kitab memperlakukan para wanita dengan baik
كِتَابُ عِشْرَةِ النِّسَاءِ
Bab Mencintai Wanita
Bāb Ḥubb al-Nisāʾ
بَابُ حُبِّ النِّسَاءِ
3939 – Al-Husayn bin ‘Isa al-Qumasi mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Affan bin Muslim menyampaikan kepada kami, katanya Sallam Abu al-Mundzir menyampaikan kepada kami, daripada Tsabit, daripada Anas, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya dianugerahi kecintaan yang lebih daripada dunia terhadap wanita dan (memakai) wangian sementara kesenangan jiwa saya terletak pada solat.”
3939 - أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْقُوْمَسِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ: حَدَّثَنَا سَلَّامٌ أَبُو الْمُنْذِرِ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ وَالطِّيبُ، وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ
3940 – ‘Ali bin Muslim al-Thusi mengkhabarkan kepada kami, katanya Sayyar menyampaikan kepada kami, katanya Ja‘far menyampaikan kepada kami, katanya Tsabit menyampaikan kepada kami, daripada Anas, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya dianugerahi kecintaan yang lebih terhadap wanita dan (memakai) wangian sementara kesenangan hati saya terletak pada solat.”
3940 - أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْلِمٍ الطُّوسِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا سَيَّارٌ قَالَ: حَدَّثَنَا جَعْفَرٌ قَالَ: حَدَّثَنَا ثَابِتٌ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: حُبِّبَ إِلَيَّ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ، وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ
3941 – Ahmad bin Hafsh bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada kami, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya, katanya Ibrahim bin Thahman menyampaikan kepada saya, daripada Sa‘id bin Abu ‘Arubah, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, katanya, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih dicintai Rasulullah ﷺ setelah wanita melebihi kuda.”
3941 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ طَهْمَانَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: لَمْ يَكُنْ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ النِّسَاءِ مِنَ الْخَيْلِ
Kecenderungan Seorang Suami Terhadap Sebahagian Isteri
Mayl al-Rajul ilā Baʿḍ Nisāʾih Dūn Baʿḍ
مَيْلُ الرَّجُلِ إِلَى بَعْضِ نِسَائِهِ دُونَ بَعْضٍ
3942 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdul Rahman menyampaikan kepada kami, katanya Hammam menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada al-Nadhr bin Anas, daripada Basyir bin Nahik, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Sesiapa yang memiliki dua isteri lalu dia lebih cenderung kepada salah seorangnya, maka pada Hari Kiamat nanti dia akan datang dalam keadaan satu sisi badannya miring.”
3942 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ قَالَ: حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ بَشِيرِ بْنِ نَهِيكٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَانَ لَهُ امْرَأَتَانِ يَمِيلُ لِإِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَدُ شِقَّيْهِ مَائِلٌ
3943 – Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim mengkhabarkan kepada saya, katanya Yazid menyampaikan kepada kami, katanya Hammad bin Salamah memberitakan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada ‘Abdullah bin Yazid, daripada ‘A’isyah, katanya, “Rasulullah ﷺ telah berusaha membahagikan giliran tinggal bersama para isterinya dengan adil lalu baginda berdoa, “Ya Allah, inilah batas kemampuan saya dan janganlah engkau mencela saya atas sesuatu yang engkau mampu lakukan saya tidak dan mampu lakukan.” Hammad bin Zayd memursalkan hadis ini.
3943 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ قَالَ: أَنْبَأَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ ثُمَّ يَعْدِلُ، ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُمَّ هَذَا فِعْلِي فِيمَا أَمْلِكُ، فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ، وَلَا أَمْلِكُ أَرْسَلَهُ حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ