kitab istisqa’ (minta hujan)

كِتَابُ الِاسْتِسْقَاءِ

Waktu Yang Dianjurkan Bagi Seorang Imam Untuk Meminta Hujan

Matā Yastasqī al-ʾImām

مَتَى يَسْتَسْقِي الْإِمَامُ

1504 – Qutaybah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Malik, daripada Sharik bin ‘Abdullah bin Abu Namir, daripada Anas bin Malik, beliau berkata, “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata, “Wahai Rasulullah! Haiwan ternakan kami mati kelaparan dan jalanan terputus. Oleh kerana itu, berdoalah kepada Allah  agar menurunkan hujan.” Lantas Rasulullah ﷺ berdoa sehingga hujan pun turun sejak jumaat itu sehingga jumaat berikutnya. Kemudian seorang lelaki menemui Rasulullah ﷺ dan berkata, “Wahai Rasulullah! Rumah-rumah hancur, jalanan terputus dan haiwan ternakan pun mati (kerana banjir).” Lalu baginda berdoa, “Ya Allah, turunkanlah hujan di puncak-puncak gunung, bukit-bukau, lembah-lembah dan di sekitar tempat tumbuhnya pokok.” Kemudian hujan pun keluar dari Madinah seperti terbukanya pakaian (daripada orang yang memakainya).”

1504 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَلَكَتِ الْمَوَاشِي، وَانْقَطَعَتِ السُّبُلُ، فَادْعُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ، فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمُطِرْنَا مِنَ الْجُمُعَةِ إِلَى الْجُمُعَةِ، فَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، تَهَدَّمَتِ الْبُيُوتُ، وَانْقَطَعَتِ السُّبُلُ، وَهَلَكَتِ الْمَوَاشِي، فَقَالَ: اللَّهُمَّ عَلَى رُءُوسِ الْجِبَالِ، وَالْآكَامِ، وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ، فَانْجَابَتْ عَنِ الْمَدِينَةِ انْجِيَابَ الثَّوْبِ

Keluarnya Imam Ke Tempat Solat Untuk Meminta Hujan

Khurūj al-ʾImām ilā al-Muṣallā li al-Istisqāʾ

خُرُوجُ الْإِمَامِ إِلَى الْمُصَلَّى لِلِاسْتِسْقَاءِ

1505 – Muhammad bin Manshur mengkhabarkan kepada saya, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya al-Mas‘udi menyampaikan kepada kami, katanya daripada Abu Bakr bin ‘Amr bin Hazm, daripada ‘Abbad bin Tamim. Sufyan mengatakan bahawa dia pernah bertanya kepada ‘Abdullah bin Abu Bakar yang mengatakan, saya mendengar daripada ‘Abbad bin Tamim menceritakan daripada ayahnya bahawa ‘Abdullah bin Zayd yang pernah bermimpi diajarkan azan berkata, “Rasulullah ﷺ pergi menuju ke tempat solat untuk meminta hujan. Kemudian baginda menghadap kiblat, terbalikkan selendangnya dan mengerjakan solat dua rakaat.” Abu ‘Abdul Rahman berkata, “Ini adalah sebuah kesalahan daripada Ibn ‘Uyaynah kerana ‘Abdullah bin Zayd yang pernah bermimpi diajarkan azan adalah ‘Abdullah bin Zayd bin ‘Abd Rabbih sedangkan yang disebutkan dalam hadis ini ialah ‘Abdullah bin Zayd bin ‘Ashim.”

1505 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ مَنْصُورٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ، عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، قَالَ سُفْيَانُ: فَسَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي بَكْرٍ، فَقَالَ: سَمِعْتُهُ مِنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، يُحَدِّثُ أَبِي، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ الَّذِي أُرِيَ النِّدَاءَ، قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى يَسْتَسْقِي، فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ، وَقَلَبَ رِدَاءَهُ، وَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ: هَذَا غَلَطٌ مِنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ الَّذِي أُرِيَ النِّدَاءَ هُوَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَبْدِ رَبِّهِ، وَهَذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ

Bab Keadaan Yang Dianjurkan Bagi Seorang Imam Ketika Keluar (Menuju Tempat Solat Istisqa’)

Bāb al-Ḥāl allatī Yustaḥab li al-Imām an Yakūn ʿalayhā idhā Kharaj

بَابُ الْحَالِ الَّتِي يُسْتَحَبُّ لِلْإِمَامِ أَنْ يَكُونَ عَلَيْهَا إِذَا خَرَجَ

1506 – Ishaq bin Manshur dan Muhammad bin al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada ‘Abdul Rahman, daripada Sufyan, daripada Hisham bin Ishaq bin ‘Abdullah bin Kinanah, daripada ayahnya, beliau berkata, “Seseorang mengutus saya untuk bertanya kepada Ibn ‘Abbas mengenai cara solat Rasulullah ﷺ saat meminta hujan. Lalu Ibn ‘Abbas menjawab, “Rasulullah ﷺ keluar (menuju tempat solat istisqa’) dengan rendah hati, memakai pakaian biasa, tidak berkhutbah seperti khutbah kamu ini kemudian baginda solat dua rakaat.”

1506 - أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ إِسْحَقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كِنَانَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَرْسَلَنِي فُلَانٌ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَسْأَلُهُ عَنْ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الِاسْتِسْقَاءِ، فَقَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَضَرِّعًا مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلًا، فَلَمْ يَخْطُبْ نَحْوَ خُطْبَتِكُمْ هَذِهِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ

1507 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdul ‘Aziz menyampaikan kepada kami, katanya daripada ‘Umarah bin Ghaziyyah, daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada ‘Abdullah bin Zayd bahawa Rasulullah ﷺ meminta hujan dengan memakai pakaian berwarna hitam.

1507 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ غَزِيَّةَ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى وَعَلَيْهِ خَمِيصَةٌ سَوْدَاءُ

Bab Duduknya Imam Di Atas Mimbar Untuk Meminta Hujan

Bāb Julūs al-ʾImām ʿalā al-Minbār li al-Istisqāʾ

بَابُ جُلُوسِ الْإِمَامِ عَلَى الْمِنْبَرِ لِلِاسْتِسْقَاءِ

1508 – Muhammad bin ‘Ubayd bin Muhammad mengkhabarkan kepada kami, katanya Hatim bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, katanya daripada Hisham bin Ishaq bin ‘Abdullah bin Kinanah, daripada ayahnya, beliau berkata, “Saya bertanya kepada Ibn ‘Abbas mengenai cara solat Rasulullah ﷺ ketika meminta hujan. Ibn ‘Abbas menjawab, “Rasulullah ﷺ keluar (menuju ke tempat solat istisqa’) dengan memakai pakaian biasa, rendah hati lalu duduk di atas mimbar dan tidak berkhutbah seperti khutbah kamu ini. Akan tetapi, baginda sentiasa berdoa, merendahkan diri kepada Allah dan bertakbir. Baginda pun solat dua rakaat seperti solat dua hari raya.”

1508 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ بْنِ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَعِيلَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ إِسْحَقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كِنَانَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ عَنْ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الِاسْتِسْقَاءِ، فَقَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَبَذِّلًا، مُتَوَاضِعًا، مُتَضَرِّعًا، فَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ، وَلَكِنْ لَمْ يَزَلْ فِي الدُّعَاءِ وَالتَّضَرُّعِ وَالتَّكْبِيرِ، وَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا كَانَ يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ

Sunan Al-Nasa’i