bab-bab jenazah daripada rasulullah ﷺ

أَبْوَابُ الْجَنَائِزِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 Bab Pahala Orang Sakit

Bāb Mā Jāʾa fī Thawāb al-Marīḍ

بَابُ مَا جَاءَ فِي ثَوَابِ الْمَرِيضِ

965 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Mu'awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A’masy, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, daripada 'A'isyah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidaklah seorang mukmin terkena duri atau lebih lagi melainkan Allah mengangkat untuknya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahannya dengan sebabnya.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Sa'ad bin Abu Waqqash, Abu ‘Ubaydah bin al-Jarrah, Abu Hurayrah, Abu Umamah, Abu Sa'id, Anas, 'Abdullah bin 'Amr, Asad bin Kurz, Jabir bin 'Abdullah, 'Abd al-Rahman bin Azhar dan Abu Musa. Hadis riwayat 'A'isyah adalah hadis hasan sahih.

٩٦٥ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا، إِلَاّ رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً، وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً. وَفِي البَاب عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، وَأَبِي عُبَيْدَةَ بْنِ الجَرَّاحِ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَبِي أُمَامَةَ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَأَنَسٍ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَأَسَدِ بْنِ كُرْزٍ، وَجَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَزْهَرَ، وَأَبِي مُوسَى. حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

966 – Sufyan bin Waki' menyampaikan kepada kami, katanya, "Bapaku menyampaikan kepada kami, daripada Usamah bin Zayd, daripada Muhammad bin 'Amr bin 'Atha', daripada 'Atha' bin Yasar, daripada Abu Sa'id al-Khudri, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiada satu perkara pun yang menimpa orang mukmin berupa kecederaan, kesedihan dan kesakitan berpanjangan sehingga kegundahan menimpanya melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.” Hadis ini adalah hadis hasan dalam bab ini. Aku mendengar al-Jarud berkata, "Aku mendengar Waki' berkata, "Kegundahan tidak pernah didengari menjadi penghapus dosa melainkan pada hadis ini.” Sebahagian mereka meriwayatkan hadis ini daripada 'Atha' bin Yasar, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ.”

٩٦٦ – حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَطَاءٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَا مِنْ شَيْءٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ نَصَبٍ، وَلَا حَزَنٍ، وَلَا وَصَبٍ حَتَّى الهَمُّ يَهُمُّهُ إِلَاّ يُكَفِّرُ اللَّهُ بِهِ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ فِي هَذَا البَابِ. وَسَمِعْتُ الجَارُودَ يَقُولُ, سَمِعْتُ وَكِيعًا يَقُولُ, لَمْ يُسْمَعْ فِي الهَمِّ أَنَّهُ يَكُونُ كَفَّارَةً إِلَاّ فِي هَذَا الحَدِيثِ. وَقَدْ رَوَى بَعْضُهُمْ هَذَا الحَدِيثَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

2 Bab Menziarahi Orang Sakit

Bāb Mā Jāʾa fī ʿiyādat al-Marīḍ

بَابُ مَا جَاءَ فِي عِيَادَةِ الْمَرِيضِ

967 – Humayd bin Mas'adah menyampaikan kepada kami, katanya, "Yazid bin Zuray’ menyampaikan kepada kami, katanya, "Khalid al-Hadzdza' menyampaikan kepada kami, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Asma' al-Rahabi, daripada Tsawban, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Sesungguhnya seorang muslim yang menziarahi saudaranya yang muslim (yang sakit) maka dia sentiasa mendapat buah-buahan yang dipetik di Syurga.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Ali, Abu Musa, Abu Hurayrah, Anas dan Jabir. Hadis riwayat Tsawban adalah hadis hasan. Abu Ghifar dan 'Ashim al-Ahwal meriwayatkan hadis ini daripada Abu Qilabah, daripada Abu al-Asy'ats, daripada Abu Asma', daripada Tsawban, daripada Nabi ﷺ hadis yang seumpamanya.” Aku mendengar Muhammad berkata, "Sesiapa yang meriwayatkan hadis ini daripada Abu al-Asy'ats, daripada Abu Asma' maka ia lebih sahih.” Muhammad berkata lagi, "Hadis-hadis riwayat Abu Qilabah sebenarnya ia daripada Abu Asma' melainkan hadis ini. menurutku, hadis ini diriwayatkan daripada Abu al-Ays'ats daripada Abu Asma'.”

٩٦٧ – حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا خَالِدٌ الحَذَّاءُ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ، عَنْ ثَوْبَانَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الجَنَّةِ. وَفِي البَاب عَنْ عَلِيٍّ، وَأَبِي مُوسَى، وَالبَرَاءِ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَنَسٍ، وَجَابِرٍ. حَدِيثُ ثَوْبَانَ حَدِيثٌ حَسَنٌ. وَرَوَى أَبُو غِفَارٍ، وَعَاصِمٌ الأَحْوَلُ هَذَا الحَدِيثَ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ أَبِي الأَشْعَثِ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ، عَنْ ثَوْبَانَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ. وَسَمِعْتُ مُحَمَّدًا يَقُولُ, مَنْ رَوَى هَذَا الحَدِيثَ، عَنْ أَبِي الأَشْعَثِ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ فَهُوَ أَصَحُّ. قَالَ مُحَمَّدٌ, وَأَحَادِيثُ أَبِي قِلَابَةَ إِنَّمَا هِيَ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ إِلَاّ هَذَا الحَدِيثَ فَهُوَ عِنْدِي عَنْ أَبِي الأَشْعَثِ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ.

968 – Muhammad bin Wazir al-Wasithi menyampaikan kepada kami, Yazid bin Harun menyampaikan kepada kami, daripada 'Ashim al-Ahwal, daripada Abu Qilabah, daripada Abu al-Asy'ats, daripada Abu Asma', daripada Tsawban, daripada Nabi ﷺ hadis yang seumpamanya. Cuma dia menambah padanya, "Ditanya, "Apakah itu khurfah al-Jannah?” Baginda menjawab, "Buah-buahan yang dipetik.” Ahmad bin 'Abdah al-Dhabbi menyampaikan kepada kami, katanya, "Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Asma', daripada Tsawban, daripada Nabi ﷺ sama seperti hadis riwayat Khalid. Tetapi dia tidak menyebutkan dalam sanadnya "daripada Abu al-Asy'ats.” Sebahagian mereka meriwayatkannya daripada Hammad bin Zayd dan tidak memarfu'kannya.”

٩٦٨ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ وَزِيرٍ الوَاسِطِيُّ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، عَنْ عَاصِمٍ الأَحْوَلِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ أَبِي الأَشْعَثِ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ، عَنْ ثَوْبَانَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ، وَزَادَ فِيهِ, قِيلَ, مَا خُرْفَةُ الجَنَّةِ؟ قَالَ, جَنَاهَا. حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ، عَنْ ثَوْبَانَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ حَدِيثِ خَالِدٍ، وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ أَبِي الأَشْعَثِ. وَرَوَاهُ بَعْضُهُمْ، عَنْ حَمَّادِ بْنِ زَيْدٍ وَلَمْ يَرْفَعْهُ.

969 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Husayn bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya, "Israil menyampaikan kepada kami, daripada Tsuwayr bin Abu Fakhitah, daripada bapanya, dia berkata, "'Ali memegang tanganku sambil berkata, "Mari pergi bersama kami menziarahi al-Hasan. Maka kami mendapati di sampingnya Abu Musa.” 'Ali berkata, "Wahai Abu Musa, adakah engkau datang untuk menziarahi orang sakit atau sekadar berkunjung?” Abu Musa menjawab, "Menziarahi orang sakit.” 'Ali berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidaklah seorang muslim yang menziarahi muslim yang lain (yang sakit) pada waktu pagi melainkan 70 ribu para Malaikat akan mendoakannya sehingga petang. Dan tidaklah dia menziarahinya pada waktu petang melainkan 70 ribu para Malaikat akan mendoakannya sehingga pagi. Untuknya buah-buahan yang dipetik di Syurga.” Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Hadis ini diriwayatkan daripada 'Ali melalui beberapa jalur. Ada antara mereka yang meriwayatkannya secara mawquf dan tidak meriwayatkannya secara marfu'. Nama Abu Fakhitah ialah Sa'id bin 'Ilaqah.

٩٦٩ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا الحُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ، عَنْ ثُوَيْرٍ هُوَ ابْنُ أَبِي فَاخِتَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ, أَخَذَ عَلِيٌّ بِيَدِي، قَالَ, انْطَلِقْ بِنَا إِلَى الحَسَنِ نَعُودُهُ، فَوَجَدْنَا عِنْدَهُ أَبَا مُوسَى، فَقَالَ عَلِيٌّ, أَعَائِدًا جِئْتَ يَا أَبَا مُوسَى أَمْ زَائِرًا؟ فَقَالَ, لَا بَلْ عَائِدًا، فَقَالَ عَلِيٌّ, سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ, مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إِلَاّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلَاّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الجَنَّةِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَلِيٍّ هَذَا الحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ مِنْهُمْ مَنْ وَقَفَهُ وَلَمْ يَرْفَعْهُ وَأَبُو فَاخِتَةَ, اسْمُهُ سَعِيدُ بْنُ عِلَاقَةَ.

Jami’ Al-Tirmidhi