kitab tentang air
كِتَابُ الْمِيَاهِ
Allah berfirman, “Dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.” Allah juga berfirman, “Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya…” Allah juga berfirman, “Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci…”
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: {وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا} [الفرقان: 48] وَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ: {وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ} [الأنفال: 11]، وَقَالَ تَعَالَى: {فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا} [النساء: 43]
325 – Suwayd bin Nashr mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin al-Mubarak menyampaikan kepada kami, katanya daripada Sufyan, daripada Simak, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas bahawa salah seorang isteri Nabi ﷺ mandi wajib. Lalu Nabi ﷺ berwuduk daripada lebihan air mandiannya. Dia memberitahu perkara itu kepada baginda. Baginda pun bersabda, “Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah air menjadi najis.”
- 325 أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْتَسَلَتْ مِنَ الْجَنَابَةِ فَتَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِفَضْلِهَا فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Bab Perigi Bidha‘ah
Bāb Dhikr Biʾr Buḍāʿah
بَابُ ذِكْرِ بِئْرِ بُضَاعَةَ
326 – Harun bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Usamah menyampaikan kepada kami, katanya al-Walid bin Katsir menyampaikan kepada kami, katanya Muhammad bin Ka‘b al-Qurazhi menyampaikan kepada kami, katanya daripada ‘Ubaydullah bin ‘Abdul Rahman bin Rafi‘, daripada Abu Sa‘id al-Khudri, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah ditanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kami boleh berwuduk dengan air perigi Bidha‘ah? Ia adalah tempat pembuangan bangkai anjing, pembalut darah haid wanita dan barang-barang yang berbau busuk.” Baginda bersabda, “Air itu suci, tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatnya menjadi najis.”
- 326 أَخْبَرَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ كَثِيرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَعْبٍ الْقُرَظِيُّ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: أَتَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُطْرَحُ فِيهَا لُحُومُ الْكِلَابِ وَالْحِيَضُ وَالنَّتَنُ؟ فَقَالَ: الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
327 – Al-‘Abbas bin ‘Abdul ‘Azhim mengkhabarkan kepada kami, katanya ‘Abdul Malik bin ‘Amr menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul ‘Aziz bin Muslim – seorang ahli ibadah – menyampaikan kepada kami, katanya daripada Mutharrif bin Tharif, daripada Khalid bin Abu Nawf, daripada Salith, daripada Ibn Abu Sa‘id al-Khudri, daripada ayahnya, beliau berkata, “Saya bertemu Nabi ﷺ ketika baginda sedang berwuduk di perigi Bidha‘ah. Saya bertanya, “Adakah engkau berwuduk daripada perigi ini? Sesungguhnya ini adalah tempat pembuangan barang-barang yang berbau busuk.” Baginda bersabda, “Tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatkan air menjadi najis.”
- 327أَخْبَرَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ الْعَظِيمِ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ - وَكَانَ مِنَ الْعَابِدِينَ - عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ طَرِيفٍ، عَنْ خَالِدِ بْنِ أَبِي نَوْفٍ، عَنْ سَلِيطٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: مَرَرْتُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ فَقُلْتُ: أَتَتَوَضَّأُ مِنْهَا وَهِيَ يُطْرَحُ فِيهَا مَا يُكْرَهُ مِنَ النَّتَنِ؟ فَقَالَ: الْمَاءُ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Bab Kadar Air (Yang Boleh Berubah Menjadi Najis)
Bāb al-Tauqīt fī al-Māʾ
بَابُ التَّوْقِيتِ فِي الْمَاءِ
328 – Al-Hushayn bin Harits al-Marwazi mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Usamah menyampaikan kepada kami, katanya daripada al-Walid bin Katsir, daripada Muhammad bin Ja‘far bin al-Zubayr, daripada ‘Ubaydullah bin ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada ayahnya, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang air yang diminum dan didatangi berulang kali oleh haiwan ternakan dan binatang buas. Baginda bersabda, “Jika air itu berjumlah dua kolah, maka ia tidak menjadi najis.”
- 328 أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ الْمَرْوَزِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَاءِ وَمَا يَنُوبُهُ مِنَ الدَّوَابِّ وَالسِّبَاعِ؟ فَقَالَ: إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ
329 – Qutaybah mengkhabarkan kepada kami, katanya Hammad menyampaikan kepada kami, katanya daripada Tsabit, daripada Anas bahawa seorang badwi kencing di dalam masjid. Sebahagian sahabat berdiri (untuk melarangnya). Rasulullah ﷺ pun bersabda, “Janganlah kamu hentikan dia.” Ketika orang badwi itu selesai kencing, baginda minta dibawakan satu baldi air lalu menyiram bekas kencingnya.”
- 329أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ: أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَقَامَ إِلَيْهِ بَعْضُ الْقَوْمِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تُزْرِمُوهُ، فَلَمَّا فَرَغَ دَعَا بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَصَبَّهُ عَلَيْهِ