bab-bab bersuci daripada rasulullah

أَبْوَابُ الطَّهَارَةِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1- Bab Sembahyang Tidak Diterima Dengan Tidak Bersuci

Bāb Mā Jāʾa Lā Tuqbal Ṣalāh bi Ghayr Ṭuhūr

بَابُ مَا جَاءَ لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ

1 - Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya, Abu ‘Awanah mengkhabarkan kepada kami, daripada Simak bin Harb. (Dalam sanad lain) Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, Waki’ menyampaikan kepada kami, daripada Israil, daripada Simak, daripada Mush'ab bin Sa’ad, daripada Ibn ‘Umar, daripada Nabi ﷺ sabdanya, “Sembahyang tidak akan diterima dengan tanpa bersuci dan sedekah (tidak akan diterima) daripada hasil harta yang diselewengkan.” Hannad meriwayatkan dalam hadisnya dengan lafaz “إِلاَّ بِطُهُورٍ” yang bermaksud "melainkan dengan bersuci.” Hadis ini merupakan hadis yang paling sahih dan paling baik dalam bab ini. Dalam bab ini juga terdapat riwayat daripada Abu al-Malih, daripada bapanya, Abu Hurayrah dan Anas. Nama Abu al-Malih bin Usamah ialah ‘Amir. Dikatakan juga (beliau ialah) Zayd bin Usamah bin ‘Umayr al-Hudzali.

1 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ (ح) وحَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ, لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ. قَالَ هَنَّادٌ فِي حَدِيثِهِ, إِلاَّ بِطُهُورٍ. هَذَا الْحَدِيثُ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَحْسَنُ. وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، عَنْ أَبِيهِ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَنَسٍ. وَأَبُو الْمَلِيحِ بْنُ أُسَامَةَ اسْمُهُ عَامِرٌ، وَيُقَالُ, زَيْدُ بْنُ أُسَامَةَ بْنِ عُمَيْرٍ الْهُذَلِيُّ.

2 Bab Kelebihan Bersuci

Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Ṭuhūr

بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الطُّهُورِ

2 – Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, Ma’an bin ‘Isa al-Qazzaz menyampaikan kepada kami katanya, Malik bin Anas menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Qutaybah menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Suhayl bin Abu Shalih, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk dengan membasuh mukanya maka keluarlah daripada mukanya segala kesalahan (dosa) yang pernah dilihat oleh kedua matanya bersama air (wuduknya) atau bersama titisan air yang terakhir atau yang seumpamanya. Apabila dia membasuh kedua-dua tangannya maka keluarlah daripada kedua-duanya segala kesalahan (dosa) yang dilakukan oleh kedua-duanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir sehingga dia keluar (selesai daripada wuduknya) dalam keadaan suci daripada dosa-dosa.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Hadis ini diriwayatkan oleh Malik, daripada Suhayl, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah. Abu Shalih adalah bapa Suhayl iaitu Abu Shalih al-Samman dan namanya ialah Dzakwan. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan nama Abu Hurayrah. Mereka berkata bahawa beliau bernama ‘Abd Shams. Ada yang mengatakan bahawa namanya ialah ‘Abdullah bin ‘Amr. Begitulah pendapat Muhammad bin Isma’il dan inilah yang paling tepat. Dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘Utsman, Tsawban, al-Shunabihi, ’Amr bin ‘Anbasah, Salman dan ‘Abdullah bin ‘Amr. Dan al-Shunabihi inilah yang meriwayatkan daripada Abu Bakar al-Shiddiq. Namun beliau tidak mendengar daripada Rasulullah ﷺ. Namanya ialah ‘Abd al-Rahman bin ‘Usaylah dan diberi gelaran Abu ‘Abdullah. Beliau pernah berjalan untuk bertemu Rasulullah ﷺ tetapi Nabi ﷺ wafat ketika beliau dalam perjalanan. Beliau juga ada meriwayatkan beberapa hadis daripada Rasulullah ﷺ. Sementara al-Shunabih bin al-A’sar al-Akhmasi merupakan sahabat Nabi ﷺ. Dia juga dipanggil dengan al-Shunabihi. Dia ada meriwayatkan hadis, katanya, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat-umat (terdahulu). Oleh itu, janganlah sesekali kamu berbunuhan selepasku (ketiadaanku).”

2 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى الْقَزَّازُ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ (ح) وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ، أَوِ الْمُؤْمِنُ، فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَتْ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ، أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ، أَوْ نَحْوَ هَذَا، وَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ، أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ، حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوبِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ , وَهُوَ حَدِيثُ مَالِكٍ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. وَأَبُو صَالِحٍ وَالِدُ سُهَيْلٍ هُوَ أَبُو صَالِحٍ السَّمَّانُ، وَاسْمُهُ ذَكْوَانُ، وَأَبُو هُرَيْرَةَ اخْتُلِفَ فِي اسْمِهِ، فَقَالُوا, عَبْدُ شَمْسٍ، وَقَالُوا, عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرٍو، وَهَكَذَا قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، وَهَذَا الأَصَحُّ. وَفِي الْبَابِ عَنْ عُثْمَانَ، وَثَوْبَانَ، وَالصُّنَابِحِيِّ، وَعَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ، وَسَلْمَانَ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو. وَالصُّنَابِحِيُّ هَذَا الَّذِي رَوَى عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ، لَيْسَ لَهُ سَمَاعٌ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَاسْمُهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عُسَيْلَةَ، وَيُكْنَى أَبَا عَبْدِ اللهِ، رَحَلَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُبِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الطَّرِيقِ، وَقَدْ رَوَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَادِيثَ. وَالصُّنَابِحُ بْنُ الأَعْسَرِ الأَحْمَسِيُّ صَاحِبُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يُقَالُ لَهُ, الصُّنَابِحِيُّ أَيْضًا، وَإِنَّمَا حَدِيثُهُ قَالَ, سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ, إِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ فَلاَ تَقْتَتِلُنَّ بَعْدِي.

3 Bab Kunci Sembahyang Adalah Bersuci

Bāb Mā Jāʾa Anna Miftāḥ al-Ṣalāh al-Ṭuhūr

بَابُ مَا جَاءَ أَنَّ مِفْتَاحَ الصَّلاَةِ الطُّهُورُ

3 - Qutaybah, Hannad dan Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, Waki’ menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan. (Dalam sanad lain) Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, ‘Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, katanya, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil, daripada Muhammad Ibn al-Hanafiyah, daripada ‘Ali, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, “Kunci sembahyang adalah bersuci, dimulakan dengan takbir (takbiratul ihram) dan diakhiri dengan memberi salam.” Hadis ini adalah hadis yang paling sahih dan paling baik dalam bab ini. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil merupakan seorang shaduq. Sebahagian ilmuwan mempersoalkannya pada sudut hafalannya. Aku mendengar Muhammad bin Isma’il berkata, “Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Ibrahim dan al-Humaydi berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil.” Muhammad berkata, “Dia seorang muqarib al-Hadis.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Jabir dan Abu Sa’id.

3 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، وَهَنَّادٌ، وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، قَالُوا, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ سُفْيَانَ (ح) وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ، عَنْ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ، عَنْ عَلِيٍّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ, مِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الطُّهُورُ، وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ، وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ. هَذَا الْحَدِيثُ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَحْسَنُ. وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ هُوَ صَدُوقٌ، وَقَدْ تَكَلَّمَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ. وسَمِعْت مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَاعِيلَ، يَقُولُ, كَانَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَالْحُمَيْدِيُّ، يَحْتَجُّونَ بِحَدِيثِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ، قَالَ مُحَمَّدٌ, وَهُوَ مُقَارِبُ الْحَدِيثِ. وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ، وَأَبِي سَعِيدٍ.

4 – Abu Bakar iaitu Muhammad bin Zanjawayh al-Baghdadi dan para perawi selainnya menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Al-Husayn bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya, Sulayman bin Qarm menyampaikan kepada kami, daripada Abu Yahya al-Qattat, daripada Mujahid, daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Kunci syurga adalah sembahyang dan kunci sembahyang adalah wuduk.”

4 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ زَنْجَوَيْهِ الْبَغْدَادِيُّ، وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا, حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ قَرْمٍ، عَنْ أَبِي يَحْيَى الْقَتَّاتِ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مِفْتَاحُ الْجَنَّةِ الصَّلاَةُ، وَمِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الْوُضُوءُ.

4 - Bab Doa Yang Dibaca Apabila Masuk Ke Bilik Air

Bāb Mā Yaqūl Idhā Dakhala al-Khalāʾ

بَابُ مَا يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ

5 – Qutaybah dan Hannad menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Waki’ menyampaikan kepada kami, daripada Syu'bah, daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Shuhayb, daripada Anas bin Malik katanya, “Nabi ﷺ apabila masuk ke bilik air, baginda akan berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu.” Syu'bah berkata, “Pada waktu lain baginda berkata, “Saya berlindung kepada Allah daripada syaitan jantan dan betina.” Di dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali, Zayd bin Arqam, Jabir dan Ibn Mas’ud. Hadis yang diriwayatkan oleh Anas adalah hadis yang paling sahih dan baik dalam bab ini. Hadis riwayat Zayd bin Arqam, pada sanadnya terdapat idhthirab. Hisyam al-Dastuwa'i dan Sa’id bin Abu ‘Arubah meriwayatkan daripada Qatadah. Namun Sa’id meriwayatkan daripada al-Qasim bin ‘Awf al-Syaybani, daripada Zayd bin Arqam. Dan Hisyam meriwayatkan daripada Qatadah, daripada Zayd bin Arqam. Syu'bah dan Ma’mar pula meriwayatkan daripada Qatadah bin al-Nadhr bin Anas. Syu'bah meriwayatkan daripada Zayd bin Arqam dan Ma’mar meriwayatkan daripada al-Nadhr bin Anas, daripada bapanya, daripada Nabi ﷺ. Saya pernah bertanya Muhammad tentang kegoncangan sanad ini, dia menjawab, “Terdapat andaian bahawa Qatadah meriwayatkan daripada kedua-duanya (al-Qasim dan al-Nadhr) sekali.”

5 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، وَهَنَّادٌ، قَالاَ, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ, كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ، قَالَ, اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ قَالَ شُعْبَةُ, وَقَدْ قَالَ مَرَّةً أُخْرَى, أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبِيثِ، أَوِ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ. وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَزَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَجَابِرٍ، وَابْنِ مَسْعُودٍ. حَدِيثُ أَنَسٍ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَحْسَنُ. وَحَدِيثُ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ فِي إِسْنَادِهِ اضْطِرَابٌ, رَوَى هِشَامٌ الدَّسْتُوَائِيُّ، وَسَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، فَقَالَ سَعِيدٌ, عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَوْفٍ الشَّيْبَانِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَقَالَ هِشَامٌ, عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَرَوَاهُ شُعْبَةُ، وَمَعْمَرٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، فَقَالَ شُعْبَةُ, عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَقَالَ مَعْمَرٌ, عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِيهِ , عن النبي ﷺ. سَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ هَذَا، فَقَالَ, يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ قَتَادَةُ رَوَى عَنْهُمَا جَمِيعًا.

Jami’ Al-Tirmidhi