bab-bab adab daripada rasulullah
أَبْوَابُ الأَدَبِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Menjawab Orang Yang Bersin
Bāb Mā Jāʾa fī Tashmīt al-ʿĀṭis
بَابُ مَا جَاءَ فِي تَشْمِيتِ العَاطِسِ
2736 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu al-Ahwash menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, daripada al-Harits, daripada 'Ali, katanya, "Rasulullah ﷺ bersaba, "Ada enam hak bagi seorang muslim ke atas saudara muslim yang lain. Iaitu dia memberi salam kepada saudaranya jika dia bertemunya, dia memenuhi undangannya jika dia dijemput, dia menjawab doa bersin jika saudaranya bersin, menziarahi jika dia sakit, mengiringi jenazahnya jika dia meninggal dunia dan menyayanginya seperti dia menyayangi dirinya sendiri." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah, Abu Ayyub, al-Bara' dan Abu Mas'ud. Terdapat riwayat melalui jalur lain daripada nabi ﷺ. Sebahagian ulama hadis mempertikai al-Harits al-A'war.
٢٧٣٦ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الحَارِثِ، عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لِلْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ بِالمَعْرُوفِ، يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ، وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ، وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ، وَيَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ، وَيَتْبَعُ جَنَازَتَهُ إِذَا مَاتَ، وَيُحِبُّ لَهُ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَبِي أَيُّوبَ، وَالبَرَاءِ، وَأَبِي مَسْعُودٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ. وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُهُمْ فِي الحَارِثِ الأَعْوَرِ.
2737 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad bin Musa al-Makhzumi al-Madini menyampaikan kepada kami, daripada Sa'id bin Abu Sa'id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Ada enam perkara yang menjadi hak seorang mukmin kepada mukmin yang lain. Dia menziarahinya jika saudaranya sakit, menyaksikan (jenazahnya) jika dia meninggal dunia, memenuhi jemputannya, memberi salam jika bertemu dengannya, menjawab doa bersin jika dia bersin dan menghendaki kebaikan untuknya ketika ketiadaannya atau beradaannya." Hadis ini adalah hadis sahih. Muhammad bin Musa al-Makhzumi al-Madini seorang yang tsiqah. 'Abd al-'Aziz bin Muhammad dan Ibn Abu Fudayk ada meriwayatkan hadis daripadanya.
٢٧٣٧ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْمَخْزُومِيُّ الْمَدِينِيُّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لِلْمُؤْمِنِ عَلَى الْمُؤْمِنِ سِتُّ خِصَالٍ، يَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ وَيَشْهَدُهُ إِذَا مَاتَ، وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ، وَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ، وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ، وَيَنْصَحُ لَهُ إِذَا غَابَ أَوْ شَهِدَ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ. وَمُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْمَخْزُومِيُّ الْمَدِينِيُّ ثِقَةٌ رَوَى عَنْهُ عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، وَابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ.
2 – Bab Ucapan Orang Yang Bersin
Bāb Mā Yaqūl al-ʿĀṭis Idhā ʿAṭasa
بَابُ مَا يَقُولُ العَاطِسُ إِذَا عَطَسَ
2738 – Humayd bin Mas'adah menyampaikan kepada kami, katanya, "Ziyad bin al-Rabi' menyampaikan kepada kami, katanya, "Seorang berasal dari Hadramaut maula keluarga al-Jarud menyampaikan kepada kami, daripada Nafi', bahawa seorang lelaki pernah bersin di samping Ibn 'Umar, lalu dia mengucapkan, "Alhamdulillah, wa al-Salamu 'Ala Rasulillah." Ibn 'Umar berkata, "Aku sendiri ucapkan, "Alhamdulillah, wa al-Salamu 'Ala Rasulillah", namun, bukan demikian yang Rasulullah ﷺ ajarkan pada kami. baginda ajarkan supaya kami mengucapkan, "Alhamdulillah, 'ala kulli hal (Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan.") Hadis ini adalah hadis gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Ziyad bin al-Rabi'.
٢٧٣٨ – حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، قَالَ, حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ الرَّبِيعِ، قَالَ, حَدَّثَنَا حَضْرَمِيٌّ، مَوْلَى آلِ الْجَارُودِ عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ رَجُلاً عَطَسَ إِلَى جَنْبِ ابْنِ عُمَرَ، فَقَالَ, الحَمْدُ لِلَّهِ، وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ قَالَ ابْنُ عُمَرَ, وَأَنَا أَقُولُ, الحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ، وَلَيْسَ هَكَذَا عَلَّمَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَّمَنَا أَنْ نَقُولَ, الحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ زِيَادِ بْنِ الرَّبِيعِ.
3 – Bab Bagaimana Mendoakan Orang Yang Bersin
Bāb Mā Jāʾa Kayfa Yushammat al-ʿĀṭis
بَابُ مَا جَاءَ كَيْفَ يُشَمَّتُ الْعَاطِسُ
2739 – Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Hakim bin Daylam, daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa, katanya, "Orang Yahudi sering bersin di samping nabi ﷺ, dan mereka berharap baginda mengucapkan kepada mereka, "Semoga Allah merahmatimu." Namun, baginda mengucapkan, "Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperelokkan keadaan kamu." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Ali, Abu Ayyub, Salim bin 'Ubayd, 'Abdullah bin Ja'far dan Abu Hurayrah. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
٢٧٣٩ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ دَيْلَمَ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ, كَانَ اليَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ, يَرْحَمُكُمُ اللَّهُ، فَيَقُولُ, يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ. وَفِي البَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَأَبِي أَيُّوبَ، وَسَالِمِ بْنِ عُبَيْدٍ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ جَعْفَرٍ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
2740 – Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Ahmad al-Zubayri menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Hilal bin Yasaf, daripada Salim bin 'Ubayd, bahawa beliau pernah bersama satu kumpulan dalam suatu perjalanan, lalu, seseorang daripada mereka bersin dan mengucapkan, "Al-Salamu 'alaykum." Salim pun menjawab, "Ke atas dirimumu dan ibumu." Orang itu pun berasa tidak senang dalam dirinya, lalu Salim berkata, "Ketahuilah, sesungguhnya aku tidak mengucapkan melainkan apa yang nabi ﷺ ucapkan. Seorang lelaki pernah bersin di samping nabi ﷺ, lalu dia mengucapkan, "Kesejahteraan ke atas kamu." Nabi ﷺ menjawab, "Ke atas dirimu dan ibumu." Jika seseorang kamu bersin, maka ucapkanlah, "Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam." Orang yang menjawabnya hendaklah mengucapkan, "Semoga Allah merahmatimu." Orang yang bersin hendaklah mengucapkan, "Semoga Allah mengampuniku dan kamu." Ini adalah sebuah hadis yang para ulama berselisih pendapat berkenaan periwayatannya daripada Manshur. Kerana mereka memasukkan seorang perawi antara Hilal bin Yasaf dan Salim.
٢٧٤٠ – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عُبَيْدٍ، أَنَّهُ كَانَ مَعَ القَوْمِ فِي سَفَرٍ فَعَطَسَ رَجُلٌ مِنَ القَوْمِ، فَقَالَ, السَّلَامُ عَلَيْكُمْ، فَقَالَ, عَلَيْكَ وَعَلَى أُمِّكَ، فَكَأَنَّ الرَّجُلَ وَجَدَ فِي نَفْسِهِ، فَقَالَ, أَمَا إِنِّي لَمْ أَقُلْ إِلَاّ مَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَطَسَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ, السَّلَامُ عَلَيْكُمْ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, عَلَيْكَ وَعَلَى أُمِّكَ، إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ, الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَلْيَقُلْ لَهُ مَنْ يَرُدُّ عَلَيْهِ, يَرْحَمُكَ اللَّهُ، وَلْيَقُلْ, يَغْفِرُ اللَّهُ لِي وَلَكُمْ. هَذَا حَدِيثٌ اخْتَلَفُوا فِي رِوَايَتِهِ عَنْ مَنْصُورٍ، وَقَدْ أَدْخَلُوا بَيْنَ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ وَسَالِمٍ رَجُلاً.