kitab kuda

كِتَابُ الْخَيْلِ

Bab

Bāb

بَابُِ

3561 – Ahmad bin ‘Abdul Wahid mengkhabarkan kepada kami, katanya Marwan bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Khalid bin Yazid bin Shalih bin Shabih al-Murri menyampaikan kepada kami, katanya Ibrahim bin Abu ‘Ablah menyampaikan kepada kami, daripada al-Walid bin ‘Abdul Rahman al-Jurasyi, daripada Jubayr bin Nufayr, daripada Salamah bin Nufayl al-Kindi, katanya, “Saya duduk di samping Rasulullah ﷺ lalu seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, orang-orang telah menghinakan kuda. Mereka juga meletakkan pedang seraya berkata, “Tidak ada lagi jihad. Perang sudah berakhir.” Rasulullah ﷺ menghadapkan wajahnya kepada mereka dan bersabda, “Sekarang mereka sudah berbohong. Perintah berperang telah datang sekarang ini. Di antara umat saya akan selalu ada orang yang berperang untuk menegakkan kebenaran. Allah menjadikan hati yang melencong pada suatu kaum (musuh) untuk mereka (perang). Allah memberi mereka rezeki daripada musuh tersebut sehingga datang Hari Kiamat dan janji Allah. Kuda adalah haiwan yang selalu berkalungkan kebaikan di jambulnya sehingga Hari Kiamat kelak. Telah diwahyukan kepada saya bahawa saya akan diwafatkan tidak lama lagi tanpa diundur. Kemudian kalian akan mengikuti saya secara bergilir. (Akan datang suatu masa) sebahagian daripada kalian akan memotong leher yang lain dan daerah kaum Mukmin yang aman (ketika itu) adalah Syam.”

3561 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَرْوَانُ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ صَبِيحٍ الْمُرِّيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي عَبْلَةَ، عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْجُرَشِيِّ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ نُفَيْلٍ الْكِنْدِيِّ، قَالَ: كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَذَالَ النَّاسُ الْخَيْلَ، وَوَضَعُوا السِّلَاحَ، وَقَالُوا: لَا جِهَادَ قَدْ وَضَعَتِ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا، فَأَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَجْهِهِ، وَقَالَ: كَذَبُوا الْآنَ، الْآنَ جَاءَ الْقِتَالُ، وَلَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ، وَيُزِيغُ اللَّهُ لَهُمْ قُلُوبَ أَقْوَامٍ، وَيَرْزُقُهُمْ مِنْهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ، وَحَتَّى يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ، وَالْخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الْخَيْرُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَهُوَ يُوحَى إِلَيَّ أَنِّي مَقْبُوضٌ غَيْرَ مُلَبَّثٍ، وَأَنْتُمْ تَتَّبِعُونِي أَفْنَادًا، يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ، وَعُقْرُ دَارِ الْمُؤْمِنِينَ الشَّامُ

3562 – ‘Amr bin Yahya bin al-Harits mengkhabarkan kepada kami, katanya Mahbub bin Musa menyampaikan kepada kami, katanya Abu Ishaq al-Fazari menyampaikan kepada kami, daripada Suhayl bin Abu Shalih, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Kuda adalah haiwan yang sentiasa berkalungkan kebaikan di jambulnya sehingga Hari Kiamat kelak. Kuda ada tiga jenis iaitu kuda yang dapat mendatangkan pahala bagi pemiliknya, kuda yang menjadi penutup (mencukup keperluan) bagi pemiliknya dan kuda yang mendatangkan dosa bagi pemiliknya. Kuda yang mendatangkan pahala adalah yang digunakan untuk berjuang di jalan Allah. Tidaklah pemiliknya memberinya makan sesuatu ke dalam perutnya melainkan akan ditulis sebagai pahala. Walaupun kuda itu makan dari padang rumput.” Abu Hurayrah menyebutkan hadis secara lengkap.

3562 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بْنِ الْحَارِثِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَحْبُوبُ بْنُ مُوسَى، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ يَعْنِي الْفَزَارِيَّ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الْخَيْرُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، الْخَيْلُ ثَلَاثَةٌ: فَهِيَ لِرَجُلٍ أَجْرٌ، وَهِيَ لِرَجُلٍ سَتْرٌ، وَهِيَ عَلَى رَجُلٍ وِزْرٌ، فَأَمَّا الَّذِي هِيَ لَهُ أَجْرٌ، فَالَّذِي يَحْتَبِسُهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَتَّخِذُهَا لَهُ، وَلَا تُغَيِّبُ فِي بُطُونِهَا شَيْئًا، إِلَّا كُتِبَ لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ غَيَّبَتْ فِي بُطُونِهَا أَجْرٌ، وَلَوْ عَرَضَتْ لَهُ مَرْجٌ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

3563 – Muhammad bin Salamah dan al-Harits bin Miskin mengkhabarkan kepada kami, dengan cara membaca kepadanya dalam keadaan saya mendengar dan lafaz hadis ini miliknya, daripada Ibn al-Qasim, katanya Malik menyampaikan kepada saya, daripada Zayd bin Aslam, daripada Abu Shalih al-Samman, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Kuda ada yang mendatangkan pahala bagi pemiliknya, ada yang menjadi penutup bagi pemiliknya dan ada juga yang mendatangkan dosa bagi pemiliknya. Kuda yang mendatangkan pahala bagi pemiliknya adalah yang disiapkan untuk berjuang di jalan Allah dan digembalakan di padang rumput atau bukit penuh rumput dengan memanjangkan tali pengikatnya. Oleh kerana itu, apa yang disentuh oleh tali pengikatnya di padang rumput atau bukit penuh rumput itu baginya kebaikan-kebaikan. Jika tali pengikatnya dipotong lalu kuda itu berlari ke hujung-hujung padang rumput maka bekas tapak kakinya.” Dalam riwayat al-Harits disebutkan, “Kotoran-kotorannya adalah kebaikan. Jika kuda itu minum dari air sungai yang ia lewati sedangkan pemiliknya tidak berniat untuk memberinya minum (dari sungai itu) maka itu tetap menjadi kebaikan baginya. Baginya itu adalah pahala. Sementara seorang lelaki yang hanya mengikat kudanya untuk menampakkan kecukupan hidupnya dan tidak perlu kepada orang lain tetapi tidak lupa untuk menunaikan hak Allah kepada leher dan punggung kudanya (berbuat baik kepadanya) maka kuda itu menjadi penutup (mencukupi keperluan) baginya. Sementara seseorang yang mengikat kudanya hanya untuk kebanggaan, mempamerkan dan mengobarkan permusuhan pada kaum Muslim maka kudanya menjadi dosa baginya.” Kemudian Nabi ﷺ ditanya tentang keldai. Baginda menjawab, “Tidak turun kepada saya sesuatu mengenai hal tersebut kecuali satu ayat yang memiliki banyak makna, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!.”

3563 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ، وَالْحَارِثُ بْنُ مِسْكِينٍ، قِرَاءَةً عَلَيْهِ وَأَنَا أَسْمَعُ وَاللَّفْظُ لَهُ، عَنْ ابْنِ الْقَاسِمِ، قَالَ: حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: الْخَيْلُ لِرَجُلٍ أَجْرٌ، وَلِرَجُلٍ سَتْرٌ، وَعَلَى رَجُلٍ وِزْرٌ، فَأَمَّا الَّذِي هِيَ لَهُ أَجْرٌ: فَرَجُلٌ رَبَطَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَأَطَالَ لَهَا فِي مَرْجٍ أَوْ رَوْضَةٍ، فَمَا أَصَابَتْ فِي طِيَلِهَا ذَلِكَ فِي الْمَرْجِ أَوِ الرَّوْضَةِ كَانَ لَهُ حَسَنَاتٌ، وَلَوْ أَنَّهَا قَطَعَتْ طِيَلَهَا ذَلِكَ، فَاسْتَنَّتْ شَرَفًا أَوْ شَرَفَيْنِ، كَانَتْ آثَارُهَا - وَفِي حَدِيثِ الْحَارِثِ - وَأَرْوَاثُهَا حَسَنَاتٍ لَهُ، وَلَوْ أَنَّهَا مَرَّتْ بِنَهَرٍ فَشَرِبَتْ مِنْهُ وَلَمْ يُرِدْ أَنْ تُسْقَى، كَانَ ذَلِكَ حَسَنَاتٍ فَهِيَ لَهُ أَجْرٌ، وَرَجُلٌ رَبَطَهَا تَغَنِّيًا وَتَعَفُّفًا وَلَمْ يَنْسَ حَقَّ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي رِقَابِهَا وَلَا ظُهُورِهَا، فَهِيَ لِذَلِكَ سَتْرٌ، وَرَجُلٌ رَبَطَهَا فَخْرًا وَرِيَاءً وَنِوَاءً لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ، فَهِيَ عَلَى ذَلِكَ وِزْرٌ وَسُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَمِيرِ، فَقَالَ: لَمْ يَنْزِلْ عَلَيَّ فِيهَا شَيْءٌ إِلَّا هَذِهِ الْآيَةُ الْجَامِعَةُ الْفَاذَّةُ: {فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ} [الزلزلة: 8]

3564 – Ahmad bin Hafsh mengkhabarkan kepada saya, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya, katanya Ibrahim bin Thahman menyampaikan kepada saya, daripada Sa‘id bin Abu ‘Arubah, daripada Qatadah, daripada Anas, katanya, “Tidak ada sesuatu yang lebih disukai Rasulullah ﷺ setelah perempuan daripada kuda.”

3564 - أَخْبَرَنِي أَحْمَدُ بْنُ حَفْصٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: لَمْ يَكُنْ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ النِّسَاءِ مِنَ الْخَيْلِ

Ciri-Ciri Kuda Yang Dianjurkan

Mā Yustaḥabb min Shiyah al-Khayl

مَا يُسْتَحَبُّ مِنْ شِيَةِ الْخَيْلِ

3565 – Muhammad bin Rafi‘ mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Ahmad al-Bazzaz Hisyam bin Sa‘id al-Thalaqani menyampaikan kepada kami, katanya Muhammad bin Muhajir al-Anshari, daripada ‘Aqil bin Syabib, daripada Abu Wahb, salah seorang sahabat bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Berilah nama dengan nama-nama para nabi. Nama yang paling disukai Allah  adalah ‘Abdullah dan ‘Abdul Rahman. Siapkanlah kuda kalian (untuk jihad). Usaplah jambulnya dan pinggulnya lalu pakaikanlah kalung padanya. Namun jangan kalian kalungkan sesuatu daripada darah padanya (dengan tujuan untuk menghindari penyakit daripadanya). Hendaklah kalian mengambil kuda yang hitam kemerah-merahan, kepalanya bercorak putih dan kaki-kakinya berwarna putih. Atau kuda yang merah, bercorak putih dan berkaki putih-putih. Atau kuda yang hitam legam bercorak putih pada kepalanya dan berwarna putih kaki-kakinya.”

3565 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الْبَزَّازُ هِشَامُ بْنُ سَعِيدٍ الطَّالَقَانِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُهَاجِرٍ الْأَنْصَارِيُّ، عَنْ عَقِيلِ بْنِ شَبِيبٍ، عَنْ أَبِي وَهْبٍ - وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَمَّوْا بِأَسْمَاءِ الْأَنْبِيَاءِ، وَأَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، عَبْدُ اللَّهِ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ، وَارْتَبِطُوا الْخَيْلَ، وَامْسَحُوا بِنَوَاصِيهَا وَأَكْفَالِهَا وَقَلِّدُوهَا، وَلَا تُقَلِّدُوهَا الْأَوْتَارَ، وَعَلَيْكُمْ بِكُلِّ كُمَيْتٍ أَغَرَّ مُحَجَّلٍ، أَوْ أَشْقَرَ أَغَرَّ مُحَجَّلٍ، أَوْ أَدْهَمَ أَغَرَّ مُحَجَّلٍ

Sunan Al-Nasa’i