kitab iman dan ketentuan-ketentuannya
كِتَابُ الْإِيمَانِ وَشَرَائِعِهِ
Amalan Yang Paling Utama
Dhikr Afḍal al-ʾAʿmāl
ذِكْرُ أَفْضَلِ الْأَعْمَالِ
4985 – ‘Amr bin ‘Ali memberitakan kepada kami, katanya ‘Abdurrahman menyampaikan kepada kami, katanya Ibrahim bin Sa‘d, daripada al-Zuhri, daripada Sa‘id bin al-Musayyib, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang amalan yang paling utama. Baginda menjawab, “Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.”
4985 - أَنْبَأَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ: أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ؟ قَالَ: «الْإِيمَانُ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ»
4986 – Harun bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada kami, katanya Hajaj menyampaikan kepada kami, daripada Ibnu Jurayj katanya ‘Utsman bin Abu Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ali al-Azdi, daripada Ubayd bin Umayr, daripada ‘Abdullah bin Hubsyi al-Khats‘ami bahawa Nabi ﷺ pernah ditanya tentang amalan yang paling utama. Baginda menjawab, “Iman yang di dalamnya tiada keraguan, jihad yang di dalamnya tidak ada pengkhianatan, dan haji mabrur (yang diterima).
4986 - أَخْبَرَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ، عَنْ عَلِيٍّ الْأَزْدِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حُبْشِيٍّ الْخَثْعَمِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ: أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ؟ فَقَالَ: «إِيمَانٌ لَا شَكَّ فِيهِ، وَجِهَادٌ لَا غُلُولَ فِيهِ، وَحَجَّةٌ مَبْرُورَةٌ»
Kelazatan Iman
طَعْمُ الْإِيمَانِ
4987 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Jarir memberitakan kepada kami, daripada Manshur, daripada Thalq bin Habib, daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Ada tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, dia akan mendapatkan kemanisan iman dan kelazatannya. (Pertama) hendaklah seseorang lebih mencintai Allah ‘Azza wa Jalla dan Rasul-Nya daripada semua perkara selain keduanya. (Kedua) hendaklah dia mencintai (sesuatu) kerana Allah dan membencinya juga kerana Allah, (ketiga) hendaklah dia masuk ke dalam nyalaan api besar yang dinyalakan lebih dia sukai daripada menyekutukan Allah dengan apa pun.”
4987 - أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ وَطَعْمَهُ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ فِي اللَّهِ، وَأَنْ يَبْغُضَ فِي اللَّهِ، وَأَنْ تُوقَدَ نَارٌ عَظِيمَةٌ فَيَقَعَ فِيهَا أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يُشْرِكَ بِاللَّهِ شَيْئًا
Manisnya Iman
Ḥalāwah al-ʾĪmān
حَلَاوَةُ الْإِيمَانِ
4988 – Suwayd bin Nashr mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah menyampaikan kepada kami Syu‘bah, daripada Qatadah katanya, saya mendengar Anas bin Malik menyampaikan bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Ada tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, dia akan mendapatkan manisnya iman: (Pertama) seseorang yang mencintai orang lain dan tidaklah dia mencintainya melainkan hanya kerana Allah , (kedua) seseorang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada semua perkara selain keduanya; (ketiga) seseorang yang lebih suka untuk dimasukkan ke dalam api neraka daripada kembali pada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran itu.”
4988 - أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُحَدِّثُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ: مَنْ أَحَبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَمَنْ كَانَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَمَنْ كَانَ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ
Manisnya Islam
Ḥalāwah al-ʾIslām
حَلَاوَةُ الْإِسْلَامِ
4989 – ‘Ali bin Hujr mengkhabarkan kepada kami, katanya Isma‘il menyampaikan kepada kami, daripada Humayd, daripada Anas bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Ada tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, dia akan mendapatkan manisnya Islam: (Pertama) seseorang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada semua perkara selain keduanya, (kedua) seseorang yang mencintai orang lain dan tidaklah dia mencintainya melainkan hanya kerana Allah, (ketiga) seseorang yang benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci jlka dilemparkan ke dalam api neraka.”
4989 - أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِسْلَامِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَمَنْ أَحَبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ