kitab wakaf
كِتَابُ الْأَحْبَاسِ
Bab
Bāb
بَابُِ
3594 – Qutaybah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu al-Ahwash menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, daripada ‘Amr bin al-Harits, katanya, “Rasulullah ﷺ tidak meninggalkan dinaar, dirham dan tidak juga hamba lelaki atau hamba perempuan kecuali bagal yang boleh ditunggangi bernama al-Syahba’, pedang dan tanah yang telah diinfakkan di jalan Allah.” Dalam riwayat lain, Qutaybah menyebutkan, “…sebagai sedekah.”
3594 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ، قَالَ: مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا، وَلَا عَبْدًا وَلَا أَمَةً، إِلَّا بَغْلَتَهُ الشَّهْبَاءَ الَّتِي كَانَ يَرْكَبُهَا، وَسِلَاحَهُ وَأَرْضًا جَعَلَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالَ قُتَيْبَةُ، مَرَّةً أُخْرَى: صَدَقَةً
3595 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya Abu Ishaq menyampaikan kepada saya, katanya saya mendengar ‘Amr bin al-Harits berkata, “Rasulullah ﷺ tidak meninggalkan (warisan) apa pun kecuali seekor bagal (kacukan kuda betina dan keldai jantan) putih, pedang dan tanah yang baginda tinggalkan sebagai sedekah.”
3595 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ الْحَارِثِ، يَقُولُ: مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا بَغْلَتَهُ الْبَيْضَاءَ وَسِلَاحَهُ وَأَرْضًا تَرَكَهَا صَدَقَةً
3596 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Bakr al-Hanafi menyampaikan kepada kami, katanya Yunus bin Abu Ishaq menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, katanya saya mendengar ‘Amr bin al-Harits berkata, “Saya melihat Rasulullah ﷺ. Baginda tidak meninggalkan (warisan) apa pun kecuali seekor bagal (kacukan kuda betina dan keldai jantan) yang bernama al-Syahba’, pedang dan tanah yang baginda tinggalkan sebagai sedekah.”
3596 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الْحَنَفِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ الْحَارِثِ يَقُولُ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مَا تَرَكَ إِلَّا بَغْلَتَهُ الشَّهْبَاءَ، وَسِلَاحَهُ وَأَرْضًا تَرَكَهَا صَدَقَةً
Pencatatan Wakaf Dan Perbezaan Riwayat Ibn ‘Aun Mengenai Hadis Daripada Ibn ‘Umar
Al-ʾAḥbās Kayf Yuktab al-Ḥabs, wa Dhikr al-Ikhtilāf ʿalā Ibn ʿAwn fī Khabar Ibn ʿUmar fīhi
الْأَحْبَاسُ كَيْفَ يُكْتَبُ الْحَبْسُ، وَذِكْرُ الِاخْتِلَافِ عَلَى ابْنِ عَوْنٍ فِي خَبَرِ ابْنِ عُمَرَ فِيهِ
3597 – Ishaq bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami, katanya Abu Daud al-Hafari ‘Umar bin Sa‘d memberitakan kepada kami, daripada Sufyan al-Tsauri, daripada Ibn ‘Aun, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, daripada ‘Umar, katanya, “Saya pernah mendapat sebidang tanah di Khaybar. Lalu saya datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata, “Saya mendapat sebidang tanah. Saya tidak pernah mendapat harta yang lebih berharga daripadanya.” Baginda berkata, “Jika mahu, engkau boleh menyedekahkannya (mewakafkannya).” ‘Umar pun menyedekahkannya dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan tidak boleh dihibahkan. Beliau menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, para kerabat, para hamba, para tetamu dan ibn sabil. Tidak mengapa bagi orang tanah itu untuk makan daripada hasil tuainya dengan cara yang baik (tidak berlebihan) atau memberi makan (orang lain). Namun dia tidak boleh menguasainya untuk diri sendiri.”
3597 - أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَنْبَأَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ عُمَرُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، عَنْ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ عُمَرَ، قَالَ: أَصَبْتُ أَرْضًا مِنْ أَرْضِ خَيْبَرَ، فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ: أَصَبْتُ أَرْضًا لَمْ أُصِبْ مَالًا أَحَبَّ إِلَيَّ وَلَا أَنْفَسَ عِنْدِي مِنْهَا، قَالَ: إِنْ شِئْتَ تَصَدَّقْتَ بِهَا، فَتَصَدَّقَ بِهَا عَلَى أَنْ لَا تُبَاعَ، وَلَا تُوهَبَ فِي الْفُقَرَاءِ وَذِي الْقُرْبَى وَالرِّقَابِ وَالضَّيْفِ وَابْنِ السَّبِيلِ، لَا جُنَاحَ عَلَى مَنْ وَلِيَهَا أَنْ يَأْكُلَ بِالْمَعْرُوفِ، غَيْرَ مُتَمَوِّلٍ مَالًا، وَيُطْعِمَ
3598 – Harun bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada saya, katanya Mu‘awiyah bin ‘Amr menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq al-Fazari, daripada Ibn ‘Aun, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, daripada ‘Umar, daripada Nabi ﷺ hadith yang sama makna seperti hadith sebelum ini.
3598 - أَخْبَرَنِي هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ الْفَزَارِيِّ، عَنْ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَحْوَهُ