bab-bab doa daripada rasulullah
أَبْوَابُ الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Kelebihan Doa
Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Duʿāʾ
بَاب مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الدُّعَاءِ
3370 – 'Abbas bin 'Abd al-'Azhim al-’Anbari menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Dawud al-Thayalisi menyampaikan kepada kami, katanya, "'Imran al-Qaththan menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Sa'id bin Abu al-Hasan, daripada Abu Hurayrah, daripada nabi ﷺ, sabdanya, "Tiada sesuatu pun yang lebih mulia pada Allah berbanding doa." Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya diriwayatkan secara marfu' melainkan melalui hadis riwayat 'Imran al-Qaththan. Dan 'Imran al-Qaththan ialah Ibn Dawar, dipanggil dengan Abu al-'Awwam. Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, daripada 'Imran al-Qaththan, dengan sanad ini, hadis seumpamanya.
٣٣٧٠ – حَدَّثَنَا عَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ العَظِيمِ العَنْبَرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عِمْرَانُ القَطَّانُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي الحَسَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ مَرْفُوعًا إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ عِمْرَانَ القَطَّانِ، وَعِمْرَانُ القَطَّانُ هُوَ ابْنُ دَاوَرَ وَيُكْنَى أَبَا العَوَّامِ. حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ عِمْرَانَ القَطَّانِ، بِهَذَا الإِسْنَادِ نَحْوَهُ.
3371 – 'Ali bin Hujr menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Walid bin Muslim mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn Lahi'ah, daripada 'Ubaydullah bin Abu Ja'far, daripada Aban bin Shalih, daripada Anas bin Malik, daripada nabi ﷺ, sabdanya, "Doa adalah inti ibadah." Hadis ini adalah hadis gharib melalui jalur ini, Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Ibn Lahi'ah.
٣٣٧١ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا الوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ، عَنْ أَبَانَ بْنِ صَالِحٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, الدُّعَاءُ مُخُّ العِبَادَةِ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ لَهِيعَةَ.
3372 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Marwan bin Mu'awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Dzar, daripada Yusay', daripada al-Nu'man bin Basyir, daripada nabi ﷺ, sabdanya, "Doa adalah ibadah. Kemudian baginda membaca, "Dan Tuhan kamu berkata, Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankannya. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada beribadah kepada-Ku, kelak mereka akan masuk ke neraka Jahanam dalam keadaan hina." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Manshur dan al-A'masy meriwayatkannya daripada Dzar. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Dzar.
٣٣٧٢ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ ذَرٍّ، عَنْ يُسَيْعٍ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ, {وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ}. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَقَدْ رَوَاهُ مَنْصُورٌ، وَالأَعْمَشُ، عَنْ ذَرٍّ، وَلَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ ذَرٍّ.
2 – Bab Lanjutan Daripadanya
Bāb minhu
بَاب مِنْهُ
3373 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Hatim bin Isma'il menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Malih, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya, sesiapa yang tidak meminta kepada Allah maka Allah murka kepadanya." Waki' dan ramai lagi perawi meriwayatkan hadis ini daripada Abu al-Malih. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui jalur ini.
٣٣٧٣ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِنَّهُ مَنْ لَمْ يَسْأَلِ اللَّهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ. وَقَدْ رَوَى وَكِيعٌ، عَنْ غَيْرُ وَاحِدٍ، عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، هَذَا الحَدِيثَ وَلَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ.
3373/2 – Ishaq bin Manshur menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu 'Ashim menyampaikan kepada kami, daripada Humayd al-Thawil, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, daripada nabi ﷺ, hadis seumpamanya. Humayd di sini dipanggil dengan al-Farisi, beliau menetap di Madinah.
٣٣٧٣م- حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنْ حُمَيْدٍ أَبِي الْمَلِيحِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ. حُمَيْدٌ هَذَا يُقَالُ لَهُ, الْفَارِسِيُّ، سَكَنَ الْمَدِينَةَ.