kitab bersuci

كِتَابُ الطَّهَارَةِ

Penjelasan Firman Allah , “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…”

تَأْوِيلُ قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ: إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ[ المائدة: 6]

1 – Qutaybah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami daripada al-Zuhri, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Ketika salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke tempat air wuduknya terus sehinggalah dia membasuhnya sebanyak tiga kali terlebih dahulu, kerana setiap seorang daripada kamu tidak tahu di mana tangannya bermalam.”

1 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُمَّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ، فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي وَضُوئِهِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثًا، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ.

Bab Bersugi Ketika Bangun Malam

Bāb al-Siwāk idhā Qāma min al-Layl

بَابُ السِّوَاكِ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ

2 – Ishaq bin Ibrahim dan Qutaybah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami daripada Jarir, daripada Manshur, daripada Abu Wai’l daripada Hudzayfah, beliau berkata, “Biasanya apabila Rasulullah ﷺ bangun pada waktu malam, baginda akan membersihkan mulutnya dengan sugi.”

2 - أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ جَرِيرٍ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ.

Bab Tatacara Bersugi

Bāb Kayfa Yastāk

بَابُ كَيْفَ يَسْتَاكُ

3 – Ahmad bin ‘Abdah mengkhabarkan kepada kami, katanya Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, katanya Ghaylan bin Jarir mengkhabarkan kepada kami daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa, beliau berkata, “Saya pernah menemui Rasulullah ﷺ dalam keadaan baginda sedang bersugi. Ketika itu, hujung sugi ada di lidah baginda dan baginda mengeluarkan suara “‘Aa’,‘Aa’.”

3 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ: أَخْبَرَنَا غَيْلَانُ بْنُ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ: "دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَسْتَنُّ وَطَرَفُ السِّوَاكِ عَلَى لِسَانِهِ وَهُوَ يَقُولُ: عَأْ عَأْ".

Bab Haruskah Pemimpin Bersugi Di Hadapan Rakyatnya

Bāb Hal Yastāk al-Imām bi Ḥaḍrat Raʿiyyatih?

بَابُ هَلْ يَسْتَاكُ الْإِمَامُ بِحَضْرَةِ رَعِيَّتِهِ؟

4 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya Qurrah bin Khalid menyampaikan kepada kami, katanya Humayd bin Hilal menyampaikan kepada kami, katanya Abu Burdah menyampaikan kepada saya daripada Abu Musa, beliau berkata, “Saya pernah menghadap Rasulullah ﷺ bersama dua orang lelaki daripada Kabilah Asy‘ar. Salah seorang berada di sebelah kanan saya, manakala seorang lagi berada di sebelah kiri saya. Ketika itu, Rasulullah ﷺ sedang bersugi. Kedua-dua lelaki tersebut hendak meminta baginda melantik mereka sebagai amil (gabenor di suatu wilayah tertentu). Saya lalu berkata, “Demi Allah yang mengutusmu sebagai seorang Nabi yang membawa kebenaran. Kedua-dua orang ini tidak memberitahu saya tentang apa yang mereka simpan di dalam hati mereka. Saya pula tidak tahu jika mereka ingin meminta pekerjaan (jawatan).” Saya seolah-olah melihat sugi baginda itu berada di bawah bibir baginda, bibir baginda pun sedikit terangkat. Lalu baginda bersabda, “Sungguh, kami tidak – atau tidak akan – meminta tolong (dengan memberikan jawatan) kepada orang yang menginginkannya. Sebaliknya, berangkatlah engkau (Abu Musa).” Akhirnya baginda mengutus Abu Musa ke Yaman. Kemudian Mu‘adz bin Jabal  pun menyusulnya.”

4 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى وَهُوَ ابْنُ سَعِيدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ هِلَالٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ: أَقْبَلْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعِي رَجُلَانِ مِنَ الْأَشْعَرِيِّينَ: أَحَدُهُمَا عَنْ يَمِينِي، وَالْآخَرُ عَنْ يَسَارِي. وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَاكُ فَكِلَاهُمَا سَأَلَ الْعَمَلَ. قُلْتُ: وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ نَبِيًّا مَا أَطْلَعَانِي عَلَى مَا فِي أَنْفُسِهِمَا، وَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُمَا يَطْلُبَانِ الْعَمَلَ، فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى سِوَاكِهِ تَحْتَ شَفَتِهِ قَلَصَتْ. فَقَالَ: إِنَّا لَا - أَوْ لنْ - نَسْتَعِينَ عَلَى الْعَمَلِ مَنْ أَرَادَهُ، وَلَكِنِ اذْهَبْ أَنْتَ. فَبَعَثَهُ عَلَى الْيَمَنِ، ثُمَّ أَرْدَفَهُ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا.

Bab Anjuran Bersugi

Bāb al-Targhīb fī al-Siwāk

بَابُ التَّرْغِيبِ فِي السِّوَاكِ

5 – Humayd bin Mas‘adah dan Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami daripada Yazid iaitu Ibn Zuray‘, katanya Abdul Rahman bin Abi ‘Atiq menyampaikan kepada saya, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya, katanya saya mendengar ‘A’isyah berkata daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Sugi adalah pembersih mulut dan merupakan salah satu cara untuk meraih reda Allah.”

5 - أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، عَنْ يَزِيدَ وَهُوَ ابْنُ زُرَيْعٍ قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَتِيقٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: سَمِعْتُ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ.

Sunan Al-Nasa’i