bab-bab hukum daripada rasulullah
أَبْوَابُ الأَحْكَامِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Hadis Daripada Rasulullah ﷺ Tentang Qadi
Bāb Mā Jāʾa ʿan Rasūlillāh Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama fī al-Qāḍī
بَابُ مَا جَاءَ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي القَاضِي
1322 – Muhammad bin 'Abd al-A'la al-Shan’ani menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Mu'tamir bin Sulayman menyampaikan kepada kami, katanya, "Aku mendengar 'Abd al-Malik menyampaikan daripada 'Abdullah bin Mawhab, bahawa 'Utsman berkata kepada Ibn 'Umar, "Pergi dan berikanlah keputusan kepada orang ramai." Ibn 'Umar berkata, "Tidakkah engkau mahu mengasihiku, wahai Amir al-Mukminin?" 'Utsman berkata, "Mengapa engkau tidak suka urusan ini, sedangkan dahulu bapamu juga memberikan keputusan (kepada orang ramai sebagai qadi)?" Ibn 'Umar berkata, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang menjadi qadi lalu dia memberikan keputusan dengan adil maka dia (ibarat) hampas (hanya sekadar menjalankan tanggungjawab dengan tidak mendapat pahala mahupun dosa)." Maka, apa lagi yang boleh aku harapkan selepas itu?" Berhubung hadis ini, terdapat kisah (lebih lengkap)." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah. Hadis riwayat Ibn 'Umar adalah hadis gharib. Menurutku, sanad hadis ini tidak bersambung. 'Abd al-Malik yang al-Mu'tamir riwayatkan daripadanya dalam hadis ini ialah 'Abd al-Malik bin Abu Jamilah.
١٣٢٢ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الأَعْلَى الصَّنْعَانِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ, سَمِعْتُ عَبْدَ الْمَلِكِ يُحَدِّثُ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَوْهَبٍ، أَنَّ عُثْمَانَ قَالَ لاِبْنِ عُمَرَ, اذْهَبْ فَاقْضِ بَيْنَ النَّاسِ، قَالَ, أَوَ تُعَافِينِي يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ, فَمَا تَكْرَهُ مِنْ ذَلِكَ، وَقَدْ كَانَ أَبُوكَ يَقْضِي؟ قَالَ, إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ, مَنْ كَانَ قَاضِيًا فَقَضَى بِالعَدْلِ فَبِالحَرِيِّ أَنْ يَنْقَلِبَ مِنْهُ كَفَافًا. فَمَا أَرْجُو بَعْدَ ذَلِكَ؟ وَفِي الحَدِيثِ قِصَّةٌ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَلَيْسَ إِسْنَادُهُ عِنْدِي بِمُتَّصِلٍ وَعَبْدُ الْمَلِكِ الَّذِي رَوَى عَنْهُ الْمُعْتَمِرُ هَذَا، هُوَ عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ أَبِي جَمِيلَةَ.
1322/2 – Muhammad bin Isma'il menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Hasan bin Bisyr menyampaikan kepadaku, Syarik menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Sa'ad bin 'Ubaydah, daripada Ibn Buraydah, daripada bapanya, bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Qadi ada tiga jenis. Dua qadi di neraka dan satu qadi di syurga. (Pertama), seorang yang memberikan keputusan palsu sedangkan dia mengetahui kebenaran maka dia di neraka. (Kedua), qadi yang tidak mengetahui (sama ada jahil ilmu atau tidak tahu tentang kes yang mahu diputuskan dengan sempurna) lalu dia menzalimi hak-hak orang ramai maka dia di neraka. (Ketiga), qadi yang memberikan keputusan dengan benar maka dia di syurga."
١٣٢٢م- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ, حَدَّثَنِي الحَسَنُ بْنُ بِشْرٍ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, القُضَاةُ ثَلَاثَةٌ, قَاضِيَانِ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ فِي الجَنَّةِ، رَجُلٌ قَضَى بِغَيْرِ الحَقِّ فَعَلِمَ ذَاكَ فَذَاكَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ لَا يَعْلَمُ فَأَهْلَكَ حُقُوقَ النَّاسِ فَهُوَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ قَضَى بِالحَقِّ فَذَلِكَ فِي الجَنَّةِ.
1323 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Waki' menyampaikan kepada kami, daripada Israil, daripada 'Abd al-'Ala, daripada Bilal bin Abu Musa, daripada Anas bin Malik, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang meminta jawatan qadi maka urusan itu akan dibebankan kepada dirinya. Dan sesiapa yang dilantik dengan terpaksa maka Allah akan turunkan malaikat kepadanya untuk membimbingnya kepada kebenaran."
١٣٢٣ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى، عَنْ بِلَالِ بْنِ أَبِي مُوسَى، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ سَأَلَ القَضَاءَ وُكِلَ إِلَى نَفْسِهِ، وَمَنْ أُجْبِرَ عَلَيْهِ يُنْزِلُ اللَّهُ عَلَيْهِ مَلَكًا فَيُسَدِّدُهُ.
1324 – 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya bin Hammad mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu 'Awanah, daripada 'Abd al-'Ala al-Tsa’labi, daripada Bilal bin Mirdas al-Fazari, daripada Khaytsamah al-Bashri, daripada Anas, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Sesiapa yang mahu jawatan qadi dan memintanya dengan perantara orang-orang berkuasa maka urusan itu akan dibebankan kepada dirinya. Dan sesiapa yang dilantik dengan terpaksa maka Allah turunkan malaikat kepadanya untuk membimbingnya kepada kebenaran." Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Hadis ini lebih sahih daripada hadis riwayat Israil daripada 'Abd al-A'la.
١٣٢٤ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ, أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ حَمَّادٍ، عَنْ أَبِي عَوَانَةَ، عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى الثَّعْلَبِيِّ، عَنْ بِلَالِ بْنِ مِرْدَاسٍ الفَزَارِيِّ، عَنْ خَيْثَمَةَ وَهُوَ البَصْرِيُّ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, مَنْ ابْتَغَى القَضَاءَ وَسَأَلَ فِيهِ شُفَعَاءَ وُكِلَ إِلَى نَفْسِهِ، وَمَنْ أُكْرِهَ عَلَيْهِ أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْهِ مَلَكًا يُسَدِّدُهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، وَهُوَ أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ إِسْرَائِيلَ، عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى.
1325 – Nashr bin 'Ali al-Jahdhami menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Fudhayl bin Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada 'Amr bin Abu 'Amr, daripada Sa'id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang menjawat jawatan qadi atau dilantik sebagai qadi (untuk memberi keputusan) antara orang ramai maka sesungguhnya dia (ibarat) telah disembelih dengan tanpa menggunakan pisau." Hadis ini adalah hadis hasan gharib melalui jalur ini. Ia juga diriwayatkan melalui jalur lain daripada Abu Hurayrah daripada Nabi ﷺ.
١٣٢٥ – حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الجَهْضَمِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا الفُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ وَلِيَ القَضَاءَ، أَوْ جُعِلَ قَاضِيًا بَيْنَ النَّاسِ فَقَدْ ذُبِحَ بِغَيْرِ سِكِّينٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ، وَقَدْ رُوِيَ أَيْضًا مِنْ غَيْرِ هَذَا الوَجْهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.