kitab zakat

كِتَابُ الزَّكَاةِ

Bab Kewajipan Menunaikan Zakat

Bāb Wujūb al-Zakāh

بَابُ وُجُوبِ الزَّكَاةِ

2435 – Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Ammar al-Maushili mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Mu‘afa, daripada Zakariyya bin Ishaq al-Makki, katanya Yahya bin ‘Abdullah bin Shayfi, daripada Abu Ma‘bad, daripada Ibn ‘Abbas, katanya Rasulullah ﷺ bersabda kepada Mu‘adz ketika mengutusnya ke Yaman, “Engkau datangi orang-orang Ahli Kitab. Jika engkau telah mendatangi mereka, ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka menurutimu, khabarkanlah bahawa Allah mewajibkan solat lima waktu dalam sehari ke atas mereka. Jika mereka menurutimu, khabarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat yang diambil daripada orang-orang kaya di antara mereka dan diberikan kepada orang-orang fakir di antara mereka. Jika mereka menurutimu, takutlah pada doa orang yang dizalimi.”

2435 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمَّارٍ الْمَوْصِلِيُّ، عَنْ الْمُعَافَى، عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ إِسْحَقَ الْمَكِّيِّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَيْفِىٍّ، عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ: إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ، فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوكَ بِذَلِكَ، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَإِنْ هُمْ - يَعْنِي - أَطَاعُوكَ بِذَلِكَ، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوكَ بِذَلِكَ، فَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ

2436 – Muhammad bin ‘Abdul ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, katanya Mu‘tamir menyampaikan kepada kami, katanya saya mendengar Bahz bin Hakim menceritakan daripada ayahnya, daripada datuknya, katanya, saya berkata, “Wahai Rasulullah, saya tidak mendatangimu sebelum saya bersumpah lebih daripada jumlah jari-jari saya untuk tidak datang kepadamu dan agamamu (kerana saya membencimu). Dahulu, saya adalah seseorang yang tidak mengetahui apa-apa pun kecuali apa yang telah diajarkan Allah dan rasul-Nya (Allah memberi saya hidayah). Sungguh, saya bertanya kepadamu dengan wahyu Allah, dengan apa Allah mengutusmu kepada kami?” Baginda menjawab, “Dengan islam.” Saya menambahkan, “Apakah tanda-tanda keislaman?” Baginda menjawab, “Hendaklah engkau mengucapkan, “Saya menyerahkan wajah saya (jiwa raga) kepada Allah, meninggalkan syirik, mendirikan solat dan menunaikan zakat.”

2436 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ، قَالَ: سَمِعْتُ بَهْزَ بْنَ حَكِيمٍ، يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ: قُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، مَا أَتَيْتُكَ حَتَّى حَلَفْتُ أَكْثَرَ مِنْ عَدَدِهِنَّ لِأَصَابِعِ يَدَيْهِ أَنْ لَا آتِيَكَ وَلَا آتِيَ دِينَكَ، وَإِنِّي كُنْتُ امْرَأً لَا أَعْقِلُ شَيْئًا إِلَّا مَا عَلَّمَنِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولُهُ، وَإِنِّي أَسْأَلُكَ بِوَحْيِ اللَّهِ، بِمَا بَعَثَكَ رَبُّكَ إِلَيْنَا؟ قَالَ: بِالْإِسْلَامِ، قُلْتُ: وَمَا آيَاتُ الْإِسْلَامِ؟ قَالَ: أَنْ تَقُولَ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَى اللَّهِ، وَتَخَلَّيْتُ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ

2437 – ‘Isa bin Musawir mengkhabarkan kepada kami, katanya Muhammad bin Syu‘ayb bin Syabur menyampaikan kepada kami, daripada Mu‘awiyah bin Sallam, daripada saudaranya Zayd bin Sallam bahawa beliau mengkhabarkan kepadanya, daripada datuknya, Abu Sallam, daripada ‘Abdul Rahman bin Ghunm bahawa Abu Malik al-Asy‘ari menyampaikan kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Menyempurnakan wuduk adalah setengah daripada iman, tahmid memenuhi timbangan amal, tasbih dan takbir memenuhi bumi dan langit, solat adalah cahaya, zakat adalah bukti, sabar adalah sinar dan al-Quran adalah hujah bagimu ataupun ke atasmu.”

2437 - أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ مُسَاوِرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ شَابُورَ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ سَلَّامٍ، عَنْ أَخِيهِ زَيْدِ بْنِ سَلَّامٍ، أَنَّهُ أَخْبَرَهُ عَنْ جَدِّهِ أَبِي سَلَّامٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غُنْمٍ، أَنَّ أَبَا مَالِكٍ الْأَشْعَرِيَّ، حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ شَطْرُ الْإِيمَانِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ، وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالزَّكَاةُ بُرْهَانٌ، وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ

2438 – Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam mengkhabarkan kepada kami, daripada Syu‘ayb, daripada al-Layts, katanya Khalid melaporkan kepada kami, daripada Ibn Abu Hilal, daripada Nu‘aym al-Mujmir Abu ‘Abdullah, katanya Shuhayb mengkhabarkan kepada saya bahawa beliau mendengar daripada Abu Hurayrah dan Abu Sa‘id, mereka berdua berkata, “Pada suatu hari, Rasulullah ﷺ berkhutbah di hadapan kami seraya bersabda, “Demi zat yang jiwa saya berada dalam genggaman-Nya.” Sebanyak tiga kali. Lalu baginda menundukkan kepalanya. Kami pun menundukkan kepala sambil menangis. Kami tidak mengerti apa yang baginda sumpahkan. Lalu baginda mengangkat kepalanya. Di wajahnya kelihatan khabar gembira. Hal itu lebih kami cintai daripada haiwan (unta) warna merah (harta benda). Kemudian baginda bersabda, “Tidaklah seorang hamba melakukan solat lima waktu, berpuasa Ramadan, menunaikan zakat, menjauhi dosa-dosa besar yang tujuh melainkan akan dibukakan baginya pintu syurga dan dikatakan kepadanya, “Masuklah syurga.”

2438 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الْحَكَمِ، عَنْ شُعَيْبٍ، عَنْ اللَّيْثِ، قَالَ: أَنْبَأَنَا خَالِدٌ، عَنْ ابْنِ أَبِي هِلَالٍ، عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: أَخْبَرَنِي صُهَيْبٌ، أَنَّهُ سَمِعَ مِنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَمِنْ أَبِي سَعِيدٍ، يَقُولَانِ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ أَكَبَّ، فَأَكَبَّ كُلُّ رَجُلٍ مِنَّا يَبْكِي لَا نَدْرِي عَلَى مَاذَا حَلَفَ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فِي وَجْهِهِ الْبُشْرَى، فَكَانَتْ أَحَبَّ إِلَيْنَا مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ، ثُمَّ قَالَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يُصَلِّي الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ، وَيَصُومُ رَمَضَانَ، وَيُخْرِجُ الزَّكَاةَ، وَيَجْتَنِبُ الْكَبَائِرَ السَّبْعَ، إِلَّا فُتِّحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، فَقِيلَ لَهُ: ادْخُلْ بِسَلَامٍ

2439 – ‘Amr bin ‘Utsman bin Sa‘id bin Katsir mengkhabarkan kepada saya, katanya ayah saya menyampaikan kepada kami, daripada Syu‘ayb, daripada al-Zuhri, katanya Humayd bin ‘Abdul Rahman mengkhabarkan kepada saya bahawa Abu Hurayrah berkata, saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang menginfakkan sesuatu yang berpasangan di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu-pintu syurga, “Wahai hamba Allah, hal ini lebih baik bagimu.” Syurga mempunyai banyak pintu, sesiapa yang suka melakukan solat, dia akan dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dia akan dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang sering bersedekah, dia akan dipanggil daripada pintu sedekah. Sesiapa yang sering berpuasa, dia akan dipanggil daripada pintu al-Rayyan. Abu Bakar bertanya, “Tidaklah seseorang yang dipanggil daripada pintu mana pun akan mempersoalkannya (kerana tujuan utama adalah syurga), namun adakah ada seseorang yang akan dipanggil melalui semua pintu-pintu itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Ya, saya berharap engkau termasuk salah seorangnya, wahai Abu Bakar.”

2439 - أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ بْنِ سَعِيدِ بْنِ كَثِيرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ شُعَيْبٍ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ مِنْ شَيْءٍ مِنَ الْأَشْيَاءِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، دُعِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ لَكَ، وَلِلْجَنَّةِ أَبْوَابٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: هَلْ عَلَى مَنْ يُدْعَى مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ، فَهَلْ يُدْعَى مِنْهَا كُلِّهَا أَحَدٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: نَعَمْ، وَإِنِّي أَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ يَعْنِي أَبَا بَكْرٍ

Sunan Al-Nasa’i