kitab baiat

كِتَابُ الْبَيْعَةِ

Baiat Untuk Sentiasa Mendengar Dan Patuh

Al-Bayʿah ʿalā al-Samʿ wa al-Ṭāʿah

الْبَيْعَةُ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ

4149 – Imam Abu ‘Abdul Rahman al-Nasa’i mengkhabarkan kepada kami daripada lafaznya, katanya Qutaybah bin Sa‘id memberitakan kepada kami, katanya al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id, daripada ‘Ubadah bin al-Walid bin ‘Ubadah bin al-Shamit, daripada ‘Ubadah bin al-Shamit, beliau berkata, “Kami membaiat Rasulullah ﷺ untuk sentiasa mendengar dan patuh, sama ada dalam keadaan senang mahupun sukar, rela mahupun terpaksa, tidak menentang kekuasaan yang sah, selalu menegakkan kebenaran di mana pun kami berada, serta tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.”

4149 - أَخْبَرَنَا الْإِمَامُ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ النَّسَائِيُّ مِنْ لَفْظِهِ قَالَ: أَنْبَأَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ: بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْيُسْرِ وَالْعُسْرِ، وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ، وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ، وَأَنْ نَقُومَ بِالْحَقِّ حَيْثُ كُنَّا لَا نَخَافُ لَوْمَةَ لَائِمٍ

4150 – ‘Isa bin Hammad mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Layts memberitakan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id , daripada ‘Ubadah bin al-Walid bin ‘Ubadah bin al-Shamit, daripada ayahnya, bahawa ‘Ubadah bin al-Shamit berkata, “Kami membaiat Rasulullah ﷺ untuk selalu dengar dan patuh, sama ada dalam keadaan senang mahupun sukar.” Kemudian, perawi menyebutkan matan hadith yang sama lafaz seperti hadith sebelum ini.

4150 - أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ حَمَّادٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا اللَّيْثُ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ قَالَ: بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْعُسْرِ وَالْيُسْرِ، وَذَكَرَ مِثْلَهُ

Bab Baiat Untuk Tidak Menentang Kekuasaan Yang Sah

Bāb al-Bayʿah ʿalā an Lā Nunāziʿ al-ʾAmr Ahlah

بَابُ الْبَيْعَةِ عَلَى أَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ

4151 – Muhammad bin Salamah dan al-Harits bin Miskin mengkhabarkan kepada kami dengan cara membaca kepadanya dalam keadaan saya mendengar, katanya daripada Ibn al-Qasim, katanya Malik menyampaikan kepada saya, daripada Yahya bin Sa‘id , katanya ‘Ubadah bin al-Walid bin ‘Ubadah mengkhabarkan kepada saya, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya, daripada ‘Ubadah, beliau berkata, “Kami membaiat Rasulullah ﷺ untuk sentiasa mendengar dan patuh sama ada dalam keadaan sukar mahupun mudah, rela mahupun terpaksa, tidak menentang kekuasaan yang sah, selalu mengatakan atau menegakkan kebenaran di mana jua kami berada serta tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.”

4151 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ، وَالْحَارِثُ بْنُ مِسْكِينٍ، قِرَاءَةً عَلَيْهِ وَأَنَا أَسْمَعُ، عَنْ ابْنِ الْقَاسِمِ قَالَ: حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ عُبَادَةَ قَالَ: بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْيُسْرِ وَالْعُسْرِ، وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ، وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ، وَأَنْ نَقُولَ أَوْ نَقُومَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّا، لَا نَخَافُ لَوْمَةَ لَائِمٍ

4152 – Muhammad bin Yahya bin Ayyub mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Idris menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Ishaq dan Yahya bin Sa‘id, daripada ‘Ubadah bin al-Walid bin ‘Ubadah bin al-Shamit, daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata, “Kami membaiat Rasulullah ﷺ untuk sentiasa mendengar dan patuh dalam keadaan sukar atau mudah, suka atau terpaksa, sabar ketika orang lain lebih didahulukan daripada kami, tidak menentang kekuasaan yang sah serta selalu mengatakan kebenaran di mana jua kami berada.”

4152 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ، عَنْ ابْنِ إِسْحَاقَ، وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ: بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْعُسْرِ وَالْيُسْرِ، وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ، وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ، وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْحَقِّ حَيْثُ كُنَّا

Baiat Untuk Sentiasa Berkata Benar

Al-Bayʿah ʿalā al-Qawl bi al-ʿAdl

الْبَيْعَةُ عَلَى الْقَوْلِ بِالْعَدْلِ

4153 – Harun bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada saya, katanya Abu Usamah menyampaikan kepada kami, katanya al-Walid bin Katsir menyampaikan kepada saya, katanya ‘Ubadah bin al-Walid menyampaikan kepada saya, bahawa ayahnya, al-Walid menyampaikan kepadanya, daripada datuknya, ‘Ubadah bin al-Shamit, beliau berkata, “Kami membaiat Rasulullah ﷺ untuk selalu mendengar dan patuh, sama ada dalam keadaan sukar, mudah, suka, mahupun terpaksa, tidak menentang kekuasaan yang sah, selalu menegakkan keadilan di mana jua berada, serta tidak takut dalam menegakkan kalimat Allah terhadap celaan orang yang suka mencela.”

4153 - أَخْبَرَنِي هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ قَالَ: حَدَّثَنِي الْوَلِيدُ بْنُ كَثِيرٍ قَالَ: حَدَّثَنِي عُبَادَةُ بْنُ الْوَلِيدِ، أَنَّ أَبَاهُ الْوَلِيدَ حَدَّثَهُ، عَنْ جَدِّهِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ: بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي عُسْرِنَا وَيُسْرِنَا، وَمَنْشَطِنَا وَمَكَارِهِنَا، وَعَلَى أَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْعَدْلِ أَيْنَ كُنَّا، لَا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ

Sunan Al-Nasa’i