kitab mengqasar solat dalam perjalanan

كِتَابُ تَقْصِيرِ الصَّلَاةِ فِي السَّفَرِ

Bab

Bāb

بَابَُ

1433 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Idris memberitakan kepada kami, katanya Ibn Jurayj memberitakan kepada kami, katanya daripada Ibn Abu ‘Ammar, daripada ‘Abdullah bin Babayh, daripada Ya‘la bin Umayyah, beliau berkata, “Saya berkata kepada ‘Umar bin Khatthab, “Allah  berfirman, “maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir…” Adapun sekarang, orang orang telah aman (daripada serangan musuh). ‘Umar  berkata, Saya pun pernah merasa hairan sepertimu. Lalu saya bertanya perkara tersebut kepada Rasulullah ﷺ. Baginda menjawab, “Perkara itu merupakan sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekah-Nya.”

1433 - أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، عَنْ ابْنِ أَبِي عَمَّارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بَابَيْهِ، عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ {لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا} مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا، فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ، فَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ: صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ

1434 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Layth menyampaikan kepada kami, katanya daripada Ibn Shihab, daripada ‘Abdullah bin Abu Bakr bin ‘Abdul Rahman, daripada Umayyah bin ‘Abdullah bin Khalid bahawa beliau berkata kepada ‘Abdullah bin ‘Umar, “Kami menemui penjelasan tentang solat ketika tidak bermusafir dan solat Khawf di dalam al-Quran. Akan tetapi kami tidak menemui dalam al-Quran penjelasan tentang solat ketika dalam perjalanan.” Ibn ‘Umar menjawab, “Wahai anak saudara saya! Sungguh, Allah  telah mengutus Muhammad ﷺ kepada kita sedangkan kita tidak mengetahui apa pun dan hanya melakukan seperti apa yang kita lihat daripada Muhammad ﷺ.”

1434 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أُمَيَّةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خَالِدٍ أَنَّهُ قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ: إِنَّا نَجِدُ صَلَاةَ الْحَضَرِ، وَصَلَاةَ الْخَوْفِ فِي الْقُرْآنِ، وَلَا نَجِدُ صَلَاةَ السَّفَرِ فِي الْقُرْآنِ، فَقَالَ لَهُ ابْنُ عُمَرَ: يَا ابْنَ أَخِي، إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ بَعَثَ إِلَيْنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا نَعْلَمُ شَيْئًا، وَإِنَّمَا نَفْعَلُ كَمَا رَأَيْنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ

1435 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Hushaym menyampaikan kepada kami, katanya daripada Manshur bin Zadan, daripada Ibn Sirin, daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah ﷺ pergi dari Mekah menuju ke Madinah tanpa rasa takut kecuali kepada Tuhan semesta alam. Baginda (mengqasarkan) solat dua rakaat.”

1435 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ مَنْصُورِ بْنِ زَاذَانَ، عَنْ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ لَا يَخَافُ إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ

1436 – Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Khalid menyampaikan kepada kami, katanya Ibn ‘Awn menyampaikan kepada kami, katanya daripada Muhammad, daripada Ibn ‘Abbas, beliau berkata, “Kami pernah melakukan perjalanan bersama Rasulullah ﷺ antara kota Mekah dan Madinah tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah . Kami pun (mengqasarkan) solat dua rakaat.”

1436 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ، عَنْ مُحَمَّدٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كُنَّا نَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ لَا نَخَافُ إِلَّا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ نُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ

1437 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Nadhr bin Shumayl menyampaikan kepada kami, katanya Shu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya daripada Yazid bin Khumayr, beliau berkata saya mendengar Habib bin ‘Ubayd menceritakan daripada Jubayr bin Nufayr, daripada Ibn al-Simth, beliau berkata, “Saya melihat ‘Umar bin Khatthab solat dua rakaat di Dhul Hulayfah lalu saya menanyakan hal itu kepadanya. Dia menjawab, “Saya hanya melakukan sepertimana yang saya lihat Rasulullah ﷺ lakukannya.”

1437 - أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ خُمَيْرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ حَبِيبَ بْنَ عُبَيْدٍ يُحَدِّثُ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ ابْنِ السِّمْطِ، قَالَ: رَأَيْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يُصَلِّي بِذِي الْحُلَيْفَةِ رَكْعَتَيْنِ، فَسَأَلْتُهُ عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ: إِنَّمَا أَفْعَلُ كَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ

Sunan Al-Nasa’i