kitab nikah
كِتَاب النِّكَاحِ
Pernikahan Rasulullah ﷺ, Isteri-Isteri Baginda Dan Hal-Hal Yang Dibenarkan Oleh Allah Bagi Nabi ﷺ Tetapi Dilarang Bagi Umat Manusia Untuk Menambah Kemuliaan Baginda Dan Mengingatkan Keutamaannya
ذِكْرُ أَمْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النِّكَاحِ وَأَزْوَاجِهِ، وَمَا أَبَاحَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَحَظَّرَهُ عَلَى خَلْقِهِ، زِيَادَةً فِي كَرَامَتِهِ، وَتَنْبِيهًا لِفَضِيلَتِهِ
3196 – Abu Daud Sulayman bin Sayf mengkhabarkan kepada kami, katanya Ja‘far bin ‘Aun menyampaikan kepada kami, katanya Ibn Jurayj memberitakan kepada kami, daripada ‘Atha’, katanya, “Saya menghadiri (pengebumian) jenazah Maimunah – isteri Nabi ﷺ – bersama Ibn ‘Abbas di daerah Sarif. Ibn ‘Abbas berkata, “Ini adalah (jenazah) Maimunah. Ketika mengangkat jenazahnya, janganlah kamu menggoyang dan menggoncangkannya kerana Rasulullah ﷺ memiliki sembilan isteri. Baginda membahagikan (giliran bermalam) kepada lapan (isterinya) dan tidak membahagikannya kepada seorang isteri baginda.”
3196 - أَخْبَرَنَا أَبُو دَاوُدَ سُلَيْمَانُ بْنُ سَيْفٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ، قَالَ: أَنْبَأَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، عَنْ عَطَاءٍ، قَالَ: حَضَرْنَا مَعَ ابْنِ عَبَّاسٍ جَنَازَةَ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَرِفَ، فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: هَذِهِ مَيْمُونَةُ إِذَا رَفَعْتُمْ جَنَازَتَهَا، فَلَا تُزَعْزِعُوهَا، وَلَا تُزَلْزِلُوهَا، فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ مَعَهُ تِسْعُ نِسْوَةٍ، فَكَانَ يَقْسِمُ لِثَمَانٍ، وَوَاحِدَةٌ لَمْ يَكُنْ يَقْسِمُ لَهَا
3197 – Ibrahim bin Ya‘qub mengkhabarkan kepada saya, katanya Ibn Abu Maryam menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan memberitakan kepada kami, katanya ‘Amr bin Dinar menyampaikan kepada saya, daripada ‘Atha’, daripada Ibn ‘Abbas, katanya, “Rasulullah ﷺ wafat saat baginda memiliki sembilan isteri. Kesemuanya mendapat giliran daripada Rasulullah ﷺ kecuali Saudah kerana beliau memberikan giliran sehari semalamnya kepada ‘A’isyah.”
3197 - أَخْبَرَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ يَعْقُوبَ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ تِسْعُ نِسْوَةٍ يُصِيبُهُنَّ إِلَّا سَوْدَةَ، فَإِنَّهَا وَهَبَتْ يَوْمَهَا وَلَيْلَتَهَا لِعَائِشَةَ
3198 – Isma‘il bin Mas‘ud mengkhabarkan kepada kami, daripada Yazid bin Zuray‘, katanya Sa‘id menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah bahawa Anas menyampaikan kepada mereka bahawa Nabi ﷺ pernah menggilir semua isterinya dalam satu malam. Ketika itu baginda memiliki sembilan isteri.”
3198 - أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ مَسْعُودٍ، عَنْ يَزِيدَ وَهُوَ ابْنُ زُرَيْعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدٌ، عَنْ قَتَادَةَ، أَنَّ أَنَسًا، حَدَّثَهُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَطُوفُ عَلَى نِسَائِهِ فِي اللَّيْلَةِ الْوَاحِدَةِ، وَلَهُ يَوْمَئِذٍ تِسْعُ نِسْوَةٍ
3199 – Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Mubarak al-Mukharrami mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada ayahnya, daripada ‘A’isyah, katanya, “Saya pernah cemburu kepada wanita yang menyerahkan dirinya untuk dinikahi Nabi ﷺ. Saya berkata, “Adakah seorang wanita merdeka (tidak malu) menyerahkan dirinya?” Lalu Allah menurunkan ayat, “Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki daripada mereka dan engkau boleh mendamping sesiapa yang engkau kehendaki…” Lalu saya berkata, “Demi Allah, saya tidak melihat tuhanmu kecuali Dia segera mengabulkan keinginanmu.”
3199 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ الْمُخَرَّمِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كُنْتُ أَغَارُ عَلَى اللَّاتِي وَهَبْنَ أَنْفُسَهُنَّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقُولُ: أَوَتَهَبَ الْحُرَّةُ نَفْسَهَا، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: {تُرْجِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَنْ تَشَاءُ} [الأحزاب: 51] قُلْتُ: وَاللَّهِ مَا أَرَى رَبَّكَ إِلَّا يُسَارِعُ لَكَ فِي هَوَاكَ
3200 – Muhammad bin ‘Abdullah bin Yazid al-Muqri’ mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya Abu Hazim menyampaikan kepada kami, daripada Sahl bin Sa‘d, katanya, “Ketika saya berada di tengah para sahabat, tiba-tiba seorang wanita berkata, “Wahai Rasulullah, saya telah menyerahkan diri saya untukmu. Bagaimana pendapatmu tentang saya?” Lalu seorang lelaki berdiri dan berkata, “Nikahkanlah saya dengannya.” Baginda berkata, “Pergi dan carilah sesuatu (mahar) meskipun cincin yang diperbuat daripada besi.” Beliau pun pergi namun beliau tidak menemukan apa-apa pun termasuk cincin yang diperbuat daripada besi. Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya, “Adakah engkau memiliki hafalan surah-surah al-Quran?” Beliau menjawab, “Ya.” Sa‘d berkata, “Akhirnya baginda menikahkan lelaki itu dengan mahar hafalan surah al-Quran yang dimilikinya.”
3200 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ: أَنَا فِي الْقَوْمِ إِذْ قَالَتِ امْرَأَةٌ: إِنِّي قَدْ وَهَبْتُ نَفْسِي لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَرَأْ فِيَّ رَأْيَكَ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ: زَوِّجْنِيهَا، فَقَالَ: اذْهَبْ، فَاطْلُبْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ، فَذَهَبَ فَلَمْ يَجِدْ شَيْئًا وَلَا خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ: أَمَعَكَ مِنْ سُوَرِ الْقُرْآنِ شَيْءٌ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَزَوَّجَهُ بِمَا مَعَهُ مِنْ سُوَرِ الْقُرْآنِ