kitab sumpah dan nazar

كِتَابُ الْأَيْمَانِ وَالنُّذُورِ

Bab

Bāb

بَابَُ

3761 – Ahmad bin Sulayman al-Ruhawi dan Musa bin ‘Abdul Rahman mengkhabarkan kepada kami, katanya Muhammad bin Bisyr menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Musa bin ‘Uqbah, daripada Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada Ibn ‘Umar, katanya, “Rasulullah ﷺ pernah bersumpah dengan ucapan, “Tidak, demi Zat yang membolak-balikkan hati.”

3761 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الرُّهَاوِيُّ، وَمُوسَى بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: كَانَتْ يَمِينٌ يَحْلِفُ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ

Bersumpah Dengan Nama Allah: Musharrif al-Qulub

Al-Ḥalif bi Muṣarrif al-Qulūb

الْحَلِفُ بِمُصَرِّفِ الْقُلُوبِ

3762 – Muhammad bin Yahya bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada saya, katanya Muhammad bin al-Shult Abu Ya‘la menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Raja’ menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abbad bin Ishaq, daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya, katanya, “Rasulullah ﷺ pernah bersumpah dengan ucapan, “Tidak, demi Zat yang membolak-balikkan hati.”

3762 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّلْتِ أَبُو يَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَجَاءٍ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: كَانَتْ يَمِينُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّتِي يَحْلِفُ بِهَا: لَا وَمُصَرِّفِ الْقُلُوبِ

Bersumpah Dengan Menyebut “Demi Kemuliaan Allah.

Al-Ḥalif bi ʿIzzah Allah Taʿālā

الْحَلِفُ بِعِزَّةِ اللَّهِ تَعَالَى

3763 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Fadhl bin Musa memberitakan kepada kami, katanya Muhammad bin ‘Amr menyampaikan kepada saya, katanya Abu Salamah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hurayrah, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Ketika menciptakan syurga dan neraka, Allah mengutus Jibril ke syurga. Allah berfirman, “Lihatlah ke syurga dan apa yang telah Aku siapkan di dalamnya bagi penghuninya.” Jibril pergi melihatnya lalu dia kembali dan berkata, “Demi kemuliaan-Mu, tidaklah seseorang yang mendengar tentangnya melainkan dia ingin memasukinya.” Setelah itu Allah memerintahkan agar jalan menuju ke syurga dihiasi dengan berbagai perkara yang dibenci. Lalu Allah berfirman, “Lihatlah syurga dan apa yang Aku siapkan di dalamnya bagi penghuninya.” Jibril pun pergi melihatnya. Ternyata jalan menuju ke syurga telah dihiasi dengan berbagai perkara yang dibenci. Kemudian dia berkata, “Demi kemuliaan-Mu, sungguh saya khuatir tidak ada seorang pun yang dapat memasukinya.” Lalu Allah berfirman, “Lihatlah ke neraka dan apa yang Aku siapkan di dalamnya bagi penghuninya.” Jibril pun pergi melihatnya dan ternyata neraka itu bertingkat-tingkat. Kemudian Jibril kembali dan berkata, “Demi kemuliaan-Mu, sungguh tidak ada seorang pun yang ingin memasukinya.” Setelah itu Allah  memerintahkan agar jalan menuju ke neraka dihiasi dengan berbagai perkara yang disukai. Kemudian Allah  berfirman, “Kembali dan lihatlah ke neraka.” Jibril pun melihatnya dan ketika itu jalan menuju ke neraka telah dihiasi dengan berbagai perkara yang disukai. Lalu dia kembali dan berkata, “Demi kemuliaan-Mu, sungguh saya khuatir tidak ada seorang pun yang selamat daripadanya melainkan dia pasti memasukinya.”

3763 - أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى، قَالَ: حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ أَرْسَلَ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ إِلَى الْجَنَّةِ، فَقَالَ: انْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَرَجَعَ، فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا. فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ، فَقَالَ: اذْهَبْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا، فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ، فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَدْخُلَهَا أَحَدٌ. قَالَ: اذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَى النَّارِ وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا، فَرَجَعَ فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَدْخُلُهَا أَحَدٌ. فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَقَالَ: ارْجِعْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَرَجَعَ وَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا

Larangan Keras Bersumpah Dengan Selain Allah

Al-Tashdīd fī al-Ḥalif bi Ghayr Allah Taʿālā

التَّشْدِيدُ فِي الْحَلِفِ بِغَيْرِ اللَّهِ تَعَالَى

3764 – ‘Ali bin Hujr mengkhabarkan kepada kami, daripada Isma‘il bin Ja‘far, katanya ‘Abdullah bin Dinar menyampaikan kepada kami, daripada Ibn ‘Umar, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang ingin bersumpah, maka janganlah bersumpah kecuali dengan nama Allah.” Dahulu kaum Quraisy bersumpah dengan menyebut nama ayah mereka. Baginda bersabda, “Janganlah kalian bersumpah dengan nama ayah kalian.”

3764 - أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلَا يَحْلِفْ إِلَّا بِاللَّهِ، وَكَانَتْ قُرَيْشٌ تَحْلِفُ بِآبَائِهَا، فَقَالَ: لَا تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ

3765 – Ziyad bin Ayyub mengkhabarkan kepada saya, katanya Ibn ‘Ulayyah menyampaikan kepada kami, katanya Yahya bin Abu Ishaq menyampaikan kepada kami, katanya seorang lelaki daripada bani Ghifar di dalam majlis Salim bin ‘Abdullah menyampaikan kepada saya, katanya Salim bin ‘Abdullah berkata, saya mendengar ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh, Allah telah melarang kalian bersumpah dengan menyebut nama ayah kalian.”

3765 - أَخْبَرَنِي زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ، قَالَ: حَدَّثَنِي رَجُلٌ، مِنْ بَنِي غِفَارٍ فِي مَجْلِسِ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ: سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عُمَرَ، وَهُوَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ يَنْهَاكُمْ أَنْ تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ

Sunan Al-Nasa’i