bab-bab gambaran neraka daripada rasulullah

أَبْوَابُ صِفَةِ جَهَنَّمَ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 Bab Sifat Pokok Syurga

Bāb Mā Jāʾa fī Ṣifat Shajar al-Jannah

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ شَجَرِ الْجَنَّةِ

2523 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada Sa'id bin Abu Sa'id, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, daripada Rasulullah ﷺ, sabdanya, "Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebatang pokok, orang yang berkenderaan (memerlukan) 100 tahun untuk berjalan di bawah teduhannya." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Anas dan Abu Sa'id. Hadis ini adalah hadis sahih.

٢٥٢٣ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ, إِنَّ فِي الجَنَّةِ لَشَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ. وَفِي البَابِ عَنْ أَنَسٍ، وَأَبِي سَعِيدٍ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ.

2524 – 'Abbas al-Duri menyampaikan kepada kami, katanya, "'Ubaydullah bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada Syayban, daripada Firas, daripada 'Athiyyah, daripada Abu Sa'id al-Khudri, daripada nabi ﷺ, sabdanya, "Dalam syurga terdapat sebatang pokok, orang yang berkenderaan (memerlukan) 100 tahun untuk berjalan di bawah teduhannya, dia masih belum melintasinya." baginda berkata, "Itulah teduhan yang terbentang luas."

٢٥٢٤ – حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ الدُّورِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُوسَى، عَنْ شَيْبَانَ، عَنْ فِرَاسٍ، عَنْ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, فِي الجَنَّةِ شَجَرَةٌ يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا وَقَالَ, ذَلِكَ الظِّلُّ الْمَمْدُودُ.

2525 – Abu Sa'id al-Asyaj menyampaikan kepada kami, katanya, "Ziyad bin al-Hasan bin al-Furat al-Qazzaz menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiada sebatang pokok pun dalam syurga melainkan dahannya daripada emas." Hadis ini adalah hadis hasan gharib.

٢٥٢٥ – حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ الأَشَجُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ الحَسَنِ بْنِ الفُرَاتِ القَزَّازُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَا فِي الجَنَّةِ شَجَرَةٌ إِلَاّ وَسَاقُهَا مِنْ ذَهَبٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.

2 Bab Sifat Syurga Dan Nikmatnya

Bāb Mā Jāʾa fī Ṣifat al-Jannah wa Naʿīmihā

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ الجَنَّةِ وَنَعِيمِهَا

2526 – Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad bin Fudahyl menyampaikan kepada kami, daripada Hamzah al-Zayyat, daripada Ziyad al-Tha'i, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Kami berkata, "Wahai Rasulullah, kenapa kami bila bersamamu, hati-hati kami menjadi lembut, kami zuhud terhadap dunia dan kami menjadi sebahagian ahli akhirat. Apabila kami bersurai daripadamu kami bermesraan dengan isteri-isteri kamu, kami mencium anak-anak kami, kami tidak seperti keadaan bersamamu." Rasulullah ﷺ berkata, "Seandainya kamu dengan keadaan kamu ini apabila kamu bersurai dari sisiku, maka para malaikat akan mendatangi rumah-rumah kamu. Dan seandainya kamu tidak melakukan dosa, nescaya Allah menciptakan makhluk baru agar mereka berbuat dosa lalu Allah mengampuni mereka." Abu Hurayrah berkata, "Aku berkata, "Wahai Rasulullah, daripada apa makhluk itu diciptakan?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Daripada air." Aku bertanya, "Syurga itu, bagaimana bangunannya?" baginda menjawab, "Batanya daripada perak dan emas, simennya adalah kasturi yang sangat harum, tanahnya adalah mutiara dan permata, debunya adalah za'faran. Sesiapa yang memasukinya, dia merasa nikmat yang tidak jemu, kekal dan tidak mati, pakaian mereka tidak usang dan kemudaan mereka tidak hilang." Setelah itu baginda bersabda, "Tiga orang yang doanya tidak ditolak; pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika berbuka dan doa orang yang dizalimi. Doanya diangkat mengatasi awan dan pintu-pintu langit dibukakan kerananya. Allah  berfirman, Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan membantumu sekalipun setelah satu tempoh." Hadis ini sanadnya tidak berapa kuat dan menurutku, ia tidak bersambung. Hadis ini diriwayatkan juga dengan sanad lain daripada Abu Mudillah, daripada Abu Hurayrah, daripada nabi ﷺ.

٢٥٢٦ – حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ حَمْزَةَ الزَّيَّاتِ، عَنْ زِيَادٍ الطَّائِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ, مَا لَنَا إِذَا كُنَّا عِنْدَكَ رَقَّتْ قُلُوبُنَا، وَزَهِدْنَا فِي الدُّنْيَا، وَكُنَّا مِنْ أَهْلِ الآخِرَةِ، فَإِذَا خَرَجْنَا مِنْ عِنْدِكَ فَآنَسْنَا أَهَالِينَا، وَشَمَمْنَا أَوْلَادَنَا أَنْكَرْنَا أَنْفُسَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَوْ أَنَّكُمْ تَكُونُونَ إِذَا خَرَجْتُمْ مِنْ عِنْدِي كُنْتُمْ عَلَى حَالِكُمْ ذَلِكَ لَزَارَتْكُمُ الْمَلَائِكَةُ فِي بُيُوتِكُمْ، وَلَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَجَاءَ اللَّهُ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ كَيْ يُذْنِبُوا فَيَغْفِرَ لَهُمْ قَالَ, قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ مِمَّ خُلِقَ الخَلْقُ؟ قَالَ, مِنَ الْمَاءِ، قُلْتُ, الْجَنَّةُ مَا بِنَاؤُهَا؟ قَالَ, لَبِنَةٌ مِنْ فِضَّةٍ وَلَبِنَةٌ مِنْ ذَهَبٍ، وَمِلَاطُهَا الْمِسْكُ الأَذْفَرُ، وَحَصْبَاؤُهَا اللُّؤْلُؤُ وَاليَاقُوتُ، وَتُرْبَتُهَا الزَّعْفَرَانُ مَنْ دَخَلَهَا يَنْعَمُ وَلَا يَبْأَسُ، وَيَخْلُدُ وَلَا يَمُوتُ، لَا تَبْلَى ثِيَابُهُمْ، وَلَا يَفْنَى شَبَابُهُمْ ثُمَّ قَالَ, ثَلَاثٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ، الإِمَامُ العَادِلُ، وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا فَوْقَ الغَمَامِ، وَتُفَتَّحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَيَقُولُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ, وَعِزَّتِي لأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ. هَذَا حَدِيثٌ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِذَاكَ القَوِيِّ وَلَيْسَ هُوَ عِنْدِي بِمُتَّصِلٍ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الحَدِيثُ بِإِسْنَادٍ آخَرَ عَنْ أَبِي مُدِلَّةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

3 Bab Gambaran Bilik-Bilik Syurga

Bāb Mā Jāʾa fī Ṣifat Ghuraf al-Jannah

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ غُرَفِ الجَنَّةِ

2527 – 'Ali bin Hujr menyampaikan kepada kami, katanya, "'Ali bin Mushir menyampaikan kepada kami, daripada 'Abd al-Rahman bin Ishaq, daripada al-Nu'man bin Sa'ad, daripada 'Ali, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya dalam syurga terdapat bilik-bilik, bahagian luarnya terlihat dari dalam dan dalamnya terlihat dari luar." Lantas seorang badwi bangun, lalu bertanya, "Untuk siapa itu, wahai Rasulullah?" baginda menjawab, "Ia untuk sesiapa yang bercakap dengan baik, memberi makan, sentiasa berpuasa dan sembahyang pada waktu malam kerana Allah ketika orang lain sedang tidur." Hadis ini adalah hadis gharib. Sebahagian ilmuwan mempertikai 'Abd al-Rahman bin Ishaq pada sudut hafalannya. Beliau seorang yang berasal dari Kufah. Manakala, 'Abd al-Rahman bin Ishaq al-Qurasyi berasal dari Madinah, dia lebih kuat daripada yang pertama.

٢٥٢٧ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِنَّ فِي الجَنَّةِ لَغُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا فَقَامَ إِلَيْهِ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ, لِمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ, هِيَ لِمَنْ أَطَابَ الكَلَامَ، وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ، وَأَدَامَ الصِّيَامَ، وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ فِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسْحَاقَ هَذَا مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَهُوَ كُوفِيٌّ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ القُرَشِيُّ مَدِينِيٌّ وَهُوَ أَثْبَتُ مِنْ هَذَا.

Jami’ Al-Tirmidhi