kitab jual beli
كِتَابُ الْبُيُوعِ
Bab Anjuran Bekerja
Bāb al-Ḥathth ʿalā al-Kasb
بَابُ الْحَثِّ عَلَى الْكَسْبِ
4449 – ‘Ubaydullah bin Sa‘id Abu Qudamah al-Sarkhasi mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada ‘Umarah bin ‘Umayr, daripada ibu saudaranya, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, yang paling baik dimakan oleh seseorang adalah sesuatu yang berasal daripada hasil usahanya. Sesungguhnya usaha seorang anak merupakan usaha (ayah) nya.”
4449 - أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ أَبُو قُدَامَةَ السَّرْخَسِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ عَمَّتِهِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِهِ
4450 – Muhammad bin Manshur mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya al-‘A’masy menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim, daripada ‘Umarah bin ‘Umayr, daripada ibu saudaranya, daripada ‘A’isyah bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Sungguh, usaha anak-anak kamu merupakan usaha yang paling baik bagi kami. Makanlah sesuatu daripada hasil usaha anak-anak kamu.”
4450 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ: حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ عَمَّةٍ لَهُ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ أَوْلَادَكُمْ مِنْ أَطْيَبِ كَسْبِكُمْ، فَكُلُوا مِنْ كَسْبِ أَوْلَادِكُمْ
4451 – Yusuf bin ‘Isa mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Fadhl bin Musa memberitakan kepada kami, katanya al-A‘masy memberitakan kepada kami, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, daripada ‘A’isyah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, sesuatu yang paling baik dimakan oleh seseorang adalah yang berasal daripada hasil usahanya. Usaha seorang anak juga merupakan usaha (ayah) nya.”
4451 - أَخْبَرَنَا يُوسُفُ بْنُ عِيسَى قَالَ: أَنْبَأَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى قَالَ: أَنْبَأَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ الْأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَوَلَدُهُ مِنْ كَسْبِهِ
4452 – Ahmad bin Hafsh bin ‘Abdullah al-Naysaburi mengkhabarkan kepada kami, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya, katanya Ibrahim bin Thahman menyampaikan kepada saya, daripada ‘Umar bin Sa‘id, daripada al-A‘masy, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, daripada ‘A’isyah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, sesuatu yang paling baik dimakan oleh seseorang adalah yang berasal daripada hasil usahanya. Sungguh, usaha seorang anak juga merupakan usaha (ayah) nya.”
4452 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ النَّيْسَابُورِيُّ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ الْأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ الْأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ
Bab Menjauhi Perkara Syubhat Dalam Pekerjaan
Bāb Ijtināb al-Shubuhāt fī al-Kasb
بَابُ اجْتِنَابِ الشُّبُهَاتِ فِي الْكَسْبِ
4453 – Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la al-Shan‘ani menyampaikan kepada kami, katanya Khalid bin al-Harits menyampaikan kepada kami, katanya Ibn ‘Awn menyampaikan kepada kami, daripada al-Sya’bi, katanya saya mendengar al-Nu‘man bin Basyir berkata, saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Al-Sya’bi berkata, Demi Allah, setelah itu saya tidak lagi mendengar seorang sahabat yang mengatakan, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya yang halal dan yang haram itu sudah jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara samar.” Atau baginda menyebutkan, “Di antara keduanya ada perkara yang samar. Saya membuat perumpamaan untuk kalian; sungguh, Allah memiliki tanah larangan. Tanah larangan Allah adalah perkara yang diharamkannya. Begitu pula dengan orang yang mendekati tanah larangan maka dikhuatiri dia akan masuk ke dalamnya.” Atau beliau berkata, “Siapa yang menggembala di sekitar tanah larangan, dikhuatirkan dia akan masuk ke dalamnya. Siapa yang mendekati perkara yang diragukan (samar), dikhuatirkan dia akan masuk ke dalamnya.”
4453 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى الصَّنْعَانِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدٌ وَهُوَ ابْنُ الْحَارِثِ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ، عَنْ الشَّعْبِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَاللَّهِ لَا أَسْمَعُ بَعْدَهُ أَحَدًا، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ بَيْنَ ذَلِكَ أُمُورًا مُشْتَبِهَاتٍ - وَرُبَّمَا قَالَ: وَإِنَّ بَيْنَ ذَلِكَ أُمُورًا مُشْتَبِهَةً - ، قَالَ: وَسَأَضْرِبُ لَكُمْ فِي ذَلِكَ مَثَلًا إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَمَى حِمًى، وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مَا حَرَّمَ، وَإِنَّهُ مَنْ يَرْتَعُ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُخَالِطَ الْحِمَى، - وَرُبَّمَا قَالَ: إِنَّهُ مَنْ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُرْتِعَ فِيهِ - وَإِنَّ مَنْ يُخَالِطُ الرِّيبَةَ يُوشِكُ أَنْ يَجْسُرَ