kitab solat khawf

كِتَابُ صَلَاةِ الْخَوْفِ

Bab

Bāb

بَابُ

1529 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Waki‘ menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya daripada al-Ash‘ats bin Abu al-Sya‘tsa’, daripada al-Aswad bin Hilal, daripada Tha‘labah bin Zahdam, beliau berkata, “Kami pernah bersama Sa‘id bin al-‘Ashi dan Hudhaifah bin al-Yaman di Tabaristan lalu Sa‘id bin al-‘Ashi bertanya, “Siapa di antara kamu yang pernah mengerjakan solat Khawf bersama Rasulullah?” Hudhaifah menjawab, “Saya.” Lalu dia menunjukkan bagaimana cara solat Khawf dan berkata, “Rasulullah ﷺ solat Khawf satu rakaat bersama setiap kumpulan yang berbaris di belakangnya sedangkan kumpulan lain berdiri di antaranya dan musuh. Baginda solat dengan kelompok pertama satu rakaat kemudian mereka mundur dan kelompok kedua datang menggantikan kedudukan kumpulan pertama. Lalu baginda solat dengan kumpulan kedua ini satu rakaat.”

1529 - أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ الْأَشْعَثِ بْنِ أَبِي الشَّعْثَاءِ، عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ هِلَالٍ، عَنْ ثَعْلَبَةَ بْنِ زَهْدَمٍ، قَالَ: كُنَّا مَعَ سَعِيدِ بْنِ الْعَاصِي بِطَبَرِسْتَانَ، وَمَعَنَا حُذَيْفَةُ بْنُ الْيَمَانِ، فَقَالَ: أَيُّكُمْ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْخَوْفِ؟ فَقَالَ حُذَيْفَةُ: أَنَا، فَوَصَفَ، فَقَالَ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْخَوْفِ بِطَائِفَةٍ رَكْعَةً، صَفٍّ خَلْفَهُ، وَطَائِفَةٍ أُخْرَى بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْعَدُوِّ، فَصَلَّى بِالطَّائِفَةِ الَّتِي تَلِيهِ رَكْعَةً، ثُمَّ نَكَصَ هَؤُلَاءِ إِلَى مَصَافِّ أُولَئِكَ، وَجَاءَ أُولَئِكَ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَةً

1530 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya Ash'ats bin Sulaym menyampaikan kepada saya, katanya daripada al-Aswad bin Hilal, daripada Tha‘labah bin Zahdam, beliau berkata, “Saya pernah bersama Sa‘id bin al-‘Ashi di Tabaristan. Dia bertanya, “Siapakah di antara kamu yang pernah solat Khawf bersama Rasulullah ﷺ?” Hudhaifah menjawab, “Saya.” Kemudian Hudhaifah berdiri dan membuat barisan di belakangnya menjadi dua barisan. Satu barisan tepat di belakangnya dan barisan lain bersiap sedia menghadapi musuh. Kemudian dia solat bersama barisan di belakangnya satu rakaat dan mereka beranjak menggantikan kedudukan barisan yang bersiap sedia menghadapi musuh. Kemudian barisan yang bersiap sedia tadi pun pindah ke belakang Hudhaifah, dia solat bersama mereka satu rakaat dan mereka pun tidak mengqada (rakaat yang lain).”

1530 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَشْعَثُ بْنُ سُلَيْمٍ، عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ هِلَالٍ، عَنْ ثَعْلَبَةَ بْنِ زَهْدَمٍ، قَالَ: كُنَّا مَعَ سَعِيدِ بْنِ الْعَاصِي بِطَبَرِسْتَانَ، فَقَالَ: أَيُّكُمْ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْخَوْفِ؟ فَقَالَ: حُذَيْفَةُ: أَنَا، فَقَامَ حُذَيْفَةُ فَصَفَّ النَّاسُ خَلْفَهُ صَفَّيْنِ، صَفًّا خَلْفَهُ وَصَفًّا مُوَازِيَ الْعَدُوِّ، فَصَلَّى بِالَّذِي خَلْفَهُ رَكْعَةً ثُمَّ انْصَرَفَ هَؤُلَاءِ إِلَى مَكَانِ هَؤُلَاءِ، وَجَاءَ أُولَئِكَ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَةً وَلَمْ يَقْضُوا،

1531 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya al-Rukkayn bin al-Rabi‘ menyampaikan kepada saya, katanya daripada al-Qasim bin Hassan, daripada Zayd bin Thabit, daripada Nabi ﷺ seperti solat Hudhaifah sebelumnya.

1531 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنِي الرُّكَيْنُ بْنُ الرَّبِيعِ، عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ حَسَّانَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ صَلَاةِ حُذَيْفَةَ

1532 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, katanya daripada Bukayr bin al-Akhnas, daripada Mujahid, daripada Ibn ‘Abbas, beliau berkata, “Allah mewajibkan solat melalui lisan nabi kamu empat rakaat ketika bermukim, dua rakaat ketika dalam musafir dan satu rakaat ketika dalam keadaan ketakutan (perang).”

1532 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ بُكَيْرِ بْنِ الْأَخْنَسِ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: فَرَضَ اللَّهُ الصَّلَاةَ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحَضَرِ أَرْبَعًا، وَفِي السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ، وَفِي الْخَوْفِ رَكْعَةً

1533 – Muhammad bin Bashar mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya daripada Sufyan, beliau berkata Abu Bakr bin Abu al-Jahm menyampaikan kepada saya, katanya daripada ‘Ubaydullah bin ‘Abdullah, daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah ﷺ pernah solat di Dzi Qarad. Baginda membuat barisan di belakangnya menjadi dua barisan. Satu barisan tepat di belakangnya sedangkan barisan lain bersiap sedia menghadapi musuh. Kemudian baginda solat satu rakaat dengan barisan yang berada tepat di belakangnya. Lalu mereka berganti tempat dengan barisan yang bersiap sedia menghadapi musuh. Setelah itu barisan yang bersiap sedia itu pun datang dan baginda solat bersama mereka satu rakaat dan mereka tidak mengqada rakaat yang lain.

1533 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سُفْيَانَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي الْجَهْمِ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِذِي قَرَدٍ، وَصَفَّ النَّاسُ خَلْفَهُ صَفَّيْنِ، صَفًّا خَلْفَهُ وَصَفًّا مُوَازِيَ الْعَدُوِّ، فَصَلَّى بِالَّذِينَ خَلْفَهُ رَكْعَةً، ثُمَّ انْصَرَفَ هَؤُلَاءِ إِلَى مَكَانِ هَؤُلَاءِ، وَجَاءَ أُولَئِكَ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَةً وَلَمْ يَقْضُوا

Sunan Al-Nasa’i