Anas, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ menyuruh Bilal agar menggenapkan bacaan azan dan mengganjilkan bacaan iqamat.
627 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِلَالًا أَنْ يَشْفَعَ الْأَذَانَ، وَأَنْ يُوتِرَ الْإِقَامَةَ
628 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya Abu Ja‘far menyampaikan kepada saya, katanya daripada Abu al-Mutsanna, daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata, “Bacaan azan pada zaman Rasulullah ﷺ diulang sebanyak dua kali dan iqamat hanya sekali sahaja kecuali pada bacaan ‘Qad qamat al-shalah qad qamat al-shalah’.”
628 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: كَانَ الْأَذَانُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثْنَى مَثْنَى، وَالْإِقَامَةُ مَرَّةً مَرَّةً إِلَّا أَنَّكَ تَقُولُ: قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ
Memperlahankan Suara Ketika Mengulang Bacaan Azan
Khufḍ al-Ṣaut fī al-Tarjīm fī al-ʾAdhān
خَفْضُ الصَّوْتِ فِي التَّرْجِيعِ فِي الْأَذَانِ
629 – Bisyr bin Mu‘adz mengkhabarkan kepada kami, katanya Ibrahim bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Malik bin Abu Mahdzurah menyampaikan kepada saya, katanya Abu ‘Abdul ‘Aziz dan datuknya, ‘Abdul Malik menyampaikan kepada saya, katanya daripada Abu Mahdzurah, beliau berkata, “Nabi ﷺ pernah duduk dan mengajarkan azan kepada saya satu persatu.” Ibrahim berkata, “Adakah seperti azan kita ketika ini?” Perawi mengatakan, “Bacakan kembali untuk saya.” Ibrahim pun membacakannya, “Allahu akbar, Allahu akbar. Asyhadu alla ilaha illallah sebanyak dua kali. Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah sebanyak dua kali. Kemudian dia meneruskan bacaannya dengan suara yang perlahan, suara yang hanya dapat didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, “Asyhadu alla ilaha illallah sebanyak dua kali, asyhadu anna Muhammadar Rasulullah sebanyak dua kali, hayya ‘alas shalah dua kali, hayya ‘alal falah dua kali, Allahu akbar, Allahu akbar dan la ilaha illallah.”
629 - أَخْبَرَنَا بِشْرُ بْنُ مُعَاذٍ قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي مَحْذُورَةَ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي عَبْدُ الْعَزِيزِ، وَجَدِّي عَبْدُ الْمَلِكِ، عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْعَدَهُ فَأَلْقَى عَلَيْهِ الْأَذَانَ حَرْفًا حَرْفًا. قَالَ إِبْرَاهِيمُ هُوَ مِثْلُ أَذَانِنَا هَذَا قُلْتُ لَهُ: أَعِدْ عَلَيَّ، قَالَ: " اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مَرَّتَيْنِ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ مَرَّتَيْنِ، ثُمَّ قَالَ بِصَوْتٍ دُونَ ذَلِكَ الصَّوْتِ يُسْمِعُ مَنْ حَوْلَهُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مَرَّتَيْنِ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ مَرَّتَيْنِ، حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ مَرَّتَيْنِ، حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ مَرَّتَيْنِ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
Jumlah Kalimah Bacaan Azan
Kam al-ʾAdhān min Kalimah
كَمِ الْأَذَانُ مِنْ كَلِمَةٍ
630 – Suwayd bin Nashr mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah melaporkan kepada kami, katanya daripada Hammam bin Yahya, daripada ‘Amir bin ‘Abdul Wahid, Makhul menyampaikan kepada kami, katanya daripada ‘Abdullah bin Muhairiz, daripada Abu Mahdzurah bahawa Rasulullah ﷺ mengajarkan kepadanya, “Bacaan azan ada sembilan belas kalimah sedangkan iqamat ada tujuh belas kalimah.” Kemudian Abu Mahdzurah menghitungnya sejumlah sembilan belas dan tujuh belas bacaan.
630 - أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا عَبْدُ اللَّهِ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ يَحْيَى، عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ الْوَاحِدِ، حَدَّثَنَا مَكْحُولٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَيْرِيزٍ، عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْأَذَانُ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً، وَالْإِقَامَةُ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً ثُمَّ عَدَّهَا أَبُو مَحْذُورَةَ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً وَسَبْعَ عَشْرَةَ