kitab ibadah haji
كِتَابُ مَنَاسِكِ الْحَجِّ
Bab Kewajipan Haji
Bāb Wujūb al-Ḥajj
بَابُ وُجُوبِ الْحَجِّ
2619 – Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Mubarak al-Mukharrimi mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Hisyam al-Mughirah bin Salamah menyampaikan kepada kami, katanya al-Rabi‘ bin Muslim menyampaikan kepada kami, katanya Muhammad bin Ziyad menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hurayrah, katanya, “Rasulullah ﷺ berkhutbah di hadapan orang ramai lalu bersabda, “Sesungguhnya Allah mewajibkan haji ke atas kamu.” Kemudian seorang lelaki bertanya, “Adakah pada setiap tahun?” Baginda terdiam. Lelaki itu mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali. Baginda menjawab, “Seandainya ia menjadi wajib, engkau tak akan melaksanakannya. Apa sahaja perintah yang saya sampaikan, biarkanlah ia (jangan banyak mengajukan pertanyaan yang tidak berguna). Sungguh, umat sebelum kamu binasa kerana banyak mengajukan pertanyaan (yang tidak berguna) dan banyak menyelisihi para nabi. Oleh kerana itu, jika saya perintahkan sesuatu pada kamu, laksanakanlah ia.”
2619 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ الْمُخَرِّمِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو هِشَامٍ وَاسْمُهُ الْمُغِيرَةُ بْنُ سَلَمَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ مُسْلِمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّاسَ، فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ، قَدْ فَرَضَ عَلَيْكُمُ الْحَجَّ فَقَالَ رَجُلٌ: فِي كُلِّ عَامٍ؟ فَسَكَتَ عَنْهُ حَتَّى أَعَادَهُ ثَلَاثًا، فَقَالَ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ، لَوَجَبَتْ، وَلَوْ وَجَبَتْ، مَا قُمْتُمْ بِهَا، ذَرُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ، فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ، وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ، فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِالشَّيْءِ فَخُذُوا بِهِ مَا اسْتَطَعْتُمْ، وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ، فَاجْتَنِبُوهُ
2620 – Muhammad bin Yahya bin ‘Abdullah al-Naysaburi mengkhabarkan kepada kami, katanya Sa‘id bin Abu Maryam menyampaikan kepada kami, katanya Musa bin Salamah melaporkan kepada kami, katanya ‘Abdul Jalil bin Humayd menyampaikan kepada saya, daripada Ibn Syihab, daripada Abu Sinan al-Duali, daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah ﷺ berdiri dan bersabda, “Sesungguhnya Allah mewajibkan haji ke atas kalian.” Kemudian al-Aqra‘ bin Habis al-Tamimi bertanya, “Adakah pada setiap tahun, wahai Rasulullah?” Baginda diam lalu menjawab, “Seandainya saya katakan ‘ya’, nescaya ia akan menjadi suatu kefarduan dan seandainya ia menjadi fardu, engkau tidak akan menerimanya dan tidak mampu melaksanakannya. Akan tetapi, haji yang wajib itu hanya sekali.”
2620 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ النَّيْسَابُورِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا مُوسَى بْنُ سَلَمَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الْجَلِيلِ بْنُ حُمَيْدٍ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ أَبِي سِنَانٍ الدُّؤَلِيِّ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ، فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى كَتَبَ عَلَيْكُمُ الْحَجَّ فَقَالَ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ كُلُّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ فَسَكَتَ، فَقَالَ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ، لَوَجَبَتْ، ثُمَّ إِذًا لَا تَسْمَعُونَ، وَلَا تُطِيعُونَ، وَلَكِنَّهُ حَجَّةٌ وَاحِدَةٌ
Kewajipan Umrah
Wujūb al-ʿUmrah
وُجُوبُ الْعُمْرَةِ
2621 – Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Khalid menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya saya mendengar al-Nu‘man bin Salim berkata, saya mendengar ‘Amr bin Aus menceritakan daripada Abu Razin bahawa beliau berkata, “Wahai Rasulullah, ayah saya sudah sangat tua. Beliau tidak mampu melakukan haji, umrah dan bermusafir dengan kenderaan.” Kemudian baginda bersabda, “Lakukanlah haji dan umrah untuk ayahmu.”
2621 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ سَالِمٍ، قَالَ: سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ أَوْسٍ، يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي رَزِينٍ، أَنَّهُ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبِي شَيْخٌ كَبِيرٌ، لَا يَسْتَطِيعُ الْحَجَّ، وَلَا الْعُمْرَةَ، وَلَا الظَّعْنَ، قَالَ: فَحُجَّ، عَنْ أَبِيكَ، وَاعْتَمِرْ
Keutamaan Haji Mabrur
Faḍl al-Ḥajj al-Mabrūr
فَضْلُ الْحَجِّ الْمَبْرُورِ
2622 – ‘Abdah bin ‘Abdullah al-Shaffar al-Bashri mengkhabarkan kepada kami, katanya Suwayd bin ‘Amr al-Kalbi menyampaikan kepada kami, daripada Zuhayr, katanya Suhayl menyampaikan kepada kami, daripada Sumay, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Haji yang mabrur tidak ada pahala yang setimpal baginya kecuali syurga. Satu umrah ke umrah yang lain adalah penghapus dosa-dosa di antara keduanya.”
2622 - أَخْبَرَنَا عَبْدَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الصَّفَّارِ الْبَصْرِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ وَهُوَ ابْنُ عَمْرٍو الْكَلْبِيُّ، عَنْ زُهَيْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُهَيْلٌ، عَنْ سُمَيٍّ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَجَّةُ الْمَبْرُورَةُ: لَيْسَ لَهَا جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ، وَالْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا
2623 – ‘Amr bin Manshur mengkhabarkan kepada kami, katanya Hajjaj menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya Suhayl mengkhabarkan kepadaku, daripada Sumay, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Haji yang mabrur tidak ada pahala yang setimpal baginya kecuali syurga.” Lanjutan matannya serupa dengan hadis sebelum. Namun Nabi ﷺ bersabda, “…menebus dosa antara keduanya.”
2623 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مَنْصُورٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: أَخْبَرَنِي سُهَيْلٌ، عَنْ سُمَيٍّ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: الْحَجَّةُ الْمَبْرُورَةُ: لَيْسَ لَهَا ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ، مِثْلَهُ سَوَاءً "، إِلَّا أَنَّهُ قَالَ: تُكَفِّرُ مَا بَيْنَهُمَا