bab-bab diat daripada rasulullah
أَبْوَابُ الدِّيَاتِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Berapakah Diat Dengan Unta
Bāb Mā Jāʾa fī al-Diyah Kam Hiya min al-Ibill
بَابُ مَا جَاءَ فِي الدِّيَةِ كَمْ هِيَ مِنَ الإِبِلِ
1386 – 'Ali bin Sa'id al-Kindi al-Kufi menyampaikan kepada kami, katanya, "Ibn Abu Za'idah mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Hajjaj, daripada Zayd bin Jubayr, daripada Khasyf bin Malik, katanya, "Aku mendengar Ibn Mas'ud berkata, "Rasulullah ﷺ memberikan keputusan berkenaan diat orang yang tersalah bunuh dengan 20 ekor unta betina berusia dua tahun, 20 ekor unta jantan berusia dua tahun, 20 ekor unta betina yang baru berusia tiga tahun, 20 ekor unta berusia cukup empat tahun dan 20 ekor unta yang baru berusia empat tahun." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Abdullah bin 'Amr. Abu Hisyam al-Rifa'i mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Ibn Abu Za'idah dan Abu Khalid al-Ahmar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Hajjaj bin Arthah hadis sepertinya. Hadis riwayat Ibn Mas'ud, kami hanya mengetahuinya diriwayatkan secara marfu' melalui jalur ini. Sebahagian ilmuwan beramal dengan hadis ini. Ia merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Para ilmuwan bersepakat bahawa diat boleh diambil dalam masa tiga tahun. Pada setiap tahun diambil sepertiga. Mereka berpandangan bahawa diat menjadi tanggungan kepada 'aqilah. Dan sebahagian mereka berpandangan bahawa wanita 'aqilah yang dimaksudkan di sini adalah kerabat seseorang daripada sebelah bapanya. Ia merupakan pendapat Malik dan al-Syafi'i. Sebahagian mereka berkata, "Diat hanya kepada asabah kaum lelaki, bukan wanita dan kanak-kanak. Setiap lelaki daripada mereka dikenakan tanggungan sebanyak seperempat dinar." Dan sebahagian mereka berkata, "Boleh dikenakan sehingga setengah dinar. Jika diatnya sudah selesai, itulah yang bagus. Sekiranya tidak, maka dilihat kepada kabilah yang paling rapat dengan mereka, lalu mereka diwajibkan untuk membayarnya."
١٣٨٦ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ سَعِيدٍ الكِنْدِيُّ الكُوفِيُّ، قَالَ, أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي زَائِدَةَ، عَنِ الحَجَّاجِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ خَشْفِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ, سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَ, قَضَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي دِيَةِ الخَطَإِ عِشْرِينَ بِنْتَ مَخَاضٍ، وَعِشْرِينَ بَنِي مَخَاضٍ ذُكُورًا، وَعِشْرِينَ بِنْتَ لَبُونٍ، وَعِشْرِينَ جَذَعَةً، وَعِشْرِينَ حِقَّةً. وَفِي البَابِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو. أَخْبَرَنَا أَبُو هِشَامٍ الرِّفَاعِيُّ، قَالَ, أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي زَائِدَةَ، وَأَبُو خَالِدٍ الأَحْمَرُ، عَنِ الحَجَّاجِ بْنِ أَرْطَاةَ نَحْوَهُ. حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ، لَا نَعْرِفُهُ مَرْفُوعًا إِلَاّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ. وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللهِ مَوْقُوفًا. وَقَدْ ذَهَبَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ إِلَى هَذَا، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ، وَقَدْ أَجْمَعَ أَهْلُ العِلْمِ عَلَى أَنَّ الدِّيَةَ تُؤْخَذُ فِي ثَلَاثِ سِنِينَ، فِي كُلِّ سَنَةٍ ثُلُثُ الدِّيَةِ، وَرَأَوْا أَنَّ دِيَةَ الخَطَإِ عَلَى العَاقِلَةِ، وَرَأَى بَعْضُهُمْ أَنَّ العَاقِلَةَ قَرَابَةُ الرَّجُلِ مِنْ قِبَلِ أَبِيهِ، وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ، وَالشَّافِعِيِّ. وقَالَ بَعْضُهُمْ, إِنَّمَا الدِّيَةُ عَلَى الرِّجَالِ دُونَ النِّسَاءِ، وَالصِّبْيَانِ مِنَ العَصَبَةِ، يُحَمَّلُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ رُبُعَ دِينَارٍ، وَقَدْ قَالَ بَعْضُهُمْ, إِلَى نِصْفِ دِينَارٍ فَإِنْ تَمَّتِ الدِّيَةُ، وَإِلَاّ نُظِرَ إِلَى أَقْرَبِ القَبَائِلِ مِنْهُمْ فَأُلْزِمُوا ذَلِكَ.
1387 – Ahmad bin Sa'id al-Darimi menyampaikan kepada kami, katanya, "Habban iaitu Ibn Hilal mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Muhammad bin Rasyid meyampaikan kepada kami, katanya, "Sulayman bin Musa mengkhabarkan kepada kami, daripada 'Amr bin Syu'ayb, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka (pembunuh) diserahkan kepada para wali orang yang dibunuh. Sekiranya mereka mahu maka mereka boleh balas bunuh. Dan sekiranya mereka mahu maka mereka boleh mengambil diat. Iaitu dengan 30 ekor unta baru berusia empat tahun, 30 ekor unta berusia cukup empat tahun dan 40 ekor unta bunting. Jika mereka ingin berdamai maka itu hak mereka. Hukuman demikian merupakan bentuk hukuman yang berat bagi diat (kerana membunuh dengan sengaja)." Hadis 'Abdullah bin 'Amr adalah hadis hasan gharib.
١٣٨٧ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ، قَالَ, أَخْبَرَنَا حَبَّانُ وَهُوَ ابْنُ هِلَالٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَاشِدٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ مُوسَى، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, مَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا دُفِعَ إِلَى أَوْلِيَاءِ الْمَقْتُولِ، فَإِنْ شَاءُوا قَتَلُوا، وَإِنْ شَاءُوا أَخَذُوا الدِّيَةَ، وَهِيَ ثَلَاثُونَ حِقَّةً، وَثَلَاثُونَ جَذَعَةً، وَأَرْبَعُونَ خَلِفَةً، وَمَا صَالَحُوا عَلَيْهِ فَهُوَ لَهُمْ، وَذَلِكَ لِتَشْدِيدِ العَقْلِ. حَدِيثُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.
2 – Bab Berapakah Diat Dengan Dirham
Bāb Mā Jāʾa fī al-Diyah Kam Hiya min al-Darāhim
بَابُ مَا جَاءَ فِي الدِّيَةِ كَمْ هِيَ مِنَ الدَّرَاهِمِ؟
1388 – Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, "Mu'adz bin Hani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad bin Muslim al-Tha’ifi menyampaikan kepada kami, daripada 'Amr bin Dinar, daripada 'Ikrimah, daripada Ibn 'Abbas, daripada Nabi ﷺ, bahawa baginda menetapkan diat (dengan dirham) sebanyak 12 ribu."
١٣٨٨ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هَانِئٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمٍ الطَّائِفِيُّ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ جَعَلَ الدِّيَةَ اثْنَيْ عَشَرَ أَلْفًا.
1389 – Sa'id bin 'Abd al-Rahman al-Makhzumi menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan bin 'Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada 'Amr bin Dinar, daripada 'Ikrimah, daripada Nabi ﷺ, hadis seumpamanya. Cuma tidak disebutkan Ibn 'Abbas dalam sanadnya. Dalam hadis riwayat Ibn 'Uyaynah terdapat ucapan yang lebih panjang daripada ini." Kami tidak mengetahui seorang pun dalam hadis ini yang menyebutkan daripada Ibn 'Abbas selain Muhammad bin Muslim. Sebahagian ilmuwan beramal dengan hadis ini. Ia merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Sebahagian ilmuwan berpandangan bahawa diat adalah sebanyak sepuluh ribu (dirham). Ia merupakan pendapat Sufyan al-Tsawri dan ahli Kufah. Al-Syafi'i berkata, "Aku hanya mengetahui diat unta, iaitu 100 ekor unta."
١٣٨٩ – حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَخْزُومِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ، وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَفِي حَدِيثِ ابْنِ عُيَيْنَةَ كَلَامٌ أَكْثَرُ مِنْ هَذَا. وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا يَذْكُرُ فِي هَذَا الحَدِيثِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ غَيْرَ، مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا الحَدِيثِ عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ، وَرَأَى بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ الدِّيَةَ عَشَرَةَ آلَافٍ، وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، وَأَهْلِ الْكُوفَةِ وقَالَ الشَّافِعِيُّ, لَا أَعْرِفُ الدِّيَةَ إِلَاّ مِنَ الإِبِلِ، وَهِيَ, مِائَةٌ مِنَ الْإِبِلِ.
3 – Bab Diat Kecederaan Yang Nampak Ke Tulang
Bāb Mā Jāʾa fī al-Mūḍiḥah
بَابُ مَا جَاءَ فِي الْمُوضِحَةِ
1390 – Humayd bin Mas'adah menyampaikan kepada kami, katanya, "Yazid bin Zuray' mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Husayn al-Mu'allim mengkhabarkan kepada kami, daripada 'Amr bin Syu'ayb, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Berhubung (diat) kecederaan-kecederaan (yang jelas sampai ke tulang) adalah lima ekor unta (setiap satu)." Hadis ini adalah hadis hasan. Para ilmuwan beramal dengan hadis ini. Ia merupakan pendapat Sufyan al-Tsawri, al-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Iaitu berkenaan kecederaan yang tembus sampai ke daging adalah lima ekor unta."
١٣٩٠ – حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، قَالَ, أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا حُسَيْنٌ الْمُعَلِّمُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, فِي الْمَوَاضِحِ خَمْسٌ خَمْسٌ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ، وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، وَالشَّافِعِيِّ، وَأَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ, أَنَّ فِي الْمُوضِحَةِ خَمْسًا مِنَ الإِبِلِ.