kitab ‘umra

كِتَابُ الْعُمْرَى

Bab

Bāb

بَابَُ

3720 – Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Khalid menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Amr bin Dinar, katanya saya mendengar Thawus menceritakan daripada Zayd bin Tsabit, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Pemberian ‘umra adalah milik ahli waris (jika penerima telah meninggal).”

3720 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، قَالَ: سَمِعْتُ طَاوُسًا، يُحَدِّثُ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: الْعُمْرَى هِيَ لِلْوَارِثِ

3721 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Daud menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya ‘Amr bin Dinar mengkhabarkan kepada saya, katanya saya mendengar Thawus menceritakan daripada Hujr al-Madari, daripada Zayd bin Tsabit bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Pemberian ‘umra adalah milik ahli waris (jika penerima telah meninggal).”

3721 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، قَالَ: سَمِعْتُ طَاوُسًا، يُحَدِّثُ، عَنْ حُجْرٍ الْمَدَرِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْعُمْرَى لِلْوَارِثِ

3722 – Muhammad bin ‘Abdullah bin Yazid mengkhabarkan kepada kami, daripada Sufyan, daripada ‘Amr, daripada Thawus, daripada Hujr al-Madari, daripada Zayd bin Tsabit bahawa Nabi ﷺ menetapkan pemberian ‘umra sebagai milik ahli waris (penerima)nya (jika si penerima telah meninggal).

3722 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَمْرٍو، عَنْ طَاوُسٍ، عَنْ حُجْرٍ الْمَدَرِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى بِالْعُمْرَى لِلْوَارِثِ

3723 – Muhammad bin ‘Ubaydullah bin Yazid bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya ayah saya mengkhabarkan kepada saya bahawa dia membentangkan kepada Ma‘qil, daripada ‘Amr bin Dinar, daripada Hujr al-Madari, daripada Zayd bin Tsabit, katanya Rasulullah ﷺ bersbada, “Sesiapa yang melakukan ‘umra maka harta itu menjadi milik penerima hidup dan matinya. Janganlah kalian melakukan ruqba. Sesiapa yang melakukan ruqba maka pemberian itu menjadi milik penerima (selamanya).”

3723 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبِي أَنَّهُ عَرَضَ عَلَى مَعْقِلٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ حُجْرٍ الْمَدَرِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَعْمَرَ شَيْئًا فَهُوَ لِمُعْمَرِهِ مَحْيَاهُ وَمَمَاتَهُ، وَلَا تُرْقِبُوا، فَمَنْ أَرْقَبَ شَيْئًا فَهُوَ لِسَبِيلِهِ

3724 – Zakariyya bin Yahya mengkhabarkan kepada saya, katanya Zayd bin Akhzam menyampaikan kepada kami, katanya Mu‘adz bin Hisyam memberitakan kepada kami, katanya ayah saya menyampaikan kepada saya daripada Qatadah, katanya ‘Amr bin Dinar menyampaikan kepada kami, daripada Thawus, daripada al-Hajuri, daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “‘Umra adalah pemberian untuk selamanya.”

3724 - أَخْبَرَنِي زَكَرِيَّا بْنُ يَحْيَى، قَالَ: حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ أَخْزَمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، عَنْ طَاوُسٍ، عَنْ الْحَجُورِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْعُمْرَى جَائِزَةٌ

Sunan Al-Nasa’i