kitab buruan dan sembelihan
كِتَابُ الصَّيْدِ وَالذَّبَائِحِ
Perintah Menyebut Nama Allah ketika Hendak Berburu
Al-ʾAmr bi al-Tasmiyah ʿinda al-Ṣayd
الْأَمْرُ بِالتَّسْمِيَةِ عِنْدَ الصَّيْدِ
4263 – Imam Abu ‘Abdul Rahman al-Nasai’ di Mesir mengkhabarkan kepada kami, dengan cara membaca kepadanya dalam keadaan saya mendengar, daripada Suwayd bin Nashr, katanya ‘Abdullah bin al-Mubarak memberitakan kepada kami, daripada ‘Ashim, daripada al-Sya’bi, daripada ‘Adi bin Hatim bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang haiwan buruan. Baginda menjawab, “Jika kamu hendak melepaskan anjingmu untuk berburu, sebutlah nama Allah. Jika kamu mendapatinya tidak membunuh buruan, sembelih dan sebutlah nama Allah atas buruan itu; jika kamu mendapatinya membunuh buruan, tetapi tidak memakannya, makanlah hasil buruannya kerana ia menangkapnya untukmu; jika kamu mendapatinya memakan sebahagian hasil buruan, jangan sedikit pun kau makan hasil buruannya kerana (itu bererti) ia menangkapnya untuk dirinya; jika anjingmu bergabung dengan anjing-anjing lain lalu berhasil membunuh buruan, tetapi tidak memakannya, jangan sedikit pun kamu memakan hasil buruan itu kerana kamu tidak tahu anjing mana yang berhasil membunuh buruan.”
4263 - أَخْبَرَنَا الْإِمَامُ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ النَّسَائِيُّ، بِمِصْرَ قِرَاءَةً عَلَيْهِ وَأَنَا أَسْمَعُ، عَنْ سُوَيْدِ بْنِ نَصْرٍ، قَالَ: أَنْبَأَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ ، عَنْ عَاصِمٍ ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ، أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الصَّيْدِ، فَقَالَ: إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ فَاذْكُرِ اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ، فَإِنْ أَدْرَكْتَهُ لَمْ يَقْتُلْ فَاذْبَحْ وَاذْكُرِ اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ، وَإِنْ أَدْرَكْتَهُ قَدْ قَتَلَ وَلَمْ يَأْكُلْ فَكُلْ، فَقَدْ أَمْسَكَهُ عَلَيْكَ، فَإِنْ وَجَدْتَهُ قَدْ أَكَلَ مِنْهُ فَلَا تَطْعَمْ مِنْهُ شَيْئًا، فَإِنَّمَا أَمْسَكَ عَلَى نَفْسِهِ، وَإِنْ خَالَطَ كَلْبُكَ كِلَابًا فَقَتَلْنَ، فَلَمْ يَأْكُلْنَ فَلَا تَأْكُلْ مِنْهُ شَيْئًا، فَإِنَّكَ لَا تَدْرِي أَيُّهَا قَتَلَ.
Larangan Memakan Haiwan Buruan yang Tidak Disebutkan Nama Allah
Al-Nahy ʿan Akl Mā Lam Yudhkar Ism Allah ʿAlayh
النَّهْيُ عَنْ أَكْلِ مَا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ
4264 – Suwayd bin Nashr mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, daripada Zakariyya, daripada al-Sya’bi, daripada ‘Adi bin Hatim, beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang berburu dengan mi‘radh. Baginda menjawab, “Jika kamu berhasil mengenai buruan dengan sisi tajam daripada mi‘radh maka makanlah hasil buruan itu, sedangkan jika kamu mengenai buruan dengan sisi tumpul maka hukumnya sama seperti haiwan yang mati dipukul.” Kemudian saya bertanya kepada baginda tentang anjing untuk berburu. Baginda menjawab, “Jika kamu melepaskan anjingmu untuk berburu, kemudian ia berhasil menangkap buruan dan tidak membunuhnya maka makanlah hasil buruannya kerana keberhasilan anjingmu menangkap buruan itu sama seperti kamu telah menyembelihnya. Jika anjingmu bersama anjing lain dan kamu khuatir anjing itu ikut menangkap dan membunuh buruan maka jangan kamu memakan hasil buruannya kerana kamu hanya menyebut nama Allah atas anjingmu dan tidak atas anjing lain.”
4264 - أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، عَنْ زَكَرِيَّا، عَنْ الشَّعْبِيِّ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَيْدِ الْمِعْرَاضِ، فَقَالَ: مَا أَصَبْتَ بِحَدِّهِ فَكُلْ، وَمَا أَصَبْتَ بِعَرْضِهِ فَهُوَ وَقِيذٌ. وَسَأَلْتُهُ عَنِ الْكَلْبِ فَقَالَ: إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ فَأَخَذَ، وَلَمْ يَأْكُلْ، فَكُلْ، فَإِنَّ أَخْذَهُ ذَكَاتُهُ، وَإِنْ كَانَ مَعَ كَلْبِكَ كَلْبٌ آخَرُ، فَخَشِيتَ أَنْ يَكُونَ أَخَذَ مَعَهُ فَقَتَلَ، فَلَا تَأْكُلْ، فَإِنَّكَ إِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ، وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى غَيْرِهِ
Hasil Buruan Anjing Terlatih
Ṣayd al-Kalb al-Muʿallam
صَيْدُ الْكَلْبِ الْمُعَلَّمِ
4265 – Isma‘il bin Mas‘ud mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu ‘Abdul Shamad ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Shamad menyampaikan kepada kami, katanya Manshur menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim, daripada Hammam bin al-Harits, daripada ‘Adi bin Hatim bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah ﷺ, “Saya melepaskan anjing terlatih saya untuk berburu, lalu ia berhasil menangkap buruan, (bolehkan saya memakan hasil buruannya).” Baginda menjawab, “Jika kamu melepaskan anjing terlatihmu untuk berburu serta telah menyebut nama Allah saat melepasnya, kemudian ia berhasil menangkap buruan maka makanlah hasil buruannya.” Saya (‘Adi bin Hatim) bertanya, “Bagaimana jika buruannya mati?” Baginda menjawab, “Meskipun buruannya mati.” Saya bertanya, “(Bagaimana jika) saya melempar buruan dengan mi‘radh.” Baginda menjawab, “Jika haiwan buruan itu terkena sisi tajam daripada mi‘radh maka makanlah. Namun, jika terkena sisi yang tumpul maka jangan kamu memakannya.”
4265 - أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مَسْعُودٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الصَّمَدِ عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ الصَّمَدِ قَالَ: حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ، أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أُرْسِلُ الْكَلْبَ الْمُعَلَّمَ فَيَأْخُذُ، فَقَالَ: إِذَا أَرْسَلْتَ الْكَلْبَ الْمُعَلَّمَ، وَذَكَرْتَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ فَأَخَذَ فَكُلْ قُلْتُ: وَإِنْ قَتَلَ؟ قَالَ: وَإِنْ قَتَلَ قُلْتُ: أَرْمِي بِالْمِعْرَاضِ قَالَ: «إِذَا أَصَابَ بِحَدِّهِ فَكُلْ، وَإِذَا أَصَابَ بِعَرْضِهِ، فَلَا تَأْكُلْ
Hasil Buruan Anjing yang Tidak Terlatih
Ṣayd al-Kalb alladhī Laysa bi Muʿallam
صَيْدُ الْكَلْبِ الَّذِي لَيْسَ بِمُعَلَّمٍ
4266 – Muhammad bin ‘Ubayd bin Muhammad al-Kufi al-Muharibi mengkhabarkan kepada saya, katanya ‘Abdullah bin al-Mubarak menyampaikan kepada kami, daripada Haywah bin Syurayh, katanya saya mendengar Rabi‘ah bin Yazid berkata, Abu Idris ‘A’idzullah memberitakan kepada kami, katanya saya mendengar Abu Tsa‘labah al-Khusyani berkata, saya bertanya, “Wahai Rasulullah ﷺ, ketika kami berada di daerah perburuan, kadang saya berburu dengan panah, kadang dengan anjing terlatih dan kadang dengan anjing yang tidak terlatih.” Baginda menjawab, “Buruan yang terkena panahmu, sebutlah nama Allah (saat hendak melepas panah), kemudian makanlah. Buruan yang berhasil ditangkap oleh anjing terlatihmu, sebutlah nama Allah (saat hendak melepasnya) dan makanlah hasil buruannya. Adapun buruan yang berhasil ditangkap oleh anjingmu yang tidak terlatih, tetapi kamu sempat menyembelihnya maka makanlah hasil buruan itu.”
4266 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْكُوفِيُّ الْمُحَارِبِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَبِيعَةَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ: أَنْبَأَنَا أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيَّ يَقُولُ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا بِأَرْضِ صَيْدٍ، أَصِيدُ بِقَوْسِي، وَأَصِيدُ بِكَلْبِي الْمُعَلَّمِ، وَبِكَلْبِي الَّذِي لَيْسَ بِمُعَلَّمٍ، فَقَالَ: مَا أَصَبْتَ بِقَوْسِكَ، فَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَكُلْ، وَمَا أَصَبْتَ بِكَلْبِكَ الْمُعَلَّمِ، فَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ وَكُلْ، وَمَا أَصَبْتَ بِكَلْبِكَ الَّذِي لَيْسَ بِمُعَلَّمٍ، فَأَدْرَكْتَ ذَكَاتَهُ فَكُلْ
Apabila Anjing Membunuh Buruan
Idhā Qatal al-Kalb
إِذَا قَتَلَ الْكَلْبُ
4267 – Muhammad bin Zunbur Abu Shalih al-Makki mengkhabarkan kepada kami, katanya Fudhayl bin ‘Iyadh menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada Hammam bin al-Harits, daripada ‘Adi bin Hatim, katanya “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah ﷺ, saya melepaskan anjing-anjing terlatih saya untuk berburu. Lalu mereka berhasil menangkap buruan, bolehkah saya memakan hasil buruan itu?” Baginda menjawab, “Jika kamu melepaskan anjing-anjing terlatihmu untuk berburu, lalu mereka berhasil menangkap buruan maka makanlah hasil buruannya.” Saya bertanya, “Meskipun anjing-anjing itu membunuh buruannya?” Baginda menjawab, “Ya, meskipun mereka membunuhnya.” Baginda melanjutkan, “Selama mana tidak ada anjing lain yang ikut bersama mereka.” Saya bertanya, “Saya melempar buruan dengan mi‘radh hingga ia menembusnya.” Baginda menjawab, “Jika ia berhasil menembus buruan, makanlah hasil buruan itu. Sementara jika buruan terkena bahagian yang tumpul, janganlah kamu memakannya.”
4267 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زُنْبُورٍ أَبُو صَالِحٍ الْمَكِّيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا فُضَيْلُ بْنُ عِيَاضٍ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أُرْسِلُ كِلَابِي الْمُعَلَّمَةَ فَيُمْسِكْنَ عَلَيَّ فَآكُلُ؟ قَالَ: إِذَا أَرْسَلْتَ كِلَابَكَ الْمُعَلَّمَةَ، فَأَمْسَكْنَ عَلَيْكَ فَكُلْ قُلْتُ: وَإِنْ قَتَلْنَ؟ قَالَ: وَإِنْ قَتَلْنَ. قَالَ: مَا لَمْ يَشْرَكْهُنَّ كَلْبٌ مِنْ سِوَاهُنَّ، قُلْتُ: أَرْمِي بِالْمِعْرَاضِ فَيَخْزِقُ؟ قَالَ: إِنْ خَزَقَ فَكُلْ، وَإِنْ أَصَابَ بِعَرْضِهِ فَلَا تَأْكُلْ