kitab mandi dan tayamum

كِتَابُ الْغُسْلِ وَالتَّيَمُّمِ

Bab Larangan Mandi Wajib Di Dalam Air Yang Bertakung Bagi Orang Yang Junub

Bāb Dhikr Nahy al-Junub ʿan al-Ightisāl fī al-Māʾ al-Dāʾim

بَابُ ذِكْرِ نَهْيِ الْجُنُبِ عَنِ الِاغْتِسَالِ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ

396 – Sulayman bin Dawud dan Harits bin Miskin mengkhabarkan kepada kami dengan dibacakan kepadanya dan saya mendengar, katanya daripada Ibn Wahb, daripada ‘Amr bin al-Harits, daripada Bukayr bin al-Asyajj bahawa Abu al-Sai’b menyampaikan kepada beliau, katanya bahawa dia mendengar daripada Abu Hurayrah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah salah seorang daripada kamu mandi di dalam air yang bertakung sedangkan dia dalam keadaan junub.”

396 - أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ وَالْحَارِثُ بْنُ مِسْكِينٍ قِرَاءَةً عَلَيْهِ وَأَنَا أَسْمَعُ، عَنِ ابْنِ وَهْبٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ بُكَيْرِ بْنِ الْأَشَجِّ، أَنَّ أَبَا السَّائِبِ حَدَّثَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَغْتَسِلْ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ

397 – Muhammad bin Hatim mengkhabarkan kepada kami, katanya Hibban menyampaikan kepada kami, katanya daripada ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, katanya daripada Ma‘mar, daripada Hammam bin Munnabih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda, “Janganlah seorang lelaki kencing di dalam air yang bertakung lalu mandi atau berwuduk darinya.”

397 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ قَالَ: حَدَّثَنَا حِبَّانُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَبُولَنَّ الرَّجُلُ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ أَوْ يَتَوَضَّأُ

398 – Ahmad bin Shalih al-Baghdadi mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Ibn ‘Ajlan menyampaikan kepada saya, katanya daripada Abu al-Zinad, daripada al-‘A’raj, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ melarang kencing di dalam air yang bertakung kemudian mandi dengan air itu.

398 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ الْبَغْدَادِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ: حَدَّثَنِي ابْنُ عَجْلَانَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ، ثُمَّ يُغْتَسَلَ فِيهِ مِنَ الْجَنَابَةِ

399 – Muhammad bin ‘Abdullah bin Yazid mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Sufyan, daripada Abu al-Zinad, daripada Musa bin Abu ‘Utsman, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah bahawa Nabi ﷺ melarang kencing di dalam air yang bertakung kemudian mandi dengan air itu.”

399 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ مُوسَى بْنِ أَبِي عُثْمَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِي الْمَاءِ الرَّاكِدِ، ثُمَّ يُغْتَسَلَ مِنْهُ

400 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya daripada Ayyub, daripada Ibn Sirin, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Janganlah salah seorang daripada kamu kencing di dalam air yang bertakung, yang tidak mengalir kemudian mandi dengan air itu.” Sufyan berkata, “Orang-orang bertanya kepada Hisyam bin Hassan, “Adakah Ayyub meriwayatkan hadis ini hanya sampai kepada Abu Hurayrah?” Hisyam menjawab, “Seandainya Ayyub mampu untuk memarfu’kan hadis kepada Nabi ﷺ, tentu dia tidak akan memarfu’kannya.”

400 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ الَّذِي لَا يَجْرِي، ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ قَالَ سُفْيَانُ: قَالُوا لِهِشَامٍ يَعْنِي ابْنَ حَسَّانَ: إِنَّ أَيُّوبَ إِنَّما يَنْتَهِي بِهَذَا الْحَدِيثِ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ. فَقَالَ: إِنَّ أَيُّوبَ لَوِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا يَرْفَعَ حَدِيثًا لَمْ يَرْفَعْهُ

Sunan Al-Nasa’i