kitab wasiat

كِتَابُ الْوَصَايَا

Makruh Mengakhirkan Wasiat

Al-Karāhiyah fī Taʾkhīr al-Waṣiyyah

الْكَرَاهِيَةُ فِي تَأْخِيرِ الْوَصِيَّةِ

3611 – Ahmad bin Harb mengkhabarkan kepada kami, katanya Muhammad bin Fudhayl menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umarah, daripada Abu Zur‘ah, daripada Abu Hurayrah, katanya, “Seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ dan bertanya, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling besar pahalanya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Sedekah yang engkau berikan dalam keadaan sihat, sayangkan harta, khuatir akan tertimpa kefakiran beserta harapan tenang (hidup dalam keadaan lapang). Engkau juga tidak menundanya sehingga ketika nyawamu sampai ke leher baru engkau hendak mengucap, “Saya berikan kepada fulan sekian sedangkan harta itu sudah menjadi milik fulan (ahli waris).”

3611 - أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَرْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ عُمَارَةَ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا؟ قَالَ: أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْبَقَاءَ، وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ، قُلْتَ: لِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَانٍ

3612 – Hannad bin al-Sari mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Mu‘awiyah, daripada al-‘A’masy, daripada Ibrahim al-Taymi, daripada al-Harits bin Suwayd, daripada ‘Abdullah, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa di antara kalian yang lebih mencintai harta ahli waris daripada harta kalian sendiri?” Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak ada seorang pun daripada kami yang lebih mencintai harta ahli waris kami daripada harta kami sendiri.” Rasulullah ﷺ bersabda, “Ketahuilah, tidak ada seorang pun daripada kalian yang lebih mencintai harta ahli waris daripada harta kalian sendiri. Hartamu adalah apa yang engkau telah dahulukan (penggunaannya) sedangkan harta waris adalah harta yang engkau akhirkan.”

3612 - أَخْبَرَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، عَنْ أَبِي مُعَاوِيَةَ، عَنْ الْأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّكُمْ مَالُ وَارِثِهِ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ؟ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا مِنَّا مِنْ أَحَدٍ إِلَّا مَالُهُ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِ وَارِثِهِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اعْلَمُوا أَنَّهُ لَيْسَ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا مَالُ وَارِثِهِ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ، مَالُكَ مَا قَدَّمْتَ، وَمَالُ وَارِثِكَ مَا أَخَّرْتَ

3613 – ‘Amr bin ‘Ali mengkhabarkan kepada kami, katanya Yahya menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Mutharrif, daripada ayahnya, daripada Nabi ﷺ, baginda membaca ayat, “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur.” Lalu baginda bersabda, “Anak cucu Adam berkata, “Harta saya, harta saya.” Sesungguhnya hartamu hanyalah yang telah engkau makan dan habiskan atau yang telah engkau pakai dan menjadikannya usang atau yang telah engkau sedekahkan maka engkau mengekalkannya.”

3613 - أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ مُطَرِّفٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: {أَلْهَاكُمْ التَّكَاثُرُ حَتَّى زُرْتُمِ الْمَقَابِرَ} [التكاثر: 2]، قَالَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ: مَالِي مَالِي، وَإِنَّمَا مَالُكَ مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ، أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ، أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ

3614 – Muhammad bin Basyar mengkhabarkan kepada kami, katanya Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya saya mendengar Abu Ishaq berkata bahawa beliau mendengar Abu Habibah al-Thai’ berkata, “Seseorang berwasiat untuk menyedekahkan beberapa dinar di jalan Allah. Kemudian Abu al-Darda’ ditanya tentang hal itu. Beliau pun menceritakan sebuah hadis daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda, “Perumpamaan orang yang memerdekakan hamba atau bersedekah menjelang kematiannya bagaikan orang yang memberikan hadiah setelah dia kenyang.”

3614 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا إِسْحَاقَ، سَمِعَ أَبَا حَبِيبَةَ الطَّائِيَّ، قَالَ: أَوْصَى رَجُلٌ بِدَنَانِيرَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَسُئِلَ أَبُو الدَّرْدَاءِ، فَحَدَّثَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَثَلُ الَّذِي يُعْتِقُ أَوْ يَتَصَدَّقُ عِنْدَ مَوْتِهِ مَثَلُ الَّذِي يُهْدِي بَعْدَمَا يَشْبَعُ

3615 – Qutaybah bin Sa‘id mengkhabarkan kepada kami, katanya al-Fudhayl menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, katanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidak layak bagi seorang Muslim yang memiliki harta yang boleh diwasiatkan (untuk menunda wasiat dengan cara) mendiamkannya selama dua malam kecuali wasiat itu telah dituliskan di sisinya.”

3615 - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْفُضَيْلُ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصَى فِيهِ أَنْ يَبِيتَ لَيْلَتَيْنِ، إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ

Sunan Al-Nasa’i