kitab puasa
كتاب الصِّيَامِ
Bab Kewajipan Berpuasa
Bāb Wujūb al-Ṣiyām
بَابُ وُجُوبِ الصِّيَامِ
2090 – ‘Ali bin Hujr mengkhabarkan kepada kami, katanya Isma‘il bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, katanya Abu Suhayl menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, daripada Thalhah bin ‘Ubaydullah bahawa seorang badwi datang kepada Rasulullah ﷺ dalam keadaan rambut kusut. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, beritahu saya apa yang Allah wajibkan kepada saya tentang solat.” Baginda menjawab, “Solat lima waktu kecuali engkau melakukan sesuatu yang sunah.” Dia berkata, “Beritahu saya apa yang Allah wajibkan kepada saya dari puasa?” Baginda menjawab, “Puasa Ramadan kecuali engkau melakukan sesuatu yang sunah.” Dia berkata, “Beritahu saya apa yang Allah wajibkan kepada saya mengenai zakat.” Lantas baginda menjelaskan tentang syariat islam. Kemudian dia berkata, “Demi Allah yang telah memuliakanmu, saya tidak akan melakukan yang sunah dan saya tidak akan mengurangkan sedikit pun apa yang Allah wajibkan kepada saya.” Rasulullah ﷺ bersabda, “Dia beruntung jika dia benar.” atau “Dia masuk syurga jika dia berkata benar.”
2090 - أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ، أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ؟ قَالَ: الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ شَيْئًا، قَالَ: أَخْبِرْنِي بِمَا افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنَ الصِّيَامِ؟ قَالَ: صِيَامُ شَهْرِ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ شَيْئًا، قَالَ: أَخْبِرْنِي بِمَا افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنَ الزَّكَاةِ؟ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَرَائِعِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ: وَالَّذِي أَكْرَمَكَ، لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا لَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ
2091 – Muhammad bin Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu ‘Amir al-‘Aqadi menyampaikan kepada kami, katanya Sulayman bin al-Mughirah menyampaikan kepada kami, daripada Tsabit, daripada Anas, beliau berkata, “Kami dilarang dalam al-Quran untuk bertanya kepada Nabi ﷺ tentang sesuatu (yang tidak begitu penting). Kami takjub dengan kedatangan seorang badwi yang cerdas dan bertanya kepada baginda. Seorang badwi datang dan bertanya, “Wahai Muhammad, telah datang utusanmu kepada kami dan dia menceritakan bahawa engkau mengaku bahawa Allah telah mengutusmu.” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Siapakah yang telah menciptakan langit.” Baginda menjawab, “Allah.” Dia berkata, “Siapakah yang telah menciptakan bumi?” Baginda menjawab, “Allah.” Dia berkata, “Siapakah yang telah memacakkan gunung-gunung di bumi?” Baginda menjawab, “Allah.” Dia berkata, “Siapakah yang telah menciptakan banyak manfaat di dalamnya?” Baginda menjawab, “Allah.” Dia berkata, “Demi Zat yang telah menciptakan langit, bumi dan memacakkan gunung-gunung di atasnya serta menciptakan hal-hal yang bermanfaat di dalamnya, adakah Allah telah mengutusmu?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Dan utusanmu menyangka bahawa kami diwajibkan dengan solat lima waktu sehari semalam?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Demi Zat yang telah mengutusmu, adakah Allah memerintahkanmu dengan perkara ini?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Utusanmu menyangka bahawa kami diwajibkan dengan zakat pada harta kami?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Demi Zat yang telah mengutusmu, adakah Allah memerintahkanmu dengan perkara ini?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Utusanmu menyangka bahawa kami diwajibkan dengan puasa pada bulan Ramadan setiap tahun?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Demi Zat yang telah mengutusmu, adakah Allah memerintahkanmu dengan perkara ini?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Utusanmu menyangka bahawa kami diwajibkan dengan haji bagi yang mampu melakukannya?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Demi Zat yang telah mengutusmu, adakah Allah memerintahkanmu dengan perkara ini?” Baginda menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Demi Zat yang telah mengutusmu dengan kebenaran, sungguh saya benar-benar tidak akan menambah daripadanya (kewajipan tersebut) dan saya tidak akan mengurangkannya.” Setelah dia pergi, “Nabi ﷺ bersabda, “Jika dia benar, sungguh dia akan masuk syurga.”
2091 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَعْمَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: نُهِينَا فِي الْقُرْآنِ أَنْ نَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ، فَكَانَ يُعْجِبُنَا أَنْ يَجِيءَ الرَّجُلُ الْعَاقِلُ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ فَيَسْأَلَهُ، فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أَتَانَا رَسُولُكَ فَأَخْبَرَنَا أَنَّكَ تَزْعُمُ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَرْسَلَكَ، قَالَ: صَدَقَ، قَالَ: فَمَنْ خَلَقَ السَّمَاءَ؟ قَالَ: اللَّهُ، قَالَ: فَمَنْ خَلَقَ الْأَرْضَ؟ قَالَ: اللَّهُ، قَالَ: فَمَنْ نَصَبَ فِيهَا الْجِبَالَ؟ قَالَ: اللَّهُ، قَالَ: فَمَنْ جَعَلَ فِيهَا الْمَنَافِعَ؟ قَالَ: اللَّهُ، قَالَ: فَبِالَّذِي خَلَقَ السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ، وَنَصَبَ فِيهَا الْجِبَالَ، وَجَعَلَ فِيهَا الْمَنَافِعَ آللَّهُ أَرْسَلَكَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، قَالَ: صَدَقَ، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا زَكَاةَ أَمْوَالِنَا، قَالَ: صَدَقَ، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ فِي كُلِّ سَنَةٍ، قَالَ: صَدَقَ، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: وَزَعَمَ رَسُولُكَ أَنَّ عَلَيْنَا الْحَجَّ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا؟ قَالَ: صَدَقَ، قَالَ: فَبِالَّذِي أَرْسَلَكَ آللَّهُ أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَا أَزِيدَنَّ عَلَيْهِنَّ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ، فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَئِنْ صَدَقَ لَيَدْخُلَنَّ الْجَنَّةَ
2092 – ‘Isa bin Hammad mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Layts, daripada Sa‘id, daripada Syarik bin Abu Namir, bahawa beliau mendengar Anas bin Malik berkata, “Ketika kami sedang duduk di masjid, seorang lelaki datang sambil menaiki uta. Dia menderumkan untanya dan mengikatnya di masjid. Kemudian dia berkata, “Siapakah di antara kamu semua (yang bernama) Muhammad?” Ketika itu Rasulullah ﷺ sedang duduk bersandar di antara mereka. Kami berkata kepada lelaki itu, “Ini (Muhammad ) lelaki putih yang duduk bersandar.” Lelaki itu berkata kepada baginda, “Wahai cucu ‘Abdul Muthalib!” Rasulullah ﷺ berkata, “Saya menjawabmu.” Dia berkata, “Saya bertanya kepadamu wahai Muhammad dan saya harap engkau tidak marah terhadap soalan saya.” Baginda bersabda, “Tanyalah apa yang engkau ingin tanyakan.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama tuhan yang mengutusmu dan (mengutus para nabi) sebelummu. Adakah Dia mengutusmu kepada seluruh manusia?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Dia memerintahkanmu untuk melaksanakan solat lima waktu dalam sehari semalam?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk berpuasa pada bulan ini (Ramadan) setiap tahun?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Dia memerintahkanmu untuk mengambil zakat daripada orang-orang kaya dan membahagikannya kepada orang-orang miskin?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya beriman dengan apa yang engkau bawa dan saya adalah utusan orang-orang daripada kaum saya. Saya adalah Dhimam bin Tsa‘labah, saudara bani Sa‘d bin Bakr.” Perawi berbeza sanad dengan hadis riwayat Ya‘qub bin Ibrahim.”
2092 - أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ حَمَّادٍ، عَنْ اللَّيْثِ، عَنْ سَعِيدٍ، عَنْ شَرِيكِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: بَيْنَا نَحْنُ جُلُوسٌ فِي الْمَسْجِدِ جَاءَ رَجُلٌ عَلَى جَمَلٍ فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ، ثُمَّ عَقَلَهُ، فَقَالَ لَهُمْ: أَيُّكُمْ مُحَمَّدٌ؟ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ، قُلْنَا لَهُ: هَذَا الرَّجُلُ الْأَبْيَضُ الْمُتَّكِئُ، فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ: يَا ابْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ أَجَبْتُكَ، فَقَالَ الرَّجُلُ: إِنِّي سَائِلُكَ يَا مُحَمَّدُ، فَمُشَدِّدٌ عَلَيْكَ فِي الْمَسْأَلَةِ، فَلَا تَجِدَنَّ فِي نَفْسِكَ، قَالَ: سَلْ مَا بَدَا لَكَ، فَقَالَ الرَّجُلُ: نَشَدْتُكَ بِرَبِّكَ، وَرَبِّ مَنْ قَبْلَكَ، آللَّهُ أَرْسَلَكَ إِلَى النَّاسِ كُلِّهِمْ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ اللَّهَ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تُصَلِّيَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ؟ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ اللَّهَ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَصُومَ هَذَا الشَّهْرَ مِنَ السَّنَةِ؟ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ اللَّهَ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَأْخُذَ هَذِهِ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَتَقْسِمَهَا عَلَى فُقَرَائِنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، فَقَالَ الرَّجُلُ: آمَنْتُ بِمَا جِئْتَ بِهِ، وَأَنَا رَسُولُ مَنْ وَرَائِي مِنْ قَوْمِي، وَأَنَا ضِمَامُ بْنُ ثَعْلَبَةَ، أَخُو بَنِي سَعْدِ بْنِ بَكْرٍ، خَالَفَهُ يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ
2093 – ‘Ubaydullah bin Sa‘d bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami daripada bukunya, katanya pak cik saya menyampaikan kepada kami, katanya al-Layts menyampaikan kepada kami, katanya Ibn ‘Ajlan dan saudara-saudara kami yang lain menyampaikan kepada kami, daripada Sa‘id al-Maqburi, daripada Syarik bin ‘Abdullah bin Abu Namir bahawa beliau mendengar Anas bin Malik berkata, “Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah ﷺ di masjid, datang seorang lelaki yang menaiki unta. Dia menderumkan dan mengikat untanya di masjid kemudian dia berkata, “Siapakah di antara kamu semua (yang bernama) Muhammad?” Ketika itu Rasulullah ﷺ sedang duduk bersandar di antara mereka. Kami berkata kepada lelaki itu, “Ini (Muhammad ﷺ) lelaki putih yang duduk bersandar.” Lelaki itu berkata kepada baginda, “Wahai cucu ‘Abdul Muthalib!” Rasulullah ﷺ berkata, “Saya menjawabmu.” Dia berkata, “Saya bertanya kepadamu wahai Muhammad dan merumitkan pertanyaan itu.” Baginda bersabda, “Tanyalah apa yang engkau ingin tanya.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama tuhan yang mengutusmu dan (mengutus para nabi) sebelum kamu, adakah Dia mengutusmu kepada sekalian manusia?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk berpuasa pada bulan ini (Ramadan) setiap tahun?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Dia memerintahkanmu untuk mengambil sedekah ini (zakat) daripada orang-orang kaya dan membahagikannya kepada orang-orang miskin?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya beriman dengan apa yang engkau bawa dan saya adalah utusan orang-orang daripada kaum saya. Saya adalah Dhimam bin Tsa‘labah, saudara bani Sa‘d bin Bakr.” Perawi berbeza sanad dengan hadis riwayat ‘Ubaydullah bin ‘Umar.”
2093 - أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، مِنْ كِتَابِهِ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَمِّي، قَالَ: حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عَجْلَانَ، وَغَيْرُهُ مِنْ إِخْوَانِنَا، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُلُوسٌ فِي الْمَسْجِدِ، دَخَلَ رَجُلٌ عَلَى جَمَلٍ فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ، ثُمَّ عَقَلَهُ، ثُمَّ قَالَ: أَيُّكُمْ مُحَمَّدٌ؟ وَهُوَ مُتَّكِئٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ، فَقُلْنَا لَهُ: هَذَا الرَّجُلُ الْأَبْيَضُ الْمُتَّكِئُ، فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ: يَا ابْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ أَجَبْتُكَ، قَالَ الرَّجُلُ: يَا مُحَمَّدُ، إِنِّي سَائِلُكَ فَمُشَدِّدٌ عَلَيْكَ فِي الْمَسْأَلَةِ، قَالَ: سَلْ عَمَّا بَدَا لَكَ، قَالَ: أَنْشُدُكَ بِرَبِّكَ وَرَبِّ مَنْ قَبْلَكَ، آللَّهُ أَرْسَلَكَ إِلَى النَّاسِ كُلِّهِمْ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ اللَّهَ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَصُومَ هَذَا الشَّهْرَ مِنَ السَّنَةِ؟ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ اللَّهَ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَأْخُذَ هَذِهِ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَتَقْسِمَهَا عَلَى فُقَرَائِنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، فَقَالَ الرَّجُلُ: إِنِّي آمَنْتُ بِمَا جِئْتَ بِهِ، وَأَنَا رَسُولُ مَنْ وَرَائِي مِنْ قَوْمِي، وَأَنَا ضِمَامُ بْنُ ثَعْلَبَةَ، أَخُو بَنِي سَعْدِ بْنِ بَكْرٍ، خَالَفَهُ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ
2094 – Abu Bakr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Ishaq menyampaikan kepada kami, katanya Abu ‘Umarah Hamzah bin al-Harits bin ‘Umayr menyampaikan kepada kami, katanya saya mendengar ayah saya menyebut daripada ‘Ubaydullah bin ‘Umar, daripada Sa‘id bin Abu Sa‘id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, katanya, “Ketika Nabi ﷺ duduk dengan para sahabat, seorang lelaki badwi datang. Dia berkata, “Siapakah di antara kamu cucu ‘Abdul Muthalib?” Para sahabat berkata, “Ini lelaki putih kemerah-merahan yang sedang duduk bersandar.” Hamzah berkata, “Al-Amghar adalah putih kemerah-merahan.” Kemudian lelaki itu berkata, “Saya akan bertanya kepadamu dan saya akan merumitkan pertanyaan.” Baginda bersabda, “Tanyalah apa yang engkau ingin tanyakan.” Dia berkata, “Saya bertanya kepadamu atas nama tuhan yang mengutusmu dan (mengutus nabi-nabi) sebelum engkau. Adakah Allah mengutusmu?” Baginda menjawab, “Ya Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Dia memerintahkanmu agar melaksanakan solat lima waktu dalam sehari semalam?” Baginda menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk berpuasa pada bulan ini (Ramadan) daripada 12 bulan yang ada?” Baginda menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Saya minta engkau bersumpah atas nama Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk melaksanakan haji ke rumah ini (Baitullah) bagi sesiapa yang mampu melaksanakannya?” Baginda menjawab, “Demi Allah, benar.” Dia berkata, “Sungguh, saya beriman (dengan apa yang engkau bawa) dan saya membenarkanmu. Saya adalah Dhimam bin Tsa‘labah.”
2094 - أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْحَقُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عُمَارَةَ حَمْزَةُ بْنُ الْحَارِثِ بْنِ عُمَيْرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي، يَذْكُرُ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ أَصْحَابِهِ جَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ قَالَ: أَيُّكُمُ ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ؟ قَالُوا: هَذَا الْأَمْغَرُ الْمُرْتَفِقُ - قَالَ حَمْزَةُ -: الْأَمْغَرُ الْأَبْيَضُ مُشْرَبٌ حُمْرَةً، فَقَالَ: إِنِّي سَائِلُكَ فَمُشْتَدٌّ عَلَيْكَ فِي الْمَسْأَلَةِ، قَالَ: سَلْ عَمَّا بَدَا لَكَ، قَالَ: أَسْأَلُكَ بِرَبِّكَ، وَرَبِّ مَنْ قَبْلَكَ، وَرَبِّ مَنْ بَعْدَكَ، آللَّهُ أَرْسَلَكَ؟ قَالَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ بِهِ آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تُصَلِّيَ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ؟ قَالَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ بِهِ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَأْخُذَ مِنْ أَمْوَالِ أَغْنِيَائِنَا فَتَرُدَّهُ عَلَى فُقَرَائِنَا؟ قَالَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ بِهِ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَصُومَ هَذَا الشَّهْرَ مِنَ اثْنَيْ عَشَرَ شَهْرًا؟ قَالَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَأَنْشُدُكَ بِهِ، آللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ يَحُجَّ هَذَا الْبَيْتَ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا؟ قَالَ: اللَّهُمَّ نَعَمْ، قَالَ: فَإِنِّي آمَنْتُ وَصَدَّقْتُ وَأَنَا ضِمَامُ بْنُ ثَعْلَبَةَ