bab-bab dua hari raya

أَبْوَابُ العِيدَيْنِ

382 Bab Berjalan Kaki Pada Hari Raya

Bāb fī al-Mashy Yawm al-ʿĪd

بَابٌ فِي الْمَشْيِ يَوْمَ العِيدِ

530 – Isma'il bin Musa menyampaikan kepada kami, katanya, "Syarik menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, daripada al-Harits, daripada 'Ali, katanya, "Sebahagian daripada sunnah adalah apabila engkau keluar menuju ke tempat sembahyang raya dalam keadaan berjalan kaki dan makan sesuatu sebelum keluar.” Hadis ini adalah hadis hasan. Kebanyakan ilmuwan beramal dengan hadis ini. Mereka menganggap sunnah apabila seseorang itu keluar sembahyang raya dalam keadaan berjalan kaki dan tidak menaiki tunggangan melainkan kerana uzur.

٥٣٠ – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُوسَى، قَالَ, حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الحَارِثِ، عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ, مِنَ السُّنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى العِيدِ مَاشِيًا، وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ. وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا الحَدِيثِ عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ العِلْمِ, يَسْتَحِبُّونَ أَنْ يَخْرُجَ الرَّجُلُ إِلَى العِيدِ مَاشِيًا. وَأَنْ لَا يَرْكَبَ إِلَاّ مِنْ عُذْرٍ.

383 Bab Dua Sembahyang Raya Ditunaikan Sebelum Khutbah

Bāb fī Ṣalāt al-ʿĪdayn qabla al-Khuṭbah

بَابٌ فِي صَلَاةِ الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ

531 – Muhammad bin al-Mutsanna menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada 'Ubaydullah, daripada Nafi', daripada Ibn 'Umar, katanya, "Rasulullah ﷺ, Abu Bakar dan 'Umar selalu menunaikan sembahyang dua raya sebelum khutbah. Kemudian, mereka berkhutbah.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Jabir dan Ibn 'Abbas. Hadis riwayat Ibn 'Umar adalah hadis hasan sahih. Kebanyakan ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka beramal dengan hadis ini iaitu, sembahyang dua raya sebelum khutbah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula berkhutbah sebelum sembahyang adalah Marwan bin al-Hakam.

٥٣١ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ, كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ، وَعُمَرُ يُصَلُّونَ فِي العِيدَيْنِ قَبْلَ الخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُونَ. وَفِي البَابِ عَنْ جَابِرٍ، وَابْنِ عَبَّاسٍ. حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ, أَنَّ صَلَاةَ العِيدَيْنِ قَبْلَ الخُطْبَةِ. وَيُقَالُ إِنَّ أَوَّلَ مَنْ خَطَبَ قَبْلَ الصَّلَاةِ مَرْوَانُ بْنُ الحَكَمِ.

384 Bab Sembahyang Dua Hari Raya Ditunaikan Dengan Tanpa Azan Dan Iqamat

Bāb Anna Ṣalāt al-ʿĪdayn bi Ghayr Adhān wa Lā Iqāmah

بَابُ أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ

532 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu al-Ahwash menyampaikan kepada kami, daripada Simak bin Harb, daripada Jabir bin Samurah, katanya, "Aku bersembahyang dua hari raya bersama Nabi ﷺ bukan sekali atau dua kali, dengan tanpa azan dan iqamat.”

Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Jabir bin 'Abdullah dan Ibn 'Abbas. Hadis riwayat Jabir bin Samurah adalah hadis hasan sahih. Kebanyakan ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka beramal dengan hadis ini bahawa azan tidak dilaungkan pada dua sembahyang raya dan pada mana-mana sembahyang sunat.”

٥٣٢ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ, صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ العِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلَا مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ.

وَفِي البَابِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، وَابْنِ عَبَّاسٍ. وَحَدِيثُ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَالعَمَلُ عَلَيْهِ عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ أَنَّهُ, لَا يُؤَذَّنُ لِصَلَاةِ العِيدَيْنِ وَلَا لِشَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ.

385 Bab Bacaan Pada Dua Sembahyang Raya

Bāb al-Qirāʾah fī al-ʿĪdayn

بَابُ الْقِرَاءَةِ فِي الْعِيدَيْنِ

533 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu 'Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-Muntasyir, daripada bapanya, daripada Habib bin Salim, daripada al-Nu'man bin Basyir, katanya, "Nabi ﷺ selalu membaca pada dua sembahyang raya dan sembahyang Jumaat dengan surah al-A'la dan al-Ghasyiyah. Kadang-kadang, kedua-dua sembahyang tersebut berhimpun pada hari yang sama dan baginda membaca kedua-dua surah tersebut (pada kedua-dua sembahyang tersebut).” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Waqid, Samurah bin Jundab dan Ibn 'Abbas. Hadis riwayat al-Nu'man bin Basyir adalah hadis hasan sahih. Adapun hadis yang diriwayatkan daripada Sufyan al-Tsawri dan Mis'ar, daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-Muntasyir sama seperti hadis Abu 'Awanah. Adapun Ibn ‘Uyaynah maka diperselisihkan padanya berkaitan riwayat. Diriwayatkan daripadanya, daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-Mutasyir, daripada bapanya, daripada Habib bin Salim, daripada bapanya, daripada al-Nu'man bin Basyir. Sedangkan tidak diketahui bahawa Habib bin Salim mempunyai riwayat daripada bapanya. Habib bin Salim adalah maula al-Nu'man bin Basyir. Dia pernah meriwayatkan daripada al-Nu'man bin Basyir beberapa hadis. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Uyaynah, daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-Muntasyir sama seperti riwayat mereka. Diriwayatkan daripada Nabi ﷺ bahawa baginda selalu membaca pada dua sembahyang raya dengan surah Qaf dan al-Qamar. Al-Syafi'i berpendapat dengannya.”

٥٣٣ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ سَالِمٍ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، قَالَ, كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي العِيدَيْنِ وَفِي الجُمُعَةِ, بِ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى}، وَ {هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الغَاشِيَةِ}، وَرُبَّمَا اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ فَيَقْرَأُ بِهِمَا. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ، وَسَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ، وَابْنِ عَبَّاسٍ. حَدِيثُ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَهَكَذَا رَوَى سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، وَمِسْعَرٌ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ، مِثْلَ حَدِيثِ أَبِي عَوَانَةَ. وَأَمَّا ابْنُ عُيَيْنَةَ فَيُخْتَلَفُ عَلَيْهِ فِي الرِّوَايَةِ, يُرْوَى عَنْهُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ. وَلَا يُعْرَفُ لِحَبِيبِ بْنِ سَالِمٍ رِوَايَةٌ عَنْ أَبِيهِ. وَحَبِيبُ بْنُ سَالِمٍ هُوَ مَوْلَى النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، وَرَوَى عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ أَحَادِيثَ. وَقَدْ رُوِيَ عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ نَحْوُ رِوَايَةِ هَؤُلَاءِ. وَرُوِي عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ فِي صَلَاةِ العِيدَيْنِ بِقَافٍ وَاقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ. وَبِهِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ.

534 – Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, "Ma'an bin Musa menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami, daripada Dhamrah bin Sa'id al-Mazini, daripada ‘Ubaydullah bin 'Abdullah bin 'Utbah bahawa 'Umar bin al-Khattab bertanya kepada Abu Waqid al-Laytsi, "Apakah surah yang selalu dibaca oleh Rasulullah ﷺ pada sembahyang raya Aidilfitri dan Aidiladha?” Dia menjawab, "Baginda selalu membaca surah Qaf dan al-Qamar.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

٥٣٤ – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ ضَمْرَةَ بْنِ سَعِيدٍ الْمَازِنِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُتْبَةَ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الخَطَّابِ، سَأَلَ أَبَا وَاقِدٍ اللَّيْثِيَّ, مَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ بِهِ فِي الفِطْرِ وَالأَضْحَى؟ قَالَ, كَانَ يَقْرَأُ بِـ {ق وَالقُرْآنِ الْمَجِيدِ}، وَ {اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ القَمَرُ}. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

Jami’ Al-Tirmidhi
      Bab-Bab Dua Hari Raya | Jami’ Al-Tirmidhi