bab-bab jihad daripada rasulullah
أَبْوَابُ الْجِهَادِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Kelonggaran Bagi Orang-Orang Yang Uzur Untuk Tidak Pergi Berjihad
Bāb Mā Jāʾa fī al-Rukhṣah li Ahl al-ʿUdhr fī al-Quʿūd
بَابُ مَا جَاءَ فِي الرُّخْصَةِ لأَهْلِ العُذْرِ فِي القُعُودِ
1670 – Nashr bin 'Ali al-Jahdhami menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Mu'tamir bin Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Abu Ishaq, daripada al-Bara' bin 'Azib, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Datangkanlah kepadaku tulang atau papan, lalu baginda menulis, "Tidak sama orang yang duduk (tidak pergi berjihad) daripada kalangan kaum mukmin (dengan orang yang pergi berjihad)." (Ketika itu), 'Amr bin Ummu Maktum berada di belakang baginda, lalu bertanya, "Adakah aku mendengar kelonggaran?" Maka, turun ayat, "Selain orang-orang yang ada keuzuran." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibn 'Abbas, Jabir dan Zayd bin Tsabit. Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib melalui hadis riwayat Sulayman al-Taymi daripada Abu Ishaq. Syu'bah dan al-Tsawri ada meriwayatkan hadis ini daripada Abu Ishaq.
١٦٧٠ – حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الجَهْضَمِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ البَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, ائْتُونِي بِالكَتِفِ، أَوِ اللَّوْحِ، فَكَتَبَ, {لَا يَسْتَوِي القَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ}، وَعَمْرُو ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ خَلْفَ ظَهْرِهِ، فَقَالَ, هَلْ لِي مِنْ رُخْصَةٍ؟ فَنَزَلَتْ, {غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ}. وَفِي البَاب عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَجَابِرٍ، وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ وَقَدْ رَوَى شُعْبَةُ، وَالثَّوْرِيُّ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ هَذَا الحَدِيثَ.
2 – Bab Orang Yang Keluar Berperang Dan Meninggalkan Kedua Ibu-Bapanya
Bāb Mā Jāʾa fī Man Kharaja fī al-Ghazw wa Taraka Abawayhi
بَابُ مَا جَاءَ فِيمَنْ خَرَجَ فِي الغَزْوِ وَتَرَكَ أَبَوَيْهِ
1671 – Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya bin Sa'id menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan dan Syu'bah, daripada Habib bin Abu Tsabit, daripada Abu al-'Abbas, daripada 'Abdullah bin 'Amr, katanya, "Seorang lelaki datang berjumpa Nabi ﷺ untuk meminta izin keluar berjihad." baginda bertanya, "Adakah engkau masih mempunyai dua ibu bapa?" Lelaki itu menjawab, "Ya." baginda berkata, "Jika begitu, engkau berjihadlah pada mereka berdua (dengan menjaganya)." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibn 'Abbas. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Abu al-'Abbas ialah al-Sya'ir al-A'ma al-Makki dan namanya ialah al-Sa’ib bin Farrukh.
١٦٧١ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سُفْيَانَ، وَشُعْبَةَ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ أَبِي العَبَّاسِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ, جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَأْذِنُهُ فِي الجِهَادِ، فَقَالَ, أَلَكَ وَالِدَانِ؟، قَالَ, نَعَمْ، قَالَ, فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ. وَفِي البَاب عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَأَبُو العَبَّاسِ هُوَ الشَّاعِرُ الأَعْمَى الْمَكِّيُّ وَاسْمُهُ, السَّائِبُ بْنُ فَرُّوخَ.
3 – Bab Orang Lelaki Yang Dihantar Bersendirian Dalam Pasukan
Bāb Mā Jāʾa fī al-Rajul Yubʿath Waḥdahu Sariyyah
بَابُ مَا جَاءَ فِي الرَّجُلِ يُبْعَثُ وَحْدَهُ سَرِيَّةً
1672 – Muhammad bin Yahya al-Naysaburi menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Hajjaj bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya, "Ibn Jurayj menyampaikan kepada kami, berhubung firman Allah, "Hendaklah kamu taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu." Ibn Jurayj berkata, "'Abdullah bin Hudzafah bin Qays bin 'Adi al-Sahmi telah dihantar oleh Rasulullah ﷺ sebagai ketua kepada pasukan tentera." Perkara ini diceritakan oleh Ya'la bin Muslim, daripada Sa'id bin Jubayr, daripada Ibn 'Abbas. Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Ibn Jurayj.
١٦٧٢ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى النَّيْسَابُورِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا الحَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، فِي قَوْلِهِ, {أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ}، قَالَ, عَبْدُ اللهِ بْنُ حُذَافَةَ بْنِ قَيْسِ بْنِ عَدِيٍّ السَّهْمِيُّ بَعَثَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى سَرِيَّةٍ أَخْبَرَنِيهِ يَعْلَى بْنُ مُسْلِمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ جُرَيْجٍ.
4 – Bab Larangan Seseorang Bermusafir Bersendirian
Bāb Mā Jāʾa fī Karāhiyat An Yusāfir al-Rajul Waḥdahu
بَابُ مَا جَاءَ فِي كَرَاهِيَةِ أَنْ يُسَافِرَ الرَّجُلُ وَحْدَهُ
1673 – Ahmad bin 'Abdah al-Dhabbi al-Bashri menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan bin 'Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada 'Ashim bin Muhammad, daripada bapanya, daripada Ibn 'Umar, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sekiranya orang ramai tahu seperti yang aku tahu berkenaan bersendirian maka tiada seorang pun yang berkenderaan pada waktu malam. Iaitu dengan bersendirian."
١٦٧٣ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ البَصْرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَوْ أَنَّ النَّاسَ يَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ مِنَ الْوِحْدَةِ مَا سَارَ رَاكِبٌ بِلَيْلٍ يَعْنِي, وَحْدَهُ.
1674 – Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, "Ma'an menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami, daripada 'Abd al-Rahman bin Harmalah, daripada 'Amr bin Syu'ayb, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Seorang yang berkenderaan itu satu syaitan, dua orang yang berkenderaan itu dua syaitan dan tiga orang barulah rombongan." Hadis riwayat Ibn 'Umar adalah hadis hasan sahih. Kami tidak mengetahuinya melainkan pada jalur ini melalui hadis riwayat 'Ashim. Dia ialah Ibn Muhammad bin Zayd bin 'Abdullah bin 'Umar. Muhammad berkata, "Dia seorang tsiqah, shaduq. Manakala, 'Ashim bin 'Umar al-'Umari adalah seorang yang lemah dalam hadis, aku tidak meriwayatkan satu hadis pun daripadanya." Hadis riwayat 'Abdullah bin 'Amr adalah hadis hasan.
١٦٧٤ – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَرْمَلَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, الرَّاكِبُ شَيْطَانٌ، وَالرَّاكِبَانِ شَيْطَانَانِ، وَالثَّلَاثَةُ رَكْبٌ. حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ عَاصِمٍ، وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ, مُحَمَّدٌ, هُوَ ثِقَةٌ صَدُوقٌ، وَعَاصِمُ بْنُ عُمَرَ العُمَرِيُّ ضَعِيفٌ فِي الحَدِيثِ لَا أَرْوِي عَنْهُ شَيْئًا، وَحَدِيثُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو حَدِيثٌ حَسَنٌ.