kitab jenazah
كِتَابُ الْجَنَائِزِ
Bab Mengharapkan Kematian
Bāb Tamannī al-Maut
بَابُ تَمَنِّي الْمَوْتِ
1818 – Harun bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada kami, katanya Ma‘n menyampaikan kepada kami, katanya Ibrahim bin Sa‘d menyampaikan kepada kami, katanya daripada al-Zuhri, daripada ‘Ubaydullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia orang yang baik, mungkin kebaikannya akan bertambah. Jika dia orang yang sering membuat keburukan, mungkin dia akan diberikan kesempatan untuk berbuat baik.”
1818 - أَخْبَرَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمُ الْمَوْتَ، إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَزْدَادَ خَيْرًا، وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعْتِبَ
1819 – ‘Amr bin ‘Utsman mengkhabarkan kepada kami, katanya, Baqiyyah menyampaikan kepada kami, katanya, al-Zubaydi menyampaikan kepada saya, katanya, al-Zuhri menyampaikan kepada saya, katanya, daripada Abu ‘Ubayd mawla ‘Abdul Rahman bin ‘Awf yang mendengar Abu Hurayrah berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia orang yang baik, mungkin kebaikannya akan bertambah dan itu baik baginya. Jika dia orang yang sering melakukan keburukan, mungkin dia akan diberi kesempatan untuk berbuat baik.”
1819 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ، قَالَ: حَدَّثَنِي الزُّبَيْدِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنِي الزُّهْرِيُّ، عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ، مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ، إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَعِيشَ يَزْدَادُ خَيْرًا وَهُوَ خَيْرٌ لَهُ، وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعْتِبَ
1820 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Yazid bin Zuray‘ menyampaikan kepada kami, katanya daripada Humayd, daripada Anas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian disebabkan ujian yang menimpanya di dunia. Akan tetapi, ucapkanlah, “Ya Allah, berikanlah umur yang panjang jika itu lebih baik bagi saya. Wafatkanlah saya jika itu lebih baik bagi saya.”
1820 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ وَهُوَ ابْنُ زُرَيْعٍ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فِي الدُّنْيَا، وَلَكِنْ لِيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
1821 – ‘Ali bin Hujr mengkhabarkan kepada kami, katanya Isma‘il bin Ulayyah menyampaikan kepada kami, katanya daripada ‘Abdul ‘Aziz; dalam sanad lain, ‘Imran bin Musa melaporkan kepada kami, katanya ‘Abdul Warits menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul ‘Aziz menyampaikan kepada kami, katanya daripada Anas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Ingatlah, janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian disebabkan ujian yang menimpanya. Namun jika dia tetap mengharapkannya, hendaklah dia mengatakan, “Ya Allah, berikanlah saya umur yang panjang jika itu lebih baik bagi saya. Wafatkanlah saya jika itu lebih baik bagi saya.”
1821 - أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ، ح وَأَنْبَأَنَا عِمْرَانُ بْنُ مُوسَى، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ، فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ مُتَمَنِّيًا الْمَوْتَ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي مَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Doa Mengharap Kematian
Al-Duʿāʾ bi al-Maut
الدُّعَاءُ بِالْمَوْتِ
1822 – Ahmad bin Hafsh bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada kami, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya, katanya Ibrahim bin Thahman menyampaikan kepada saya, katanya daripada al-Hajjaj al-Bashri, daripada Yunus, daripada Tsabit, daripada Anas, katanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah kamu berdoa meminta kematian dan jangan pula mengharap kematian. Sesiapa yang ingin berdoa, sebaiknya dia mengucapkan, “Ya Allah, berikanlah saya umur yang panjang jika itu lebih baik bagi saya. Wafatkanlah saya jika itu lebih baik bagi saya.”
1822 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ الْحَجَّاجِ وَهُوَ الْبَصْرِيُّ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَدْعُوا بِالْمَوْتِ وَلَا تَتَمَنَّوْهُ، فَمَنْ كَانَ دَاعِيًا لَا بُدَّ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي