bab-bab kelebihan al-quran daripada rasulullah

أَبْوَابُ فَضَائِلِ الْقُرْآنِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 Bab Kelebihan Surah Al-Fatihah

Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl Fātiḥat al-Kitāb

بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ فَاتِحَةِ الكِتَابِ

2875 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-'Aziz bin Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada al-'Ala' bin 'Abd al-Rahman, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ keluar bertemu Ubay bin Ka'ab. Rasulullah ﷺ berkata, "Wahai Ubay." Ketika itu, beliau sedang bersembahyang. Ubay berpaling tetapi dia tidak menjawab salam baginda. Ubay pun meringkaskan sembahyangnya, kemudian dia berpaling kepada Rasulullah ﷺ, lalu menjawab, "Assalamualaika, ya Rasulullah." Rasulullah ﷺ menjawab, "Wa 'Alayka al-Salam. Apa yang menghalangmu daripada memenuhi panggilanku ketika aku memanggilmu?" Ubay menjawab, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sedang sembahyang tadi." baginda berkata, "Apakah engkau tidak tahu ayat yang diwahyukan kepadaku, "Kamu sahutlah panggilan Allah dan Rasul apabila dia memanggilmu pada perkara yang menghidupkan kamu." Ubay menjawab, "Benar, aku tidak akan mengulanginya lagi, insya-Allah." baginda berkata, "(Adakah) engkau mahu aku ajarkanmu satu surah yang tidak diturunkan dalam Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan sepertinya?" Ubay menjawab, "Tentu sekali, wahai Rasulullah." Rasulullah ﷺ bertanya, "Bagaimana engkau membaca dalam sembahyang?" Abu Hurayrah berkata, "Lalu baginda membaca surah al-Fatihah." Rasulullah ﷺ bersabda, "Demi yang jiwaku di tangan-Nya, belum ada lagi surah sepertinya yang diturunkan dalam Taurat, Injil, Zabur mahupun al-Furqan. Ia adalah sab' al-Matsani wa al-Quran al-'Adzhim yang dikurniakannya kepadaku." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Anas.

٢٨٧٥ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنِ العَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, يَا أُبَيُّ وَهُوَ يُصَلِّي، فَالتَفَتَ أُبَيٌّ وَلَمْ يُجِبْهُ، وَصَلَّى أُبَيٌّ فَخَفَّفَ، ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ, السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, وَعَلَيْكَ السَّلَامُ، مَا مَنَعَكَ يَا أُبَيُّ أَنْ تُجِيبَنِي إِذْ دَعَوْتُكَ فَقَالَ, يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي كُنْتُ فِي الصَّلَاةِ، قَالَ, أَفَلَمْ تَجِدْ فِيمَا أُوحِي إِلَيَّ أَنْ {اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ} قَالَ, بَلَى وَلَا أَعُودُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ، قَالَ, تُحِبُّ أَنْ أُعَلِّمَكَ سُورَةً لَمْ يَنْزِلْ فِي التَّوْرَاةِ وَلَا فِي الإِنْجِيلِ وَلَا فِي الزَّبُورِ وَلَا فِي الفُرْقَانِ مِثْلُهَا؟ قَالَ, نَعَمْ يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, كَيْفَ تَقْرَأُ فِي الصَّلَاةِ؟ قَالَ, فَقَرَأَ أُمَّ القُرْآنِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا أُنْزِلَتْ فِي التَّوْرَاةِ وَلَا فِي الْإِنْجِيلِ وَلَا فِي الزَّبُورِ وَلَا فِي الفُرْقَانِ مِثْلُهَا، وَإِنَّهَا سَبْعٌ مِنَ الْمَثَانِي وَالقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُعْطِيتُهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَفِي البَابِ عَنْ أَنَسٍ.

2 Bab Kelebihan Surah Al-Baqarah Dan Ayat Al-Kursi

Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl Sūrat al-Baqarah wa Āyat al-Kursī

بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ سُورَةِ البَقَرَةِ وَآيَةِ الكُرْسِيِّ

2876 – Al-Hasan bin 'Ali al-Khallal menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Usamah menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-Hamid bin Ja'far menyampaikan kepada kami, daripada Sa'id al-Maqburi, daripada 'Atha' maula Abu Ahmad, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ pernah menghantar satu pasukan ketenteraan, mereka mempunyai bilangan yang ramai. Lalu, baginda meminta mereka membaca. baginda meminta setiap daripada mereka membaca ayat al-Quran yang masing-masing hafal. baginda mendatangi seorang lelaki yang paling muda usianya, baginda bertanya, "Ayat apa yang ada padamu, wahai polan?" Pemuda itu menjawab, "Aku menghafal surah demikian, demikian dan surah al-Baqarah." baginda bertanya, "Engkau menghafal surah al-Baqarah?" Pemuda itu menjawab, "Ya." baginda berkata, "Pergilah, engkaulah ketua mereka." Seorang lelaki yang terkemuka dalam kalangan mereka berkata, "Wahai Rasulullah, tiada yang menghalangku untuk mempelajari surah al-Baqarah melainkan kerana bimbang aku tidak boleh sembahyang malam dengan membacanya." Rasulullah ﷺ bersabda, "Kamu pelajarilah al-Quran, lalu bacalah dan ajarkanlah. Sesungguhnya, perumpamaan al-Quran kepada orang yang mempelajarinya lalu membaca dan bangun sembahyang malam dengannya seperti perumpamaan bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi, setiap tempat merebak bauannya. Dan perumpamaan orang yang mempelajari al-Quran tetapi dia tidur sedangkan dia menghafalnya seperti bekas kasturi yang diikat." Hadis ini adalah hadis hasan. Al-Layts bin Sa'ad meriwayatkannya daripada Sa'id al-Maqburi, daripada 'Atha' maula Abu Ahmad, daripada nabi ﷺ, secara mursal. Dia tidak menyebutkan Abu Hurayrah dalam sanadnya. Qutaybah menyampaikan kepada kami, daripada al-Layts, lalu menyebutkan hadis seterusnya.

٢٨٧٦ – حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَاّلُ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الحَمِيدِ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ عَطَاءٍ، مَوْلَى أَبِي أَحْمَدَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, بَعَثَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثًا وَهُمْ ذُو عَدَدٍ فَاسْتَقْرَأَهُمْ، فَاسْتَقْرَأَ كُلَّ رَجُلٍ مِنْهُمْ مَا مَعَهُ مِنَ القُرْآنِ، فَأَتَى عَلَى رَجُلٍ مِنْ أَحْدَثِهِمْ سِنًّا، فَقَالَ, مَا مَعَكَ يَا فُلَانُ؟ قَالَ, مَعِي كَذَا وَكَذَا وَسُورَةُ البَقَرَةِ قَالَ, أَمَعَكَ سُورَةُ البَقَرَةِ؟ فَقَالَ, نَعَمْ، قَالَ, فَاذْهَبْ فَأَنْتَ أَمِيرُهُمْ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ أَشْرَافِهِمْ, وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللهِ مَا مَنَعَنِي أَنْ أَتَعَلَّمَ سُورَةَ البَقَرَةِ إِلَاّ خَشْيَةَ أَلَاّ أَقُومَ بِهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, تَعَلَّمُوا القُرْآنَ فَاقْرَءُوهُ وَأَقْرِئُوهُ، فَإِنَّ مَثَلَ القُرْآنِ لِمَنْ تَعَلَّمَهُ فَقَرَأَهُ وَقَامَ بِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ مَحْشُوٍّ مِسْكًا يَفُوحُ بِرِيحِهِ كُلُّ مَكَانٍ وَمَثَلُ مَنْ تَعَلَّمَهُ فَيَرْقُدُ وَهُوَ فِي جَوْفِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ أُ وكِئَ عَلَى مِسْكٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ. وَقَدْ رَوَاهُ اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ عَطَاءٍ، مَوْلَى أَبِي أَحْمَدَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مُرْسَلاً وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنِ اللَّيْثِ، فَذَكَرَهُ.

2877 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-'Aziz bin Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada Suhayl bin Abu Shalih, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur-kubur. Sesungguhnya rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya, syaitan tidak akan memasukinya." Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

٢٨٧٧ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، وَإِنَّ البَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ البَقَرَةُ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

2878 – Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, "Husayn al-Ju’fi menyampaikan kepada kami, daripada Za’idah, daripada Hakim bin Jubayr, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Setiap sesuatu mempunyai puncaknya. Sesungguhnya puncak al-Quran ialah surah al-Baqarah. Padanya terdapat satu ayat yang merupakan ketua ayat-ayat al-Quran, itulah ayat al-Kursi." Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Hakim bin Jubayr. Syu'bah mempertikai dan menilai Hakim bin Jubayr sebagai dha'if.

٢٨٧٨ – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ الجُعْفِيُّ، عَنْ زَائِدَةَ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامٌ، وَإِنَّ سَنَامَ القُرْآنِ سُورَةُ البَقَرَةِ وَفِيهَا آيَةٌ هِيَ سَيِّدَةُ آيِ القُرْآنِ، هِيَ آيَةُ الكُرْسِيِّ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ حَكِيمِ بْنِ جُبَيْرٍ. وَقَدْ تَكَلَّمَ شُعْبَةُ فِي حَكِيمِ بْنِ جُبَيْرٍ وَضَعَّفَهُ.

2879 – Yahya bin al-Mughirah iaitu Abu Salamah al-Makhzumi al-Madini menyampaikan kepada kami, katanya, "Ibn Abu Fudayk menyampaikan kepada kami, daripada 'Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Mulayki, daripada Zurarah bin Mush'ab, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Hamim al-Mukmin (al-Ghafir) sehingga kalimah "ilayh al-Mashir" dan ayat al-Kursi ketika waktu pagi maka dia dijaga sehingga waktu petang. Dan sesiapa yang membaca kedua-duanya ketika petang maka dia dijaga ketika subuh." Hadis ini adalah hadis gharib. Sebahagian ilmuwan mempertikai 'Abd al-Rahman bin Abu Bakar bin Abu Mulaykah al-Mulayki pada sudut hafalannya. Zurarah bin Mush'ab ialah Ibn 'Abd al-Rahman bin 'Awf, beliau merupakan datuk kepada bapa Mush'ab al-Madani.

٢٨٧٩ – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ الْمُغِيرَةِ أَبُو سَلَمَةَ الْمَخْزُومِيُّ الْمَدِينِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الْمُلَيْكِيِّ، عَنْ زُرَارَةَ بْنِ مُصْعَبٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ قَرَأَ حم الْمُؤْمِنَ إِلَى {إِلَيْهِ الْمَصِيرُ} وَآيَةَ الكُرْسِيِّ حِينَ يُصْبِحُ حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُمْسِيَ، وَمَنْ قَرَأَهُمَا حِينَ يُمْسِي حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُصْبِحَ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ. وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ فِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ الْمُلَيْكِيِّ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ. وَزُرَارَةُ بْنُ مُصْعَبٍ هُوَ, ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَهُوَ جَدُّ أَبِي مُصْعَبٍ الْمَدَنِيِّ.

Jami’ Al-Tirmidhi