kitab imam
كِتَابُ الْإِمَامَةِ
Penjelasan Tentang Imam Dan Jemaah
Dhikr al-ʾImāmah wa al-Jamāʿah
ذِكْرُ الْإِمَامَةِ وَالْجَمَاعَةِ
Keutamaan Imam Yang Berilmu Dan Memiliki Kelebihan
إِمَامَةُ أَهْلِ الْعِلْمِ وَالْفَضْلِ
777 – Ishaq bin Ibrahim dan Hannad bin al-Sari mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Husayn bin ‘Ali, daripada Zaydah, daripada ‘Ashim, daripada Zir, daripada ‘Abdullah, beliau berkata, “Ketika Rasulullah ﷺ wafat, orang-orang Ansar berkata, “Daripada kami seorang pemimpin, daripada kamu seorang pemimpin.” Lalu ‘Umar mendatangi mereka dan berkata, “Tidakkah kamu tahu bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan Abu Bakar untuk menjadi imam solat bersama orang ramai. Siapakah di antara kamu yang merasa senang hati untuk maju mendahului Abu Bakar?” Orang-orang Ansar menjawab, “Kami berlindung kepada Allah daripada mendahului Abu Bakar.”
777 - أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَهَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ عَلَيٍّ، عَنْ زَائِدَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: لَمَّا قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتِ الْأَنْصَارُ: مِنَّا أَمِيرٌ وَمِنْكُمْ أَمِيرٌ. فَأَتَاهُمْ عُمَرُ فَقَالَ: أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَمَرَ أَبَا بَكْرٍ أَنْ يُصَلِّيَ بِالنَّاسِ، فَأَيُّكُمْ تَطِيبُ نَفْسُهُ أَنْ يَتَقَدَّمَ أَبَا بَكْرٍ؟ قَالُوا نَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ نَتَقَدَّمَ أَبَا بَكْرٍ
Solat Berjemaah Dengan Imam Yang Berperangai Buruk
Al-Ṣalāh maʾa Aʾimmah al-Jaur
الصَّلَاةُ مَعَ أَئِمَّةِ الْجَوْرِ
778 – Ziyad bin Ayyub mengkhabarkan kepada kami, katanya Isma‘il bin ‘Ulayyah menyampaikan kepada kami, katanya Ayyub menyampaikan kepada kami, katanya daripada Abu al-‘Aliyah al-Bara’, dia berkata, “Ziyad mengakhirkan solat lalu Ibn al-Shamit menemui saya. Saya memberikan kerusi kepadanya dan dia pun duduk. Saya melaporkan kepadanya tentang perbuatan Ziyad. Dia menggengam tapak tangan dan memukulnya ke paha saya. Dia berkata, “Sungguh, saya pernah bertanya kepada Abu Dzar sama seperti pertanyaanmu. Kemudian dia memukul paha saya sebagaimana saya memukul paha kamu. Dia berkata, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ seperti pertanyaanmu. Baginda memukul paha saya sebagaimana saya memukul paha kamu. Rasulullah ﷺ bersabda, “Solatlah tepat pada waktunya. Jika engkau menjumpai mereka (pemimpin yang berperangai buruk sedang solat berjemaah), ikutlah solat (bersama mereka). Janganlah engkau berkata, “Saya telah solat sehingga saya tidak perlu solat lagi.”
778 - أَخْبَرَنَا زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ الْبَرَاءِ قَالَ: أَخَّرَ زِيَادٌ الصَّلَاةَ فَأَتَانِي ابْنُ صَامِتٍ فَأَلْقَيْتُ لَهُ كُرْسِيًّا فَجَلَسَ عَلَيْهِ، فَذَكَرْتُ لَهُ صُنْعَ زِيَادٍ فَعَضَّ عَلَى شَفَتَيْهِ وَضَرَبَ عَلَى فَخِذِي وَقَالَ: إِنِّي سَأَلْتُ أَبَا ذَرٍّ كَمَا سَأَلْتَنِي فَضَرَبَ فَخِذِي كَمَا ضَرَبْتُ فَخِذَكَ وَقَالَ: إِنِّي سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا سَأَلْتَنِي فَضَرَبَ فَخِذِي كَمَا ضَرَبْتُ فَخِذَكَ فَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَامُ: صَلِّ الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا، فَإِنْ أَدْرَكْتَ مَعَهُمْ فَصَلِّ وَلَا تَقُلْ: إِنِّي صَلَّيْتُ فَلَا أُصَلِّي
779 – ‘Ubaydullah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Bakr bin ‘Ayyasy menyampaikan kepada kami, katanya daripada ‘Ashim, daripada Zir, daripada ‘Abdullah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Suatu masa, kamu akan menjumpai suatu kaum (yang pemimpinnya berperangai buruk) solat di luar waktunya. Jika kamu menemuinya, solatlah sesuai waktunya dan solatlah bersama mereka. Akan tetapi, niatkanlah sebagai solat sunat.”
779 - أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَعَلَّكُمْ سَتُدْرِكُونَ أَقْوَامًا يُصَلُّونَ الصَّلَاةَ لِغَيْرِ وَقْتِهَا، فَإِنْ أَدْرَكْتُمُوهُمْ فَصَلُّوا الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا، وَصَلُّوا مَعَهُمْ وَاجْعَلُوهَا سُبْحَةً
Orang Yang Berhak Menjadi Imam
Man Aḥaq bi al-ʾImāmah
مَنْ أَحَقُّ بِالْإِمَامَةِ
780 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Fadhl bin ‘Iyadh memberitakan kepada kami, katanya daripada al-‘A’masy, daripada Isma‘il bin Raja’, daripada Aws bin Dham‘aj, daripada Abu Mas‘ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang lebih berhak mengimamkan suatu kaum adalah orang yang paling bagus bacaan al-Qurannya. Jika mereka setara dalam bacaan, hendaklah orang yang paling dahulu hijrah. Jika mereka sama berhijrah, hendaklah orang yang paling tahu tentang hadis. Jika mereka setara dalam pengetahuan tentang hadis, hendaklah orang yang paling tua umurnya. Janganlah engkau mengangkat seseorang menjadi imam di wilayah kekuasaannya (imam yang lain). Jangan duduk di tempat terhormatnya kecuali jika dia telah memberi izin untukmu.”
780 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: أَنْبَأَنَا فُضَيْلُ بْنُ عِيَاضٍ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ رَجَاءٍ، عَنْ أَوْسِ بْنِ ضَمْعَجٍ، عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ فِي الْهِجْرَةِ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ، فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِنًّا، وَلَا تَؤُمَّ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِهِ وَلَا تَقْعُدْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا أَنْ يَأْذَنَ لَكَ
Mendahulukan Orang Yang Lebih Tua (Untuk Menjadi Imam)
Taqdīm Dhawī al-Sinn
تَقْدِيمُ ذَوِي السِّنِّ
781 – Hajib bin Sulayman al-Manbiji mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Waki‘, daripada Sufyan, daripada Khalid al-Hadza’, daripada Abu Qilabah, daripada Malik bin al-Huwayrits, beliau berkata, “Saya bersama sepupu saya – dalam kesempatan lain dia mengatakan, bersama seorang kawan saya – menemui Rasulullah ﷺ. Baginda bersabda, “Jika kamu bermusafir, kumandangkanlah azan dan iqamat. Hendaklah orang yang lebih tua menjadi imam bagi kamu.”
781 - أَخْبَرَنَا حَاجِبُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْمَنْبِجِيُّ، عَنْ وَكِيعٍ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا وَابْنُ عَمٍّ لِي - وَقَالَ: مَرَّةً أَنَا وَصَاحِبٌ لِي - فَقَالَ: إِذَا سَافَرْتُمَا فَأَذِّنَا وَأَقِيمَا، وَلْيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا