kitab solat kusuf
ِتَابُ الْكُسُوفِ
Gerhana Matahari Dan Bulan
Kusūf al-Shams wa al-Qamar
كُسُوفُ الشَّمْسِ وَالْقَمَرِ
1459 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Hammad menyampaikan kepada kami, katanya daripada Yunus, daripada al-Hasan, daripada Abu Bakrah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, matahari dan bulan adalah di antara dua tanda kekuasaan Allah . Dua gerhana (matahari dan bulan) terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang tetapi Allah memperingatkan hamba-Nya dengan gerhana itu.”
1459 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ الْحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ تَعَالَى لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، وَلَكِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُخَوِّفُ بِهِمَا عِبَادَهُ
Membaca Tasbih, Takbir Dan Doa Ketika Terjadi Gerhana Matahari
Al-Tasbīḥ wa al-Takbīr wa al-Duʿāʾ ʿinda Kusūf al-Shams
التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَالدُّعَاءُ عِنْدَ كُسُوفِ الشَّمْسِ
1460 – Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Mubarak mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Hisham al-Mughirah bin Salamah menyampaikan kepada kami, katanya Wuhayb menyampaikan kepada kami, katanya Abu Mas‘ud al-Jurayri menyampaikan kepada kami, katanya daripada Hayyan bin ‘Umayr, beliau berkata ‘Abdul Rahman bin Samurah menyampaikan kepada kami, katanya, “Ketika saya sedang berlatih memanah di Mekah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lantas saya segera mengumpulkan anak panah saya dan berkata, “Saya ingin melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika terjadi gerhana matahari.” Saya datang dari arah belakang baginda yang sedang berada di masjid. Baginda pun mula membaca tasbih, takbir dan doa sehingga gerhana itu hilang. Kemudian baginda solat dua rakaat dengan empat kali sujud.”
1460 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو هِشَامٍ هُوَ الْمُغِيرَةُ بْنُ سَلَمَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ الْجُرَيْرِيُّ، عَنْ حَيَّانَ بْنِ عُمَيْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَمُرَةَ، قَالَ: بَيْنَا أَنَا أَتَرَامَى بِأَسْهُمٍ لِي بِالْمَدِينَةِ إِذْ انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ، فَجَمَعْتُ أَسْهُمِي، وَقُلْتُ: لَأَنْظُرَنَّ مَا أَحْدَثَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كُسُوفِ الشَّمْسِ، فَأَتَيْتُهُ مِمَّا يَلِي ظَهْرَهُ، وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَجَعَلَ يُسَبِّحُ، وَيُكَبِّرُ، وَيَدْعُو حَتَّى حُسِرَ عَنْهَا، قَالَ: ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ
Perintah Solat Ketika Terjadi Gerhana Matahari
Al-ʾAmr bi al-Ṣalāh ʿinda Kusūf al-Shams
الْأَمْرُ بِالصَّلَاةِ عِنْدَ كُسُوفِ الشَّمْسِ
1461 – Muhammad bin Salamah mengkhabarkan kepada kami, katanya Ibn Wahb memberitakan kepada kami, katanya daripada ‘Amr bin al-Harith bahawa ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menceritakan daripada ayahnya, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda, “Sungguh, gerhana matahari dan bulan terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang akan tetapi keduanya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah . Oleh kerana itu, jika kamu melihat gerhana matahari atau bulan, lakukanlah solat.”
1461 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ، أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الْقَاسِمِ حَدَّثَهُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ تَعَالَى، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَصَلُّوا
Bab Perintah Solat Ketika Terjadi Gerhana Bulan
Bāb al-ʾAmr bi al-Ṣalāh ʿinda Kusūf al-Shams
بَابُ الْأَمْرِ بِالصَّلَاةِ عِنْدَ كُسُوفِ الْقَمَرِ
1462 – Ya‘qub bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya menyampaikan kepada kami, katanya daripada Isma‘il, beliau berkata Qays menyampaikan kepada saya, katanya daripada Abu Mas‘ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, gerhana matahari dan bulan terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Akan tetapi keduanya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah . Oleh kerana itu jika kamu melihat gerhana matahari atau bulan, lakukanlah solat.”
1462 - أَخْبَرَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ إِسْمَعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنِي قَيْسٌ، عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَصَلُّوا
Bab Perintah Solat Ketika Terjadi Gerhana Sehingga (Matahari Atau Bulan) Kembali Terang
Bāb al-ʾAmr bi al-Ṣalāh ʿinda al-Kusūf Ḥattā Tanjaliy
بَابُ الْأَمْرِ بِالصَّلَاةِ عِنْدَ الْكُسُوفِ حَتَّى تَنْجَلِيَ
1463 – Muhammad bin Kamil al-Marwazi mengkhabarkan kepada kami, katanya daripada Hushaym, daripada Yunus, daripada al-Hasan, daripada Abu Bakrah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, matahari dan bulan adalah antara tanda-tanda kekuasaan Allah . Dua gerhana (matahari dan bulan terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Oleh kerana itu, jika kamu melihat gerhana, lakukanlah solat sehingga (matahari atau bulan) kembali terang.”
1463 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَامِلٍ الْمَرْوَزِيُّ، عَنْ هُشَيْمٍ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ الْحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَصَلُّوا حَتَّى تَنْجَلِيَ