kitab haiwan korban
كِتَابُ الضَّحَايَا
Sabda Nabi ﷺ, Siapa Yang Hendak Menyembelih Haiwan Korban, Janganlah Dia Memotong Rambutnya....
Bāb
بَابُِ
4361 – Sulayman bin Salm al-Balkhi mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Nadhr bin Syumayl menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah memberitakan kepada kami, daripada Malik bin Anas, daripada Ibn Muslim, daripada Sa‘id bin al-Musayyib, daripada Ummu Salamah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Siapa yang telah melihat bulan Zulhijjah dan hendak menyembelih haiwan korban maka janganlah dia mencukur rambut dan memotong kukunya hingga selesai berkorban.”
4361 - أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ سَلْمٍ الْبَلْخِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا النَّضْرُ وَهُوَ ابْنُ شُمَيْلٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ ابْنِ مُسْلِمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ رَأَى هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ، فَأَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلَا يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ حَتَّى يُضَحِّيَ
4362 – Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam mengkhabarkan kepada kami, daripada Syu‘ayb, katanya al-Layts memberitakan kepada kami, katanya Khalid bin Yazid menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Abu Hilal, daripada ‘Amr bin Muslim bahawa beliau berkata, Ibn al-Musayyib mengkhabarkan kepada saya bahawa Ummu Salamah, Isteri Nabi ﷺ telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang hendak menyembelih haiwan korban, janganlah dia sedikit pun memotong kuku dan mencukur rambutnya pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah.”
4362 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الْحَكَمِ، عَنْ شُعَيْبٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا اللَّيْثُ قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ ابْنِ أَبِي هِلَالٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُسْلِمٍ أَنَّهُ قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ الْمُسَيِّبِ، أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا يَقْلِمْ مِنْ أَظْفَارِهِ، وَلَا يَحْلِقْ شَيْئًا مِنْ شَعْرِهِ فِي عَشْرِ الْأُوَلِ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ
4363 – ‘Ali bin Hujr mengkhabarkan kepada kami, katanya Syarik melaporkan kepada kami, daripada ‘Utsman al-Ahlafi, daripada Sa‘id bin al-Musayyib, katanya, “Siapa yang hendak menyembelih haiwan korban, sedangkan sepuluh hari pertama bulan Zulhijah sudah tiba maka janganlah dia mencukur rambut dan memotong kukunya.”
4363 - أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا شَرِيكٌ، عَنْ عُثْمَانَ الْأَحْلَافِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ قَالَ: مَنْ أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ فَدَخَلَتْ أَيَّامُ الْعَشْرِ، فَلَا يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا أَظْفَارِهِ، فَذَكَرْتُهُ لِعِكْرِمَةَ فَقَالَ: أَلَا يَعْتَزِلُ النِّسَاءَ، وَالطِّيبَ
4364 – ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdul Rahman mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Rahman bin Humayd bin ‘Abdul Rahman bin ‘Awf menyampaikan kepada saya, daripada Sa‘id bin al-Musayyib, daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika sepuluh hari pertama bulan Zulhijah telah tiba, sedangkan salah seorang daripada kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia mencukur rambut dan memotong kukunya sedikit pun.”
4364 - أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ فَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ بَشَرِهِ شَيْئًا
Bab Orang Yang Tidak Mampu Berkorban
Bāb Man Lam Yajid al-ʾUḍḥiyyah
بَابُ مَنْ لَمْ يَجِدِ الْأُضْحِيَّةَ
4365 – Yunus bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, katanya Sa‘id bin Abu Ayyub mengkhabarkan kepada saya. Para perawi lain meriwayatkan daripada ‘Ayyasy bin ‘Abbas al-Qitbani, daripada ‘Isa bin Hilal al-Shadafi, daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash bahawa Rasulullah ﷺ berkata kepada seorang lelaki, “Saya diperintahkan untuk menjadikan Aidiladha sebagai hari besar daripada Allah untuk umat ini.” Orang itu berkata, “Bagaimana menurutmu jika saya hanya memiliki seekor kambing betina, bolehkah saya berkorban dengannya?” Baginda menjawab, “Tidak, tetapi hendaklah kamu memotong kuku, rambut, kumis, dan bulu kemaluanmu kerana amalan tersebut telah ditulis untukmu oleh Allah seperti pahala berkorban.”
4365 - أَخْبَرَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ، وَذَكَرَ آخَرِينَ: عَنْ عَيَّاشِ بْنِ عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيِّ، عَنْ عِيسَى بْنِ هِلَالٍ الصَّدَفِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِرَجُلٍ: أُمِرْتُ بِيَوْمِ الْأَضْحَى عِيدًا جَعَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ، فَقَالَ الرَّجُلُ: أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ أَجِدْ إِلَّا مَنِيحَةً أُنْثَى أَفَأُضَحِّي بِهَا؟ قَالَ: لَا، وَلَكِنْ تَأْخُذُ مِنْ شَعْرِكَ، وَتُقَلِّمُ أَظْفَارَكَ، وَتَقُصُّ شَارِبَكَ، وَتَحْلِقُ عَانَتَكَ، فَذَلِكَ تَمَامُ أُضْحِيَّتِكَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ