kitab kiblat
كِتَابُ الْقِبْلَةِ
Bab Menghadap Kiblat
Bāb Istiqbāl al-Qiblah
بَابُ اسْتِقْبَالِ الْقِبْلَةِ
742 – Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Ishaq bin Yusuf al-Azraq menyampaikan kepada kami, katanya daripada Zakariyya bin Abu Zaydah, daripada Abu Ishaq, daripada al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ sampai di kota Madinah, lalu baginda solat menghadap Baitul Maqdis selama enam belas bulan. Kemudian, baginda diperintahkan menghadap ke arah Kaabah. Seorang lelaki yang turut solat bersama Nabi ﷺ melalui sekumpulan manusia daripada kabilah Ansar (yang sedang solat) lalu dia berkata, “Saya bersaksi bahawa Rasulullah ﷺ telah diperintahkan menghadap Kaabah.” Lantas mereka pun berpaling menghadap Kaabah.
742 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ الْأَزْرَقُ، عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ، فَصَلَّى نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا، ثُمَّ وُجِّهَ إِلَى الْكَعْبَةِ. فَمَرَّ رَجُلٌ قَدْ كَانَ صَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَوْمٍ مِنَ الْأَنْصَارِ فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ وُجِّهَ إِلَى الْكَعْبَةِ، فَانْحَرَفُوا إِلَى الْكَعْبَةِ
Bab Keadaan Yang Membolehkan Seseorang Untuk Tidak Menghadap Kiblat
Bāb al-Ḥāl allatī Yajūz ʿAlayhā Istiqbāl Ghayr al-Qiblah
بَابُ الْحَالِ الَّتِي يَجُوزُ عَلَيْهَا اسْتِقْبَالُ غَيْرِ الْقِبْلَةِ
743 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Malik bin Anas, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ solat di atas kenderaannya dalam sebuah perjalanan ke mana pun haiwan tunggangannya menghadap.” Malik berkata, “‘Abdullah bin Dinar berkata, “Ibn ‘Umar juga melakukan perkara itu.”
743 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى رَاحِلَتِهِ فِي السَّفَرِ حَيْثُمَا تَوَجَّهَتْ قَالَ مَالِكٌ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ: وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَفْعَلُ ذَلِكَ
744 – ‘Isa bin Hammad mengkhabarkan kepada kami, katanya Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, katanya Yunus mengkhabarkan kepada saya, katanya daripada Ibn Syihab, daripada Salim, daripada ‘Abdullah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ solat di atas haiwan tunggangannya ke mana pun ia menghadap. Baginda juga mengerjakan solat Witir tetapi baginda tidak mengerjakan solat wajib di atasnya.”
744 - أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ حَمَّادٍ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَالِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى الرَّاحِلَةِ قِبَلَ أَيِّ وَجْهٍ تَوَجَّهُ بِهِ وَيُوتِرُ عَلَيْهَا غَيْرَ أَنَّهُ لَا يُصَلِّي عَلَيْهَا الْمَكْتُوبَةَ
Bab Kesalahan Setelah Berijtihad (Dalam Menentukan Arah Kiblat)
Bāb Istibānah al-Khaṭāʾ baʿda al-Ijtihād
بَابُ اسْتِبَانَةِ الْخَطَإِ بَعْدَ الْاِجْتِهَادِ
745 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Malik, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata, “Suatu hari, orang ramai sedang berada di tanah Quba’ menunaikan solat subuh lalu seseorang datang dan berkata, “Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah ﷺ malam tadi. Baginda diperintahkan untuk menghadap kiblat maka menghadaplah kamu ke arah kiblat. Ketika itu mereka (sedang solat) menghadap ke arah Syam lalu mereka berpaling ke arah Kaabah.”
745 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: بَيْنَمَا النَّاسُ بِقُبَاءَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ جَاءَهُمْ آتٍ فَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ اللَّيْلَةَ قُرْآنٌ، وَقَدْ أُمِرَ أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ فَاسْتَقْبِلُوهَا وَكَانَتْ وُجُوهُهُمْ إِلَى الشَّامِ فَاسْتَدَارُوا إِلَى الْكَعْبَةِ
Membuat Pembatas Ketika Solat
Sutrah al-Muṣallī
سُتْرَةُ الْمُصَلِّي
746 – Al-‘Abbas bin Muhammad al-Duri mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Yazid menyampaikan kepada kami, katanya Haywah bin Syurayh menyampaikan kepada kami, katanya daripada Abu al-Aswad, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah ditanya ketika perang Tabuk tentang pembatas bagi orang yang solat. Baginda menjawab, “Seperti kayu yang disandarkan pada pengendara unta.”
746 - أَخْبَرَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ قَالَ: حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ، عَنْ أَبِي الْأَسْوَدِ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ عَنْ سُتْرَةِ الْمُصَلِّي فَقَالَ: مِثْلُ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ