kitab pembuka solat

كِتَابُ الِافْتِتَاحِ

Bab Amalan Dalam Pembukaan Solat

Bāb al-ʿAmal fī Iftitāḥ al-Ṣalāh

بَابُ الْعَمَلِ فِي افْتِتَاحِ الصَّلَاةِ

876 – ‘Amr bin Manshur mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Ali bin ‘Ayyasy menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘ayb menyampaikan kepada kami, katanya daripada al-Zuhri, beliau berkata Salim menyampaikan kepada saya, katanya; dalam sanad lain: Ahmad bin Muhammad al-Mughirah mengkhabarkan kepada saya, katanya ‘Utsman bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya daripada Syu‘ayb, daripada Muhammad iaitu al-Zuhri, beliau berkata Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar mengkhabarkan kepada saya, katanya daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata, “Saya pernah melihat Rasulullah ﷺ memulakan solat dengan membaca takbir. Baginda mengangkat kedua tangannya ketika mengucapkan takbir sehingga sejajar dengan bahunya. Ketika bertakbir untuk rukuk, baginda melakukan perkara yang sama. Ketika mengucapkan ‘Sami‘allahu liman hamidah’, baginda juga melakukan perkara yang sama. Lantas baginda membaca ‘Rabbanam wa lakal hamd’. Namun baginda tidak melakukan perkara itu (mengangkat tangan) ketika hendak sujud dan bangkit daripada sujud.”

876 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ: حَدَّثَنِي سَالِمٌ، ح وَأَخْبَرَنِي أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ هُوَ ابْنُ سَعِيدٍ، عَنْ شُعَيْبٍ، عَنْ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الزُّهْرِيُّ قَالَ: أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا افْتَتَحَ التَّكْبِيرَ فِي الصَّلَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ يُكَبِّرُ حَتَّى يَجْعَلَهُمَا حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ، وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ فَعَلَ مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ إِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ. فَعَلَ مِثْلَ ذَلِكَ وَقَالَ: رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ. وَلَا يَفْعَلُ ذَلِكَ حِينَ يَسْجُدُ وَلَا حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ مِنَ السُّجُودِ

Bab Mengangkat Kedua Tangan Sebelum Membaca Takbir

Bāb Rafʾ al-Yadayn Qabla al-Takbīr

بَابُ رَفْعِ الْيَدَيْنِ قَبْلَ التَّكْبِيرِ

877 – Suwayd bin Nashr mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin al-Mubarak memberitakan kepada kami, katanya daripada Yunus, daripada al-Zuhri, beliau berkata Salim mengkhabarkan kepada saya, katanya daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata, “Saya melihat Rasulullah ﷺ ketika baginda hendak mendirikan solat. Baginda mengangkat kedua tangannya selari dengan bahunya kemudian membaca takbir. Baginda melakukan hal yang sama ketika membaca takbir untuk rukuk. Begitu juga Ketika baginda bangkit daripada rukuk dan membaca ‘sami‘allahu liman hamidah’ akan tetapi baginda tidak melakukannya ketika hendak sujud.”

877 - أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ: أَخْبَرَنِي سَالِمٌ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى تَكُونَا حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ، ثُمَّ يُكَبِّرُ قَالَ: وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ حِينَ يُكَبِّرُ لِلرُّكُوعِ وَيَفْعَلُ ذَلِكَ حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ وَيَقُولُ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ. وَلَا يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السُّجُودِ

Mengangkat Tangan Selari Dengan Kedua Bahu

Rafʾ al-Yadayn Ḥadhw al-Mankibayn

رَفْعُ الْيَدَيْنِ حَذْوَ الْمَنْكِبَيْنِ

878 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Malik, daripada Ibn Syihab, daripada Salim, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah ﷺ mengangkat kedua tangannya selari dengan kedua bahu. Ketika rukuk dan bangkit daripada rukuk, baginda juga mengangkat kedua tangannya dan mengucapkan ‘Sami‘allahu liman hamidah, rabbana wa lakal hamd’ akan tetapi beliau tidak melakukannya ketika hendak sujud.

878 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَالِمٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ، وَإِذَا رَكَعَ وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ رَفَعَهُمَا كَذَلِكَ وَقَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ. وَكَانَ لَا يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السُّجُودِ

Bab Mengangkat Tangan Sejajar Dengan Kedua Telinga

Bāb Rafʾ al-Yadayn Ḥiyāl al-ʾUdhunayn

بَابُ رَفْعِ الْيَدَيْنِ حِيَالَ الْأُذُنَيْنِ

879 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu al-Ahwash menyampaikan kepada kami, katanya daripada Abu Ishaq, daripada ‘Abdul Jabbar bin Wail, daripada ayahnya, beliau berkata, “Saya pernah solat di belakang Rasulullah ﷺ. Ketika memulakan solat, baginda bertakbir dan mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan kedua telinganya. Kemudian baginda membaca surah al-Fatihah. Baginda juga membaca ‘amin’ dengan menguatkan suaranya.”

879 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَبْدِ الْجَبَّارِ بْنِ وَائِلٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى حَاذَتَا أُذُنَيْهِ، ثُمَّ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْهَا قَالَ: آمِينَ يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَهُ

880 – Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Khalid menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya daripada Qatadah, beliau berkata, saya mendengar daripada Nashr bin ‘Ashim, daripada Malik bin al-Huwayrits – seorang sahabat Nabi ﷺ – bahawa ketika hendak memulakan solat, Rasulullah ﷺ mengangkat kedua tangannya selari dengan kedua-dua telinga. Begitu juga ketika baginda hendak rukuk dan bangkit daripada rukuk.”

880 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدٌ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ قَالَ: سَمِعْتُ نَصْرَ بْنَ عَاصِمٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ، وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا صَلَّى رَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ يُكَبِّرُ حِيَالَ أُذُنَيْهِ، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ، وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ

Sunan Al-Nasa’i