kitab minta perlindungan

كِتَابُ الِاسْتِعَاذَةِ

Bab

Bāb

بَابَُ

5428 – Abu ‘Abdurrahman Ahmad bin Syu‘ayb katanya ‘Amr bin ‘Ali memberitakan kepada kami, katanya Abu ‘Ashim menyampaikan kepada kami, katanyaa Ibnu Abu Dzi’b menyampaikan kepada kami, katanya Asid bin Abu Asid menyampaikan kepada saya, daripada Mu‘adz bin ‘Abdullah, daripada ayahnya katanya, “Hujan gerimis dan cuaca yang gelap menimpa kami.” Kemudian kami menunggu Rasulullah ﷺ untuk solat berjemaah bersama kami. Perawi berkata yang maknanya, “Kemudian Rasulullah ﷺ keluar dan melaksanakan solat berjemaah bersama kami.” Setelah itu, Baginda bersabda, “Ucapkanlah.” Saya bertanya, “Apa yang saya perlu ucapkan?” Baginda menjawab, “Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlash) dan al-Mu‘awwidzatayn (surah an-Nas dan al-Falaq) pada waktu petang hari dan pagi hari sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan melindungimu daripada apa pun.”

5428 - أَنْبَأَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَسِيدُ بْنُ أَبِي أَسِيدٍ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: أَصَابَنَا طَشٌّ وَظُلْمَةٌ، فَانْتَظَرْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ بِنَا، ثُمَّ ذَكَرَ كَلَامًا مَعْنَاهُ، فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ بِنَا، فَقَالَ: «قُلْ» فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، قَالَ: «قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي، وَحِينَ تُصْبِحُ، ثَلَاثًا يَكْفِيكَ كُلَّ شَيْءٍ»

5429 – Yunus bin ‘Abdul A‘la mengkhabarkan kepada kami, katanya Ibnu Wahb menyampaikan kepada kami, katanya Hafsh bin Maysarah menyampaikan kepada saya, daripada Zayd bin Aslam, daripada Mu‘adz bin ‘Abdullah bin Khubayb, daripada ayahnya katanya, “Suatu hari saya bersama Rasulullah ﷺ di sebuah jalan di Mekah. Saya melihat Rasulullah ﷺ sedang menyendiri. Kemudian saya mendekati Baginda. Baginda bersabda, “Ucapkanlah.” Saya bertanya, “Apa yang saya perlu ucapkan?” Baginda kembali bersabda, “Ucapkanlah.” Saya bertanya, “Apa yang saya perlu?” Baginda menjawab, “Qul a‘udzu bi rabbil falaq (surah al-Falaq) sampai selesai.” Lalu Baginda membaca, “Qul a‘udzu bi rabbinnas (surah al-Nas), sampai selesai. Kemudian Baginda bersabda, “Tidak ada doa minta perlindungan yang lebih utama daripada kedua-dua surah tersebut.”

5429 - أَخْبَرَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ، فَأَصَبْتُ خُلْوَةً مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَدَنَوْتُ مِنْهُ، فَقَالَ: «قُلْ» فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، قَالَ: «قُلْ» قُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، قَالَ: «قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ حَتَّى خَتَمَهَا»، ثُمَّ قَالَ: «قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ حَتَّى خَتَمَهَا»، ثُمَّ قَالَ: «مَا تَعَوَّذَ النَّاسُ بِأَفْضَلَ مِنْهُمَا»

5430 – Muhammad bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Qa‘nabi menyampaikan kepada saya, daripada ‘Abdul ‘Aziz, daripada ‘Abdullah bin Sulayman, daripada Mu‘adz bin ‘Abdullah bin Khubayb, daripada ayahnya, daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani, katanya, “Suatu ketika, saya memimpin haiwan tunggangan Rasulullah ﷺ dalam suatu peperangan. Baginda bersabda, ‘Wahai ‘Uqbah, katakanlah; Saya mendengarkannya.’ Baginda bersabda lagi, ‘Wahai ‘Uqbah, katakanlah; Saya mendengarkannya lagi.’ Baginda mengulangi untuk yang ketiga kalinya. Lalu saya bertanya, ‘Apa yang saya perlu katakan?’ Baginda menjawab, ‘Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlash), sampai selesai.’ Kemudian Baginda membaca, ‘Qul a‘udzu bi rabbil falaq (surah al-Falaq).’ Saya juga membacanya bersama Baginda sampai selesai. Kemudian Baginda membaca lagi, ‘Qul a‘udzu bi rabbinnas (surah al-Nas).’ Saya juga membacanya bersama Baginda sampai selesai. Kemudian Baginda bersabda, ‘Tidak ada bacaan yang dapat melindungi seseorang yang setara dengannya.’”

5430 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنِي الْقَعْنَبِيُّ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سُلَيْمَانَ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ: بَيْنَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: «يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ»، ثُمَّ قَالَ: «يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ»، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، فَقَالَ: «قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ» فَقَرَأَ السُّورَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ: «قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ» وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ «قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ» فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: «مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ»

5431 – Ahmad bin ‘Utsman bin Hakim mengkhabarkan kepada kami, katanya Khalid bin Makhlad menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Sulayman al-Aslami menyampaikan kepada saya, daripada Mu‘adz bin ‘Abdullah bin Khubayb, daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda kepada saya, ‘Ucapkanlah.’ Saya menjawab, ‘Apa yang saya perlu ucapkan?’ Baginda berkata, ‘Qulhuwallahu ahad (surah al-Ikhlash), qul a‘udzu bi rabbil falaq (surah al-Falaq), dan qul a‘udzu bi rabbinnas (surah al-Nas)” Rasulullah ﷺ membacanya, kemudian bersabda, “Orang ramai tidaklah meminta perlindungan dengan yang lebih baik daripadanya, atau tidaklah orang ramai meminta perlindungan dengan yang lebih baik darinya.”

5431 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ حَكِيمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَسْلَمِيُّ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ، قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «قُلْ» قُلْتُ: وَمَا أَقُولُ؟ قَالَ: «قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ» فَقَرَأَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَالَ: «لَمْ يَتَعَوَّذِ النَّاسُ بِمِثْلِهِنَّ، أَوْ لَا يَتَعَوَّذُ النَّاسُ بِمِثْلِهِنَّ»

5432 – Mahmud bin Khalid mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Walid menyampaikan kepada kami, katanya Abu ‘Amr menyampaikan kepada kami, daripada Yahya, daripada Muhammad bin Ibrahim bin al-Harits, Abu ‘Abdullah mengkhabarkan kepada saya, Ibnu ‘Abis al-Juhani mengkhabarkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepadanya, “Wahai Ibnu ‘Abis, ingatlah, akan saya tunjukkan kepadamu.” Atau Baginda bersabda, “Ingatlah, saya beritahu kepadamu sebuah doa memohon perlindungan yang paling utama yang dapat melindungi orang ramai yang memohon perlindungan.” Dia berkata, “Ya, wahai Rasulullah ﷺ.” Baginda bersabda, “Qul a‘udzu bi rabbil falaq (surah al-Falaq) dan qul a‘udzu bi rabbinnas (surah an-Nas). bacalah dua surah itu.”

5432 - أَخْبَرَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو، عَنْ يَحْيَى، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْحَارِثِ، أَخْبَرَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ ابْنَ عَابِسٍ الْجُهَنِيِّ أَخْبَرَه، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ: يَا ابْنَ عَابِسٍ أَلَا أَدُلُّكَ - أَوْ قَالَ: - أَلَا أُخْبِرُكَ بِأَفْضَلِ مَا يَتَعَوَّذُ بِهِ الْمُتَعَوِّذُونَ؟ قَالَ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ هَاتَيْنِ السُّورَتَيْنِ»

Sunan Al-Nasa’i