bab-bab ilmu daripada rasulullah
أَبْوَابُ الْعِلْمِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Apabila Allah Mahu Kebaikan Pada Seorang Hamba Maka Allah Kurniakan Kefahaman Agama Yang Mendalam Kepadanya
Bāb Idhā Arāda Allāh bi ʿAbd Khayrā Faqqahahu fī al-Dīn
بَابُ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا فَقَّهَهُ فِي الدِّينِ
2645 – 'Ali bin Hujr menyampaikan kepada kami, katanya, "Isma'il bin Ja'far menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin Sa'id bin Abu Hind menyampaikan kepadaku, daripada bapanya, daripada Ibn 'Abbas, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya maka Allah akan berikan kefahaman (mendalam) pada agama." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Umar, Abu Hurayrah dan Mu'awiyah. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
٢٦٤٥ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ, حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ, مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَمُعَاوِيَةَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
2 – Bab Kelebihan Menuntut Ilmu
Bāb Faḍl Ṭalab al-ʿIlm
بَابُ فَضْلِ طَلَبِ العِلْمِ
2646 – Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu maka Allah permudahkan untuknya jalan ke syurga." Hadis ini adalah hadis hasan.
٢٦٤٦ – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّةِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
2647 – Nashr bin 'Ali menyampaikan kepada kami, katanya, "Khalid bin Yazid al-'Ataki menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ja'far al-Razi, daripada al-Rabi' bin Anas, daripada Anas bin Malik, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang." Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Sebahagian perawi meriwayatkannya dengan tidak memarfu'kannya.
٢٦٤٧ – حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ, حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ العَتَكِيُّ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ الرَّازِيِّ، عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ العِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَرَوَاهُ بَعْضُهُمْ فَلَمْ يَرْفَعْهُ.
2648 – Muhammad bin Humayd al-Razi menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad bin al-Mu'alla menyampaikan kepada kami, katanya, "Ziyad bin Khaytsamah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Dawud, daripada 'Abdullah bin Sakhbarah, daripada Sakhbarah, daripada nabi ﷺ, sabdanya, "Sesiapa yang menuntut ilmu maka ia menjadi penghapus dosanya yang lalu." Hadis ini adalah hadis yang lemah sanadnya. Nama Abu Dawud ialah Nufay' al-A'ma, beliau dinilai lemah dalam hadis. Kami tidak mengetahui 'Abdullah bin Sakhbarah banyak meriwayatkan hadis, begitu juga bapanya.
٢٦٤٨ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ الرَّازِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُعَلَّى، قَالَ, حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ خَيْثَمَةَ، عَنْ أَبِي دَاوُدَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَخْبَرَةَ، عَنْ سَخْبَرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ, مَنْ طَلَبَ العِلْمَ كَانَ كَفَّارَةً لِمَا مَضَى. هَذَا حَدِيثٌ ضَعِيفُ الإِسْنَادِ، أَبُو دَاوُدَ اسْمُهُ نُفَيْعٌ الأَعْمَى يُضَعَّفُ فِي الحَدِيثِ، وَلَا نَعْرِفُ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ سَخْبَرَةَ كَبِيرَ شَيْءٍ وَلَا لأَبِيهِ.
3 – Bab Menyembunyikan Ilmu
Bāb Mā Jāʾa fī Kitmān al-ʿIlm
بَابُ مَا جَاءَ فِي كِتْمَانِ العِلْمِ
2649 – Ahmad bin Budayl bin Quraisy al-Yami al-Kufi menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, daripada 'Umarah bin Zadzan, daripada 'Ali bin al-Hakam, daripada 'Atha', daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang ditanya tentang suatu ilmu yang diketahuinya, kemudian dia menyembunyikannya, maka pada hari kiamat dia akan dibelenggu dengan tali kekang dari neraka." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Jabir dan 'Abdullah bin 'Amr. Hadis riwayat Abu Hurayrah adalah hadis hasan.
٢٦٤٩ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ بُدَيْلِ بْنِ قُرَيْشٍ اليَامِيُّ الكُوفِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ زَاذَانَ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الحَكَمِ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ عَلِمَهُ ثُمَّ كَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ. وَفِي البَابِ عَنْ جَابِرٍ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو. حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ.