kitab berhias

كِتَابُ الزِّينَةِ

Antara Sunah-Sunah Yang Termasuk Dalam Fitrah

Min al-Sunan al-Fiṭrah

مِنَ السُّنَنِ الْفِطْرَةُ

5040 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Waki‘ memberitakan kepada kami, katanya Zakaria bin Abu menyampaikan kepada kami, daripada Mush‘ab bin Syaybah, daripada Thalq bin Habib, daripada ‘Abdullah bin al-Zubayr, daripada ‘A’isyah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah: mencukur kumis. memotong kuku. membersihkan ruas jari-jari, memanjangkan janggut, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke hldung ketika berwuduk), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan beristinjak dengan air. Mush‘ab bin Syaybah berkata, “Saya terlupa yang kesepuluh, selain berkumur ketika wuduk.”

5040 - أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَشْرَةٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَقَصُّ الْأَظْفَارِ، وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ، وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ، وَالسِّوَاكُ، وَالِاسْتِنْشَاقُ، وَنَتْفُ الْإِبْطِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ قَالَ مُصْعَبٌ: وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ

5041 – Muhammad bin ‘Abdul A‘la mengkhabarkan kepada kami, katanya al- Mu'tamir menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya katanya, saya mendengar Thalq menyebutkan sepuluh perkara yang termasuk fitrah: Bersiwak, mencukur kumis, memotong kuku, membersihkan ruas jari-jari, mencukur bulu kemaluan, istinsyaq, manakala saya ragu untuk memasukkan perkara berkumur ketika berwuduk (ke dalam sepuluh perkara tersebut).”

5041 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: سَمِعْتُ طَلْقًا يَذْكُرُ: عَشْرَةً مِنَ الْفِطْرَةِ: السِّوَاكَ، وَقَصَّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمَ الْأَظْفَارِ، وَغَسْلَ الْبَرَاجِمِ، وَحَلْقَ الْعَانَةِ، وَالِاسْتِنْشَاقَ، وَأَنَا شَكَكْتُ فِي الْمَضْمَضَةِ

5042 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Bisyr, daripada Thalq bin Habib, katanya, “Sepuluh perkara yang termasuk sunnah: bersiwak, mencukur kumis, berkumur, istinsyaq, memanjangkan janggut, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, berkhitan, mencukur bulu kemaluan, dan membersihkan dubur (beristinjak).” Abu ‘Abdurrahman berkata, “Hadis yang diriwayatkan oleh Sulayman al-Taymi dan Ja‘far bin Iyas lebih hampir kepada kebenaran (sahih) daripada hadis yang diriwayatkan oleh Mush‘ab bin Syaybah. Hal ini demikian, Mush‘ab bin Syaybah termasuk perawi yang mungkar.”

5042 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ قَالَ: عَشْرَةٌ مِنَ السُّنَّةِ: السِّوَاكُ، وَقَصُّ الشَّارِبِ، وَالْمَضْمَضَةُ، وَالِاسْتِنْشَاقُ، وَتَوْفِيرُ اللِّحْيَةِ، وَقَصُّ الْأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الْإِبْطِ، وَالْخِتَانُ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَغَسْلُ الدُّبُرِ قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ: «وَحَدِيثُ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ وَجَعْفَرِ بْنِ إِيَاسٍ أَشْبَهُ بِالصَّوَابِ مِنْ حَدِيثِ مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ، وَمُصْعَبٌ مُنْكَرُ الْحَدِيثِ»

5043 – Humayd bin Mas‘adah mengkhabarkan kepada kami, daripada Bisyr, katanya ‘Abdurrahman bin Ishaq menyampaikan kepada kami, daripada Sa‘id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, katanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Lima perkara yang termasuk fitrah: khitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mencukur kumis.” Imam Malik meriwayatkan hadis ini secara mauquf (hanya sampai sahabat Abu Hurayrah).

5043 - أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، عَنْ بِشْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَقَ، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَنَتْفُ الضَّبْعِ، وَتَقْلِيمُ الظُّفْرِ، وَتَقْصِيرُ الشَّارِبِ «وَقَفَهُ مَالِكٌ»

5044 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, daripada Malik, daripada al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah katanya, “Lima perkara yang termasuk fitrah: memotong kuku, mencukur kumis, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan berkhitan.”

5044 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: تَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ، وَنَتْفُ الْإِبْطِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَالْخِتَانُ

Sunan Al-Nasa’i