kitab solat jumaat

كِتَابُ الْجُمْعَةِ

Kewajipan Solat Jumaat

Ījāb al-Jumʿah

إِيجَابُ الْجُمْعَةِ

1367 – Sa‘id bin ‘Abdul Rahman al-Makhzumi mengkhabarkan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya daripada Abu al-Zinad, daripada al-‘A’raj, daripada Abu Hurayrah dan Ibn Thawus, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Kita adalah umat yang datang terakhir di dunia dan akan menjadi umat yang pertama pada Hari Kiamat. Hanya sahaja, mereka diberikan kitab suci sebelum kita sedangkan kita diberikan al-Quran setelah mereka. Hari jumaat ini adalah hari yang Allah wajibkan kepada mereka untuk beribadah tetapi mereka menyelisihinya. Kemudian Allah memberi petunjuk kepada kita untuk beribadah pada hari jumaat ini. Mereka (Yahudi dan Nasrani) itu hanya mengikut kita kerana Yahudi beribadah pada hari esok (sabtu) sedangkan Nasrani beribadah pada hari lusa (Ahad).”

1367 - أَخْبَرَنَا سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَخْزُومِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَابْنُ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَحْنُ الْآخِرُونَ السَّابِقُونَ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ، وَهَذَا الْيَوْمُ الَّذِي كَتَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ ـ يَعْنِي يَوْمَ الْجُمُعَةِ ـ فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ

1368 – Washil bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Ibn Fudhayl menyampaikan kepada kami, katanya daripada Abu Malik al-Asyja‘i, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurayrah, daripada Abu Rib‘i bin Hirash, daripada Hudhayfah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Umat-umat sebelum kita disesatkan oleh Allah kerana meninggalkan kewajipan ibadah pada hari jumaat. Oleh kerana itulah Yahudi melakukan ibadah pada hari sabtu dan Nasrani melakukan ibadah pada hari ahad. Kemudian Allah  mengutus dan menunjukkan kepada kita untuk beribadah pada hari jumaat serta menjadikan turutan hari bermula daripada jumaat, sabtu dan ahad. Mereka (Yahudi dan Nasrani) pun akan menjadi pengikut kita pada Hari Kiamat. Kita memang umat yang muncul paling akhir di dunia dan akan menjadi umat pertama yang diadili di antara seluruh umat manusia pada Hari Kiamat.”

1368 - أَخْبَرَنَا وَاصِلُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ، قَالَا: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَضَلَّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُودِ يَوْمُ السَّبْتِ، وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ الْأَحَدِ، فَجَاءَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِنَا فَهَدَانَا لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ، فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَالْأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ لَنَا تَبَعٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَنَحْنُ الْآخِرُونَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا، وَالْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيُّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلَائِقِ

Bab Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat

Bāb al-Tashdīd fī al-Takhalluf ʿan al-Jumʿah

بَابُ التَّشْدِيدِ فِي التَّخَلُّفِ عَنِ الْجُمْعَةِ

1369 – Ya‘qub bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada ‘Abidah bin Sufyan al-Hadhrami, daripada Abu al-Ja‘d al-Dhamri – salah seorang sahabat – daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat sebanyak tiga kali kerana menganggap ia remeh (tanpa uzur) Allah akan menutup hatinya.”

1369 - أَخْبَرَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ عَبِيدَةَ بْنِ سُفْيَانَ الْحَضْرَمِيِّ، عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ، وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

1370 – Muhammad bin Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, katanya Habban menyampaikan kepada kami, katanya Aban menyampaikan kepada kami, katanya Yahya bin Abu Kathir menyampaikan kepada kami, katanya daripada al-Hadhrami bin Lahiq, daripada Zayd, daripada Abu Sallam, daripada al-Hakam bin Mina’ yang mendengar daripada Ibn ‘Abbas dan Ibn ‘Umar bahawa – ketika berkhutbah di atas mimbar – Rasulullah ﷺ bersabda, “Hendaklah orang-orang yang meninggalkan solat jumaat tanpa uzur menghentikan perbuatannya atau Allah akan menutup hatinya sehingga mereka menjadi orang-orang yang lalai.”

1370 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَعْمَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَبَّانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبَانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ الْحَضْرَمِيِّ بْنِ لَاحِقٍ، عَنْ زَيْدٍ، عَنْ أَبِي سَلَّامٍ، عَنْ الْحَكَمِ بْنِ مِينَاءَ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ، وَابْنَ عُمَرَ يُحَدِّثَانِ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَهُوَ عَلَى أَعْوَادِ مِنْبَرِهِ: لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ، أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ، وَلَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ

1371 – Mahmud bin Ghaylan mengkhabarkan kepada saya, katanya al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, katanya al-Mufadhal bin Fadhalah menyampaikan kepada saya, katanya daripada ‘Ayyasy bin ‘Abbas, daripada Bukayr bin al-Asyaj, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, daripada Hafshah, isteri Nabi ﷺ bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Mandi jumaat itu harus dilakukan oleh setiap muslim yang sudah baligh.”

1371 - أَخْبَرَنِي مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي الْمُفَضَّلُ بْنُ فَضَالَةَ، عَنْ عَيَّاشِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ بُكَيْرِ بْنِ الْأَشَجِّ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ حَفْصَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: رَوَاحُ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ

Sunan Al-Nasa’i